Dah hujung bulan Januari 2017 dan nak masuk bulan Februari dah pun, mesti ramai yang tengah tunggu duit BRIM kan? Lebih-lebih lagi musim cuti raya ni. Ramai yang nak guna duit kan? Konsep BRIM yang bagi bantuan kepada pendapatan isi rumah bawah RM4000 memang kadang-kadang disalahgunakan. Ada menteri cerdik cakap duit BRIM boleh buat bayar muka kereta Proton Iriz kemudian boleh apply jadi pemandu uber. Guna duit income dari uber untuk bayar bulanan proton iris dan untuk tambah pendapatan isi rumah. Dah lebih RM4,000 pendapatan isi rumah, kerajaan tak bagi BRIM lagi dah.
Sebelum komen pasal BRIM boleh buat muka beli Proton Iriz, tengok kat pesbuk Najib Razak, katanya BRIM akan mula diagihkan bermula 18 Februari 2017. Jadi, boleh la berkira-kira nak beli apa dengan duit BRIM tu. Yang pasti kena pulang balik sebahagian duit brim tu kepada GST.
Ok, bagi yang menyahut seruan pak menteri untuk beli Proton Iriz dengan duit BRIM, jom kita berkira-kira cukup tak atau mampu tak kita. Proton Iriz 1.3 standard (manual), spek paling rendah pun harga RM41,520. Kalau bayar muka RM400 dari duit BRIM, berikut adalah bayar yang perlu di bayar untuk tempoh 9 tahun yang mendatang bersamaan dengan 107 bulan lagi.
Zero downpayment dengan downpayment RM400 duit BRIM beza RM5.30 je bayaran bulanan. Macam xde effect & mcm x boleh pakai pulak cadangan pak menteri cerdik tu. Bayaran insuran pulak, mahal jugak dalam RM1327, jadi jangan berhenti jadi pemandu uber bila dah beli kereta proton IRIZ sebab nanti tak mampu bayar bulan-bulan or x mampu nak renew insuran, kereta kena tarik or x boleh nak jalan. Persoalannya juga, adakah dalam masa sembilan tahun akan datang, BRIM masih wujud?Ok, cukup komen skit sebab nanti panjang-panjang kena kecam pulak.
Sedikit info tentang BRIM 2017, ada peningkatan pada tahun ini. Bagi pendapatan isi rumah dibawah RM3000, jumlah BRIM dinaikkan kepada RM1200 dengan 3 kali bayaran iaitu RM400 sekali bayar pada bulan FEB, JUN dan OGOS. Manakala untuk pendapatan isi rumah RM3001 - RM4000, jumlah BRIM dinaikkan kepada RM900 sekali bayar RM300. Begitu juga dengan individu bujang barangkali dengan pendapatan bulanan kurang dari RM2000, akan terima BRIM sebanyak RM450 sekali je setahun iaitu pada bulan FEB 2017. Gunakanlah sebaiknya ya.