Quantcast
Channel: Because I'm Not Perfect
Viewing all 133 articles
Browse latest View live

Pakcik Guard Kini Dah Jadi Pelakon Drama

$
0
0
Pagi nie masa isi minyak kereta, ternampak pulak antara tajuk utama akhbar Berita Harian iaitu "Pengawal Diherdik Isteri Pemain Bola Jadi Pelakon".. wah..wah, makin glemer pakcik guard nie..dapat berlakon dengan Izara Aishah pulak tu..pakcik Azman Md Nayan nie muncul aksi cameo dalam drama Cinta Pandang Kedua. Berikut antara kandungan berita harian tentang pakcik nie jadi pelakon:

Rakaman kekecohan antara dirinya dengan isteri seorang pemain bola sepak terkenal, yang tersebar menerusi internet pada September lalu, membawa pengawal keselamatan, Azman Md Nayan, ke dunia lakonan. Umpama rakaman semula atau parodi, Azman, 49, muncul menerusi aksi cameo bersama pelakon muda Izara Aishah dan Dazrin Kamaruddin, dalam drama berjudul, Cinta Pandang Kedua, yang akan disiarkan di TV9, bulan depan.

Berkongsi pengalaman baru itu, Azman yang bertugas di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), tidak menyangka produksi drama terbabit menawarkan peluang berlakon kepadanya. "Saya hanya berlakon beberapa minit. Wataknya juga tidak besar mana. Kalau ada tawaran lagi selepas ini, saya tak tau sama ada mahu terima atau tidak. Rasanya seperti mahu tapi malu sebab siapalah saya ini. Segan juga apabila berlakon dengan artis popular.
Macam-macam boleh terjadi di Malaysia nie. From nobody to somebody. Ketentuan Allah tiada siapa yang dapat mengertikan.  




Hidup Hanya Pinjaman

$
0
0
Hidup hanyalah pinjaman semata. Tarikh mula pinjaman tercatat di sijil lahir/kad pengenalan kita iaitu tarikh kita dilahirkan didunia ini. Cuma, kalau kita pinjam buku kat libary akan tercatit tarikh pemulangan akan tetapi Allah rahsiakan tarikh pemulangan hidup kita agar kita sentiasa beringat dan bersyukur tiap kali kita bangun dari tidur kita masih dapat melihat dunia ini. Jika pinjaman buku di library, kita boleh buat sambungan pinjaman dan akan mendapat tarikh pemulangan yang baru. Jika terlewat pulang, kita hanya akan dikenakan denda bagi membayar harga kepada hari-hari yang terlewatkan. Akan tetapi, tarikh pemulangan hidup ini kepada Pencipta adalah muktamad. Tiada satu cara sekalipun untuk menyambung pinjaman itu. Sama-samalah kita renungkan. Adalah kita sentiasa menghargai dan bersyukur kepada kehidupan yang dipinjamkan selama ini??

Hidup itu mudah. Pada asasnya sangat mudah. Bangun pagi, memulakan kehidupan dan kewajipan seharian dan masuk tidur di malam hari.  Tetapi, jika setiap hari menjalankan rutin yang sama.. Hidup bagaikan mesin/robot. Sangat-sangat membosankan dan tidak memberikan sebarang erti. Tiada nilainya hidup ini dan kita tidak akan sesekali menghargai hidup ini. Oleh itu, Allah wujudkan pelbagai perasaan, ujian, dugaan dan sebagainya agar kehidupan seharian kita penuh dengan warna warni dan mengajar kita untuk mengerti dan menghargai erti kehidupan yang dipinjamkan ini. Sehinggakan kita terlalu takut andai kehidupan yang dipinjamkan ini diambil kembali. Tiada lagi keindahan, kebahagiaan, susah payah berjuang untuk meneruskan kehidupan. Kita akan dibawa ke satu lagi kehidupan di alam lain yang kekal menjadi rahsia Ilahi. 
 
 
Hidup ini indah kerana ianya penuh dengan panca-roba dan berwarna-warni. Masalah dijadikan untuk menjadikan hidup ini lebih indah bukan untuk menghukum. Daripada masalah kita akan lebih banyak belajar dan selalu akan mematangkan diri kita. Jangan dimarahkan pada takdir atau kejadian atau sekeliling andai sedang dilanda masalah. Selesaikan dengan bijak dan dengan fikiran yang waras dan tenang. Kerana masalah takkan pernah habis, selepas satu masalah timbul dan dapat diselesaikan. Muncul pula masalah baru. Dan kerana masalah itulah hidup kita lebih indah. Diri kita akan lebih kuat, lebih tabah, lebih bersedia dan juga lebih bijak. Daripada masalah itu juga, kita bisa mengenali siapakah sahabat dan siapakah musuh. Kita mudah mendapat seribu teman tatkala kita senang, tetapi terlalu sukar untuk mendapat seorang sahabat tatkala kita sedang dalam kesusahan. Jadi, seringkali berwaspada kepada teman ketika senang itu kerana kita pasti akan ditinggalkan tatkala kita memerlukan. Sahabat baik pada hari ini, belum tentu akan menjadi sahabat baik hingga ke akhir hayat. Mungkin juga sahabat itu akan menjadi musuh di masa hadapan sehinggakan kita menyesali bahawa kita pernah bersahabat dengannya pada hari ini. Menyesali kita pernah dipertemukan, pernah bersahabat, pernah berkorban demi kegembiraan sahabat itu dan segalanya yang pernah kita lakukan demi untuk sahabat itu. Hidup penuh misteri dan persoalan. Mungkin juga, seseorang yang pernah kita benci, x suka dan x pernah ingin untuk berkawan dengannya sebenarnya adalah sahabat terbaik untuk diri kita. Jadi, janganlah kita terlalu gembira dengan kehidupan hari ini kerana mungkin hari esok kita akan berduka. Sentiasalah beringat-ingat dan bermuhasabah diri. Hidup xkan pernah sempurna dan tidak semua mimpi akan menjadi kenyataan. Dan kadang-kadang, lain yang dimimpikan lain pulak kenyataannya.

Sentiasalah hargai hidup yang dipinjamkan ini kerana bila-bila masa je ia boleh diambil kembali oleh pemberi pinjam iaitu Allah Yang Esa. Allah punya perancangan untuk diri kita, sebab tu kita hidup di dunia ini dan pastinya perancangan Allah itu adalah sesuatu yg terbaik untuk diri kita. Cuma, kadang-kadang tu..untuk mendapatkan yg terbaik, kita kena berusaha dengan sepenuh hati dan penuh keikhlasan selain doa dan tawakal mengharap restu Ilahi. Baru la nanti kita akan sangat-2 hargai apa yg direncanakan Allah untuk diri dan hidup kita.

Sentiasa beringat. Hidup hanyalah pinjaman.

Andai Itu Takdirnya

$
0
0
Bismillah..

Tolong jawab persoalan di akhir kisah nie k. Mm...ok2, amik feel...amik feel...
Cuba kita bayangkan bila situasi berikut berlaku pada diri kita. Alkisahnya, pada satu hari terjadilah kejadian berikut:

Malam tu kuar rumah nak gi tgk wayang or bersukan (main badminton,futsal or etc), dah smpi pertengahan jalan baru tersedar yang henpon tertinggal kat umah. Nak patah balik, cam jauh lak. So, hati pun memujuk..biarkan je la henpon tu,malam-malam nie sape je la yg nak kol. Kalau sebelum nie, ade jugak "orang penting dlm hidup" yang selalu kol or sms, skrg ni lps kejadian hari tu.. dia dah menyepikan diri, maybe dah xnak kawan lg dah kot. Ari2 tunggu dia kol or balas msg, senyap je....huhuhu, pasrah dah..biar je la henpon tu.. 

Beberapa ketika lepas tu, seorg insan menelefon kita. Penerangan ttg "seorang insan" tu :

- seorang yang penting dlm hidup kita (sahabat baik atau kekasih barangkali)
- beberapa hari sblm nie, berlakunya perselisihan faham yang membawa kepada terputusnya / terlerainya sebuah "ikatan"
- hari tu.. mm, malam tu utk lebih spesifik.. insan nie tergerak hati untuk menghubungi kita sbb dia dah boleh maafkan dan lupakan segala yg terjadi & niat dia nak berbaik2 dan menyimpul kembali "ikatan" yang dah terlerai beberapa hari yang lalu ... sblm nie, hati dia cukup keras utk jawab kol, balas sms , saje2 nak kol or sms.. lebih suka menyendiri & memujuk hati yang tgh bergolak... ok2, cukup penerangan ttg "insan" tu.

Pertama kali dia kol, x  dijawab.. fikirnya mungkin kita tgh mandi kot. beberapa minit lps tu, kol lg...x jawab jugak, fikir dia lg..tak sudah mandi lg ke?or barangkali lps mandi  kita solat terus kot..xpela,jap lg kol lg la...10mnt kemudian, kol lg..lama tunggu di talian, operator lak yg jawab...isk,nape lak nie..bz sgt ke?slalunye kalau bz mesti akan msg ckp will call back later...tp,nie senyap je...try kol lg, x dijawab jugak..huhuhu, hatinya dah terdetik...mungkinkah kita sengaja xnak jawab kol dia sbb masih lg x recover dgn perselisihan tempoh hari.. mm, then dia try sms lak... sms ckp dia mintak maaf psl kejadian tempoh hari, harap dpt menyambung kembali hubungan seperti bbrp hari yg lalu & mintak kita jawab phone or return call dia blk. Bbrp ketika tunggu, x balas jugak sms..then try kol lg...x dijawab jugak, sms kedua menyusul...berbunyi begini lebih kurang " Salam, nape xnak jwb kol or balas sms? marah lagi ke?kan sy dah mintak maaf..semoga awak maafkan sy, sy tunggu awak kol blk or sekurang-kurangnya balas sms sy..dah x sudi lg ke nak kawan ngan sy?".. mm,ade persoalan di akhir sms tu, pastinya menanti sebuah jawapan...hehehe, cam lagu Padi lak...

Insan tu pun menunggu kita return call & bls sms...tp, still hampa. Fikirnya, kenapa ini berlaku? Besar sgt kah erti sebuah kemaafan? Adakah kita x hargai diri dia lagi? Mm...dengan penuh kesedihan, kesabaran dan pemikiran & hati dah semakin kuat dihasut oleh nafsu & syaitan yg menyesatkan.. sms skali lagi, yg ketiga kalinya..."Tolong return call kalau awak masih menghargai hubungan kita, kalau awak x return call anggap saje lepas nie sy x wujud lagi & jgn pernah awak cari sy lg...sy tunggu awak return call!!!" mm...siap tanda seru dah kuar,mmg betul2 serius kali nie...kalau x call jugak nie, mmg kompem hubungan tu x dpt diselamatkan lg...tp, oleh kerana henpon tu kat umah & kita x tau menahu ttg keadaan kritikal yg tgh berlaku...mmg permintaan dia xkan dapat kita tunaikan. dalam apa jua keadaan sekalipun..lalu utk terakhir kalinya, insan itu call dan time2 tu jugak la...henpon kita abis bateri & terpadam..for sure, dihatinya pasti bergelora dgn pelbagai perasaan...sedih, marah, bengang, kecewa, terhina dan mcm2 lagi...pada dirinya, smpi hati kita membuang dirinya...kol x jwb, sms x bls...pastu bila kita rasa rimas sgt terus off henpon.. jgn salahkan dirinya andai berfikir sedemikian, sebab itulah yg telah terjadi...maka, dgn hati yang bulat dan diselubungi oleh kesedihan, kekecewaan dan segalanya yg menyelubungi diri...bermula saat tu, pastinya dia telah membuang jauh2 diri kita dan jangan harap akan berbaik lagi sbb segala pintu peluang & harapan dah tertutup serapat-rapatnya...kuncinya pulak dah dibuang entah kemana & pasti xkan berjumpa lagi.. amboi, bukan main marah lagi nie..

Dan tgh malam tu...kita pun smpi umah, mm..ambik henpon sbb nak set alarm clock,isk..off pulak henpon ni, mm..masa tinggal td pun tinggal 2 bar je..maybe ade org kol then padam kot..mm,sape pulak yg kol...on henpon, amik kau...10 miskol & 4 msg...tgk sape yg kol, MasyaAllah..muncul nama sesorg yg kita nanti-nantikan utk hubungi kita dlm beberapa hari nie..dengan pantasnya kita return call, tp...ade seorg perempuan menjawab,hehehe cik operator la tu..dgn suara yg lunak merdu siap speaking London lg dia ckp "We are sorry, your network has been disturbed due to unsettled bill..please make a payment to continue our service"...hah, ape nie?lupa pulak nak byr bill siang td...nak pinjam phone kwn2, duk umah sorang2 lak..nak cari public phone, ade lg ke public phone zaman skrg nie..nak beli no prepaid, dah tgh malam..kedai pun dah tutup...pasrahnya hati Allah saje yg tau..tunggu je la smpi pg esok, berharap moga "insan" itu akan dapat dihubungi dan kita dapat menceritakan hal yang sebenar... Persoalannya, andainya rakan-rakan berada di pihak "insan" itu dan berfikir dari kacamata "insan" tu.. apakah korang akan dapat menerima segala penjelasan yg diberikan? Adakah perhubungan tu dapat diselamatkan? Atau, dgn penuh keegoan, hati korang dah tertutup untuk mendengar sebarang penjelasan dan merelakan perhubungan tu terputus selamanya? 

Andai itu takdirnya, siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal nie? Adakah kita patut menyalahkan takdir Allah yang telah menyebabkan segala ini berlaku? Renungilah, kadang-kadang tu...bukan semua alasan direka-reka bagi menyelamatkan diri, tp..alasan itu dtg dr kejadian yang benar-benar telah melanda diri si pemberi alasan. Selalunya, kita akan mendengar " Ahhh, semua alasan..sudah la, semuanya dah terlambat"...xpun, "Sudah-sudahlah cipta alasan, dah tau sgt dah"...xpun, "Jgn nak tipu la, alasan je semua tu.."....mmm,sebelum cakap semua tu...fikirkanlah betapa luluhnya hati org yg betul-betul menghadapi kesusahan sepertimana yg ingin diterangkan kepada kita...hidup ni penuh misteri, kadang-kadang tu.. sesuatu yang terjadi diluar kawalan dan keinginan diri kita. Apa yang pasti, Allah Maha Mengetahui alasan dan jawapan di sebalik setiap sesuatu yang berlaku. Pasti ade hikmah atau rahsia disebalik kejadian tu. Cuma, cepat atau lambat aje untuk kita mengetahuinya. Begitulah kisahnya.."Andai Itu Takdirnya".. hanya rekaan semata-mata, tiada kene mengena dgn yg hidup mahupun yg telah meninggal dunia. Wassalam.

"Live has its Up and Downs.. Sometimes the Sun Shines, Sometimes the Rain Lashes... But, then it takes both the Sun & Rain to make a Rainbow (^_^)"

Akan bersambung dengan"Kalau Itu Takdirnya" 

p/s: Entry ini dah pun di post pada hujung tahun 2010, tapi oleh sebab dah blog post semua dah hilang, repost semula... :-)

Kalau Itu Takdirnya

$
0
0
Kesinambungan dari entry "Andai Itu Takdirnya"...

(Watak utama kini sudah mempunyai nama dimana si lelaki yg bernama Ilham dan si perempuan bernama Izzah - untuk entry sebelum ini tidak dinyatakan nama kedua-dua watak ini)

Selepas peristiwa henpon tertinggal tempoh hari, hubungan antara mereka semakin intim dan percintaan mereka semakin mendalam. Tiada apa yang dapat memisahkan mereka lagi dan tidak lama lagi mereka bercadang untuk melangsungkan majlis pertunangan sebagai tanda ikatan kasih suci antara mereka. Pada satu malam, sedang Ilham sibuk dengan kerjanya yang tidak pernah habis Izzah menelefonnya untuk mengingatkan Ilham tentang janjinya untuk menjemput Izzah pulang dari kerja dan seterusnya mereka sama-sama pergi membeli barangan untuk persediaan majlis pertunangan mereka. Esoknya hari Sabtu dimana Izzah bekerja separuh hari. Tak cukup dengan call, Izzah turut menghantar sms "Esok awak jangan lambat tau, sy x suka tunggu lama-lama"... Dan Ilham meneruskan kerjanya tanpa disedari takbir subuh telah berkumandang menandakan hari baru bakal menjelma sedikit masa lagi. Tanpa menunggu lama, Ilham mendirikan solat subuh dan bersedia untuk tidur kerana sebentar lagi Ilham kena bangun untuk menjemput Izzah dari tempat kerjanya. Sebelum tidur, Ilham sempat menghantar sms kepada Izzah " Awak, sy br nak tido..nti dlm pkl 10.30 awak tolong kejut sy sbb sy takut terlajak nti, thanks"..

Tepat jam 1.00 ptg, Izzah keluar dr tempat kerjanya dan meninjau-ninjau mencari-cari kereta Ilham. Tidak kelihatan pun. Di dalam hatinya, Izzah membentak "Dah ckp dah smlm, jangan lambat tapi lambat jugak"..lalu Izzah pun mencari henponnya untuk menelefon Ilham. Mm..terpapar 3 new message di skrin henfon Izzah. Baru skrg Izzah baca msg Ilham dan memang begitu selalunya. Oleh  sebab kerja yang menimbun dan membebankan, Izzah jarang skali membaca msg di henponnya. Kebiasaannya setelah pulang dr kerja baru Izzah akan berkesempatan melihat2 henfon kesayangannya. Skali lg hatinya membentak "Dah tau nak kuar hari nie, gi tido lmbt pulak...tu yg x smpi2 lagi nie, ntah2 x bgn lg nie".. Lalu Izzah menelefon Ilham dan mmg sah x bgn tido lg. Dengan hati diselubungi perasaan marah Izzah teruk memarahi Ilham. Ilham yang terkejut dr tidur terpinga-pinga dimarahi Izzah dan akhirnya Izzah berkata "Takpela, sy balik sendiri kalau nak tunggu awak brp jam lagi baru nak smpi?" Tanpa smpt Ilham berkata apa-apa, Izzah memutuskan talian. Dicuba untuk menghubungi Izzah kembali, hampa..tiada jawapan. Memang sah Izzah terlalu marah hari ini.

Lalu Ilham bangun dr katil dan terus bergegas menyiapkan diri untuk ke rumah Izzah kerana dia tau lagi lmbt dia smpi lagi bertambah marah Izzah padanya. Tak lama lepas tu, Ilham sudah berada di dalam kereta dan bersedia untuk ke rumah Izzah yang mengambil masa lebih kurang 40minit untuk sampai. Di dalam perjalanan, Ilham cuba menghubungi Izzah..tetapi hampa, panggilan tidak di jawab. Dicuba beberapa kali lagi, masih juga belum di jawab. Niatnya untuk bertanya adakah Izzah dah smpi rumah& nak bgtau yg dia dah on the way. Tanpa berputus asa, Ilham masih cuba untuk hubungi Izzah kerana ingin meminta maaf atas sebab kelewatannya. Di sebelah Izzah, Izzah telah pun sampai ke rumah. Telefonnya dr tadi asyik berbunyi tetapi hatinya keras utk menjawab panggilan itu kerana dia tahu pasti panggilan tu dari Ilham. "Biarkan, sape suruh bangun lambat. Dah byk kali bgtau dah" katanya di dalam hati. Lalu Izzah mengambil henfonnya dan setkan henfonnya ke mode "Silent".

Ilham dari td tak berputus asa menghubungi Izzah. Hatinya semakin risau. Adakah Izzah dah smpi rumah? Dengan siapakah Izzah balik? Atau Izzah masih di tempat kerjanya? Disamping itu, niatnya ingin meminta maaf dengan Izzah sbb kelewatannya kerana dia tahu Izzah pasti terlalu marah kerana itu. Ilham paham sangat dengan sikap kekasihnya yang sangat menepati masa. Keadaan ini menyebabkan Ilham tidak fokus di dalam memandu kereta kerana fikirannya asyik memikirkan Izzah. Tanpa disedarinya, ada sebuah lori yg sedang rosak di tengah jalan. Bannnggg. Tanpa sempat menekan brek, Ilham melanggar lori itu. "Oh tuhan, mengapakah ini terjadi kepadaku??"... Ilham dapat merasakan darah panas mengalir dari kepalanya. Dalam keadaan itu, Ilham sempat menghantar sms kpd Izzah.."Maafkan sy awak kerana terlewat utk menjemput awak, mungkin selepas ini sy x boleh lagi menjemput awak. Hidup baik-baik. Tolong kol sy balik sbb sy sgt2 memerlukan awak saat ini.." Orang ramai sudah memenuhi tempat kejadian.

Di hospital, Ilham dimasukkan ke wad ICU kerana mengalami pendarahan yang teruk di kepala. Adik Ilham (Farah), kaum keluarga dan rakan-rakan telah memenuhi ruang menunggu di hospital. Semuanya tertanya-tanya kemanakah gerangan Izzah? Seorang demi seorang cuba menghubungi Izzah tapi hampa. Tiada satu pun panggilan dijawab kerana sejak tadi Izzah henfon Izzah di dalam mode silent dan ditinggalkan di dalam beg tangannya. Izzah pula, dari tadi menonton tv. Ntah apa2 cite pun dia x tau. Sbb hanya matanya yg menonton tetapi hati dan fikirannya melayang entah kemana. Masih lagi marahkan Ilham tp dalam masa yg sama dia merasakan sgt rindukan Ilham. Tp, bila ego dan amarah menguasai diri. Dibiarkan sahaja hinggakan tertidur di atas sofa.

Petang itu, Izzah terjaga dari tidur. Melihat-lihat sekeliling, sunyi je rumah nie. Si Ilham nie pun satu, bukan main lama x sampai-sampai...kan dah janji nak gi kuar beli barang hari ni. "Ntah-ntah tadi sambung tido balik..bukannye boleh percaya" bentak Izzah di dalam hatinya. Lalu, dia mengambil henfonnya untuk menghubungi Ilham. Mm.. kelihatan di screen henfon Izzah, 118 miss call & 23 new message. Terkejut Izzah melihatnya. Hatinya sudah mula tidak tenteram. Dilihat senarai miskol, terdapat nama Ilham, Farah (adik Ilham) dan beberapa nama lagi yang berkaitan dengan Ilham. Hatinya makin tidak keruan. Mengapakah semua org menghubunginya? Lalu di buka inbox message dan antara sms didalam inbox seperti berikut:

# Ilham : "Awak tolong call sy balik, sy sgt2 perlukan awak.."
# Farah : "Kak Izzah ade kat mane? Dah byk kali farah kol. Abg eksiden. Kritikal. Skrg ade kat ICU. Cepat dtg kak. Kami dkt HKL"
# Farah : "Nape akak x smpi2 lg? Cpt dtg kak. Sume org dah ade kat cni"
# Farah : "Akak gi mane nie? Nape susah sgt nak kontek akak? Kalau xde transport, nti farah dtg amik kat umah"
.........
Mesej terakhir... # Farah : " Kak Izzah.. abg dah xde lagi"

*** Buat Izzah, Ilham memang sambung tidur, tapi.. tidur yang x akan bangun lagi  :-( ***

Moral of the story... renung-renungkan & fikir-fikirkan la k. Ramai yang berpewatakan seperti Izzah. Kerana sebab yang kecil dan kerana perasaan ego dan amarah yg menguasai diri, dia kehilangan insan yang amat disayangi dan paling menyedihkan dia jd insan yg terakhir untuk mengetahuinya. Wassalam.


 p/s: Entry ini pernah dipost pada pertengahan tahun 2011, oleh kerana kesemua blog post hilang dalam sekelip mata, jadi re-post kembali.

Scan Baby 4D dan Selepas Baby Dilahirkan

$
0
0
Disaat seorang ibu mengandung terutamanya jika kandungan itu adalah kandungan pertamanya, pastinya teruja dalam menanti kelahiran anak yang dikandungnya. Sekarang nie, tatkala kandungan dah berusia 34 bulan kita boleh buat scan 4D untuk tengok rupa baby kat dalam perut. Pada usia kandungan 36 bulan, kami telah pergi ke Klinik Jameaton, Seri Kembangan untuk melakukan Baby Scan 4D. Kalau sebelum-sebelum nie, tiap-tiap bulan scan tu scan 2D je. Kata doktor, kalau dah 36 bulan kadang-kadang susah nak tengok muka baby sbb maybe dia dah turun ke bawah tapi takpe try dulu. Kos untuk melakukan scan 4D adalah sebanyak RM100 sahaja

Pengalaman melakukan baby scan 4D memang sangat mengujakan. Ini kerana kita boleh tengok baby bergerak-gerak kat dalam perut dah yang paling mengujakan bila boleh tengok muka baby. Muka ikut papa ke ikut mama. Untuk baby kami, masa baby scan 4D aritu memang boleh dikatakan semuanya ikut muka mama dia. Hidung dengan mulut memang sebijik. Bila kami semua ketawa, baby kat dalam perut pun turut tersenyum di skrin komputer. Bertambahlah keterujaannya. Daripada hasil baby scan 4D tu, apa yang sy boleh cakap kat wife "Comel baby kita nie"..hehehe. So, bila dah dilahirkan..alhamdulillah memang comel pun. Setuju tak? Kat bawah nie gambar lepas baby dilahirkan dan juga gambar masa baby scan 4D tempoh hari. Lebih kurang sama kan? 

Hidung sebijik macam mama.
Baby malu. Asyik nak tutup muka je. Kena pujuk baru ubah tangan. Hehehe..terujanya la kan?
Samakan gambar nie dengan gambar kat bawah. Memang baby scan 4D nie boleh dipercayai.
Anak papa yang comel. Chinese look kan?hehehe...

Jom tengok video penuh scan 4D. Bakal-bakal ibu dan bapa, elok cuba sekali. Memang menarik.


Nota: Entry asal pada 15 Nov 2012. Oleh kerana kesemua entry blog hilang, jadi re-post semula.

Kadar Cas Kos Bersalin di Hospital Kerajaan

$
0
0
Bagi yang baru pertama kali akan bergelar ibu dan ayah tak lama lagi pasti akan berkira-kira samada nak bersalin di hospital swasta ataupun bersalin di hospital kerajaan. Pastinya inginkan yang terbaik. Bagi yang berkemampuan, pasti akan memilih untuk bersalin di hospital swasta. Maklumlah akan mendapat tumpuan yang lebih dari doktor dan jururawat, persekitaran yang tenang, bakal ayah boleh menemani isterinya di dalam bilik yang dibayar khas. Selalunya hospital swasta ada menawarkan pakej seperti 3hari 2malam, bilik suite, standard, deluxe dan sebagainya. Dah macam hotel pulak. So, bakal ayah boleh tidur menemani isteri di dalam bilik yang sama. Terdapat pelbagai lagi kelebihan bersalin di hospital swasta, cuma yang tak sanggupnye bila sampai bil. Pasti mencecah ribuan ringgit. Kalau bersalin normal pun, modal dalam RM2,500 kurang lebih. Kalau ada komplikasi, kena masuk balloon, kena masuk ubat, kena cucuk tulang belakang dan pembedahan ada yang mencecah hingga RM12,000. Owh, memang menakutkan. 

Oleh tu, bagi yang kurang berkemampuan atau ingin berjimat cermat eloklah mendaftar untuk bersalin di hospital kerajaan. Ini kerana kosnya sangat murah. Cuma kalau hospital kerajaan, wad berkongsi dengan orang lain. Suasana wad yang bising dan agak sesak. Bakal ayah juga boleh menemani isteri pada waktu melawat hospital kerajaan iaitu dari jam 12.00pm - 2pm dan dari 5pm - 7pm. Tapi, waktu lain boleh juga masuk sekejap-sekejap tengok keadaan isteri atau untuk menghantar makanan kepada isteri. Suasana di bilik bersalin pun ada banyak bilik bersebelahan. So, sambil tunggu bukaan 10cm tu memang akan dengar jeritan ibu-ibu yang nak bersalin sana-sini di bilik-bilik sebelah. 

Daripada pengalaman menemani isteri bersalin di hospital kerajaan, boleh disimpulkan bahawa bersalin di hospital kerajaan xdela seteruk mana pun macam digembar-gemburkan. Doktor semua ok, jururawat pun baik-baik. Cuma x boleh nak pilih doktor, kalau doktor lelaki yang periksa pasrah je la. Selain tu, sementara nak tunggu isteri bersalin boleh jugak kenal dengan ramai kenalan baru yang sama-sama menanti di ruang menunggu dewan bersalin. So, berapa ye cas bersalin dan wad di hospital kerajaan. Di hospital kerajaan, dibahagikan kepada 3 kelas iaitu kelas pertama, kelas kedua dan juga kelas ketiga. Tapi, untuk default akan dimasukkan ke wad kelas tiga terlebih dahulu, kalau ade request baru akan dipindahkan ke wad kelas dua atau wad kelas pertama. Kos untuk bersalin normal RM10 je, beberapa jam lepas bersalin dah boleh balik rumah. Untuk kos pembedahancaesarean, RM100 je. Kos cas wad harian hanya RM3 sehari. 

Untuk kes isteri sy bersalin hujung bulan lepas, duduk kat wad 6 hari, bersalin secara pembedahan caesarean, sebelum tu setiap beberapa jam doktor akan periksa dan scan baby sekali, sehari sebelum doktor masukkan ubat Prostin dan kemudian masukkan balloon untuk mempercepatkan bukaan. Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar hanyalah sebanyak RM140 sahaja. Sangat-sangat jauh bezanya dengan bersalin di hospital swasta. Berikut adalah pecahan kos wad dan juga kos bersalin di hospital kerajaan untuk rujukan rakan-rakan semua. 


Note: Post asal bertarikh 14 Nov 2012. Re-post semula kerana kehilangan kesemua blog post.

Catatan Perjalanan Dari Kuala Terengganu ke Temerloh ke Cameron Highland ke Ipoh ke Kuala Terengganu

$
0
0
Sekarang nie sy tengah siapkan projek persampelan air hujan dan mengumpul sampel air longkang untuk analisis kualiti air Sungai Hiliran, Kuala Terengganu. Tinggal berdekatan dengan pasar Cabang Tiga berhampiran dengan perkampungan keropok lekor Losong dan juga dengan Masjid Kristal. Actually tak sampai 5 minit dah smpi perkampungan keropok lekor Losong tu. So, selalu jugak la makan keropok lekor yang fresh dan boleh tahan sedap jugak. 

Isteri pulak baru je bersalin 28hb October yang lalu, oleh sebab ade kerja kena la tinggal isteri dan anak lelaki kesayangan tu. Rindu memang la rindu. Nak kena siapkan kerja cepat then boleh jumpa diorang. Hari tu bersalin kat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh dan lepas bersalin balik berpantang kat rumah mertua Triang. Baru tiga hari tinggal, baby pulak demam kuning dan kena admit Hospital Temerloh balik. Dua hari jugak baby duduk bawak lampu biru tu sampai dah gelap kulit dia dibuatnye. Oleh sbb mertua sibuk dengan kerja dan tak boleh nak jaga & tumpukan perhatian pada isteri dan anak maka bermula la satu perjalanan yang sangat jauh. 

Dari Kuala Terengganu pulang ke Temerloh. Kalau ikut jalan pantai dalam 5 hingga 6 jam jugak baru sampai. Nasib baik sekarang nie ade Lebuhraya Pantai Timur. Dari Kuala Terengganu ade dua pilihan. Boleh masuk ke Tol Batu Enam tapi agak jauh juga nak sampai tol, dalam 25km. Kalau nak lagi dekat dan cepat boleh ikut Tol Kuala Berang. So, sape2 yang nak melawat Masjid Kristal, boleh la keluar pada Exit Kuala Berang, dari situ terus je ke Cabang Tiga/Losong dah dekat dah dengan Masjid Kristal. Sekarang nie Lebuhraya Pantai Timur terputus di Bukit Besi. Bila smpi Bukit Besi, secara paksa rela kena keluar dah lalu jalan persekutuan ke Jabur. Dari Jabur, dekat dengan roundabout besar tu pusing sampai jumpa signboard Kuala Lumpur. Kat situ sambung balik Lebuh Raya Pantai Timur. Kalau bawak laju & tak singgah mana2 dalam 3 jam setengah hingga 4 jam dah boleh sampai Exit Temerloh.

Sterusnya dari Temerloh balik ke Ipoh. Ade dua option. Satu terus ke Gombak dan masuk lebuh raya PLUS ke Ipoh. Ambil masa dalam 4 hingga 5 jam dah boleh sampai Ipoh. Tp, ade la orang cakap kalau balik Ipoh dari Pahang boleh ikut Cameron Highland takpun ikut Genting Highland. So, try la ikut Cameron Highland. Mane tau boleh smpi lebih cepat ker Ipoh. Selama nie Cameron Highland nama je kat negeri Pahang, tapi pintu masuk dari Perak iaitu dari Tapah ataupun dari Simpang Pulai. Sekarang nie, ade jalan baru yang dah boleh guna tak belum siap sepenuhnya. Untuk ke Cameron Highland dari Temerloh/Pahang boleh keluar ikut Exit Chenor lepas tu terus ke Raub. Dari Raub terus je sampai jumpa Felda Sg Koyan, dekat Sg Koyan ade simpang kiri ke Cameron Highland. Terus je sampai jumpa Post Betau kemudian ikut highway lereng gunung sampai jumpa Tanah Rata. Jumpa je Tanah Rata dah sampai Cameron Highland la. Untuk balik Ipoh, ikut Ringlet kemudian Brincang dan masuk balik highway lereng gunung sampai la ke Simpang Pulai. Sebenarnya perjalanan ikut jalan nie balik Ipoh sangat la jauh & jalan dari Tol Chenor ke Sg Koyan tak elok sangat, beralun-alun, berlubang dan sempit. Bila ade lori, memang susah hati. Dah la banyak pulak tu. So, ambil masa dalam 6 jam jugak baru sampai Ipoh. 

Ringkasnya, untuk ke Cameron Highland dari Pahang:

Dari Kuantan/Temerloh : Exit Tol Chenor - Raub - Felda Sungai Koyan - Post Betau - Tanah Rata - Ringlet

Dari Kuala Lumpur : Exit Bentong - Raub - Felda Sungai Koyan - Post Betau - Tanah Rata - Ringlet

Jadi dari Kuala Terengganu ke Temerloh ke Ipoh ambil masa 10 jam. Sampai Ipoh rehat sehari kemudian perlu balik ke Kuala Terengganu. Dari Ipoh, boleh ke Gombak kemudian terus ke Kuala Terengganu. Saya syorkan ikut jalan Gombak lebih lancar dan selamat. Sebab dari Ipoh saya ke Gua Musang melalui Lebuhraya Lereng Bukit dari Simpang Pulai ke Cameron Highland dan seterusnya ke Gua Musang. Untuk sampai ke Gua Musang, Kelantan dari Ipoh ambil masa 2 jam je. Kawan sy cakap kalau nak dekat ke Kuala Terengganu boleh ikut Gua Musang kemudian ke Tasik Kenyir. Hari tu, hujan sangat lebat sepanjang perjalanan dari Ipoh. Sampai Gua Musang dah pukul 6.30 ptg. Dah gelap pun masa tu. Dari Gua Musang terus ke jalan Kuala Krai/Kota Bahru. Lebih kurang 30km dari Gua Musang antara nampak tak nampak ade satu signboard tulis Kuala Berang/Tasik Kenyir masuk kanan. Bermulalah perjalanan yang panjang. Masuk je simpang kanan tu pukul 7.30. Gelap gila jalannye. Yang peliknya, tak jumpa satu kenderaan pun. Tak lama lepas tu terjumpa sekumpulan lembu tengah bersiar-siar di tengah-tengah jalan. Nasib baik la tak langgar & sempat brek. Dah dekat 30km jumpa la beberapa buah kereta dijalan bertentangan. Jalan memang sangat-sangat gelap. Hinggalah sampai di satu tempat jalan berpasir dan berlopak air. Owh apakah maksudnya itu? Kalau tak silap, sebelum tu nampak batu tepi jalan tulis Kuala Berang 93km. Tp, kenapa jalan mati di situ? Memang sangat menakutkan dan menyeramkan. Dah la hujan lebat, xde lampu, xde kenderaan tiba2 jalan mati kat situ. Depan sikit nampak macam highway tak siap. Tanpa berfikir panjang, patah balik & tak jauh dari situ jumpa satu simpang ke kiri bertulis Felda Aring 5. Kalau ikutkan yang kawan cakap nak ke Kuala Terengganu lebih dekat ikut Felda Sg. Aring. Tengok minyak kereta tinggal satu bar je lagi. Tak boleh jadi, nanti kalau ikut jalan tu tiba-tiba xde stesen minyak sah-sah tido di tepi jalan yg gelap dan sepi. So, terus berpatah balik ke jalan Gua Musang - Kuala Krai/Kota Bahru. 

Singgah R&R Gua Musang, ade stesen minyak Shell. Jalan depan sikit ade jumpa lagi satu signboard bertulis Tasik Kenyir/Kuala Berang/Felda Sg Aring. Owh, rupa-rupanya inilah jalan yang kawan saya cakap tu. Mungkin Allah melindungi saya tadi. Kalau tadi ntah mane la saya dah sampai. Memang tadi rasa lemah semangat sangat. Mungkin sebab jalan terlalu gelap lepas tu jumpa jalan mati pulak tu. Bila masuk je simpang yang baru ni, jalannya sangat la teruk. Berlubang sana sini. Lepas tu dalam 1km jalan, still gelap gelita dan macam masuk hutan pulak dah. Tak boleh jadi gini. Patah balik ke jalan Gua Musang-Kuala Krai. Dari situ terus ke Kuala Krai kemudian di Machang, ambil susur kiri kemudian masuk kanan ke Kuala Terengganu melalui Pasir Putih. Jalan terus akhirnya sampai jugak Batu Enam, Kuala Terengganu. Gerak dari Ipoh pukul 4 dan sampai dengan selamat ke Kuala Terengganu pukul 1pagi. Dalam 8 jam jugak duduk dalam kereta. Berhenti sekali je isi minyak. Memang perjalanan yang sangat jauh. 

Ringkasnya dari Ipoh ke Kuala Terengganu : Ipoh - Simpang Pulai - Gua Musang - Kuala Krai - Machang - Pasir Putih - Besut - Batu Enam - Kuala Terengganu. 

Malam tu, kawan sy tanye lamanya baru sampai. Bila sy cerita tentang perjalanan tadi dia cakap simpang yang pertama tu memang ramai yang dah terkena. Dah bertahun dah jalan tu tak siap-siap. Persoalannya, kena tiada signboard yang tulis "Awas, jalan tidak siap" atau padamkan sahaja signboard yang tulis Tasik Kenyir/Kuala Berang tu. So, xde la orang keliru. Orang tempatan memang xde masalah. Orang luar memang bermasalah. Kalau kemalangan or apa2 berlaku, sape la yg nak tolong. Untuk simpang kedua ke Felda Sg. Aring/Tasik Kenyir/Kuala Berang tu. Kawan sy cakap jalan tu memang teruk sikit tapi jalan pintas ke Kuala Terengganu. Cuma dia cakap, jalan tu malam xpayah masuk sbb lalu hutan simpan. Kadang-kadang gajah dan binantang-binatang lain ade melintas. Alhamdulillah. Allah melindungi diriku ini.  

Gambar Masjid Kristal Kuala Terengganu. Cantik kan. Kalau nak melawat Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam yang ade banyak masjid-masjid kecil yang cantik tu jangan datang hari selasa sebab hari selasa tutup


p/s: Post asal bertarikh 13 Nov 2012. Re-post kembali kerana kehilangan kesemua blog entry.

Segalanya Kerana Facebook

$
0
0
Pada hari ini, ramai yang mempunyai akaun Facebook dan Facebook memang menjadi medium yang sangat berpengaruh. Setiap hari pasti akan login akaun Facebook dan digunakan untuk pelbagai tujuan. Di Malaysia dengan statistik pengguna internet seramai 17,723,000 orang (sehingga 31 Dec 2011) dan pengguna Facebook seramai 13,589,520 orang (sehingga 31 Dec 2012) menunjukkan hampir 80% pengguna internet yang mempunyai akaun facebook. Memang sangat-sangat terserlah betapa besarnya pengaruh Facebook di Malaysia.

Sebelum pergi lebih jauh, entry ini tiada kaitan dengan sesiapa pun. Hanya untuk muhasabah diri sendiri kerana sy merupakan salah seorang pengguna Facebook tegar di Malaysia. Kenapa ckp begitu? Sbb hari-hari sure akan login facebook ntah berapa kali dan berapa jam sehari. Mungkin kerana hidup sy banyak dihabiskan di rumah dan menghadap laptop sepanjang masa. Mungkin juga kerana Facebook adalah antara medium pemasaran berkesan untuk perniagaan online sy. Oleh sbb sy menghabiskan banyak masa di Facebook, pelbagai status terkini, gambar terkini, gosip percintaan, pergaduhan dan sebagainya boleh dilihat di Facebook.

Pelbagai perkara dikongsikan di Facebook. Dapat kerja tangkap gambar pada offer letter then post kat Facebook. dapat IC baru, post gambar IC kat Facebook, kredit card baru approve post gambar kredit kad kat facebook smbl post status "Nak swipe ape la dengan kad nie, mcm nak beli hanpon baru je rase".. bila bergaduh dengan kekasih post kat Facebook ckp yang bukan-bukan, burukkan sesama sendiri. Habis rahsia semua orang tau. Bila nak pergi bercuti, check in LCCT and post kat Facebook "Seminggu xde kat Malaysia..Australia I'm coming - harap-harap si Rosmah tu boleh la jaga rumah jangan ingat nak ngorat kucing rumah sebelah je :-)..." ingatkan Rosmah tu housemate/kawan/sedara/orang gaji, rupanya kucing..mengharapkan kucing jaga rumah..lepas tu war-warkan kat seluruh Malaysia yang dirinya takde di sini selama seminggu dan rumahnya tak ada orang yang jaga.

Daripada status-status di atas, boleh tak berfikir sejenak dan bermuhasabah diri.. dengan mudahnya para penjenayah moden boleh tau No IC kita, No kredit card, alamat rumah, no telepon, no akaun bank, jumlah gaji, jumlah bonus, hari dapat gaji, hari nak gi shopping dan sebagainya. Dan daripada maklumat yang sedia terdedah, memang sangat mudah untuk hidup tergadai dan terjual. Bila bencana menimpa pun masih takkan terfikir bahawa punyanya adalah kerana diri sendiri dengan rela yang mendedahkan segala maklumat peribadi. 

Bagi yang "kurang cantik" paras rupanya dalam kiasan kata berlapis tetap nak post gambar-gambar tengah berposing manja. Bila post gambar, tunggu kalau-kalau ade yg Like. Mungkin kawan-kawan rapat & keluarga terdekat akan Like sbb saje nak Like. So, berbunga rasa hati bila ada orang Like gambar dan sekaligus pemankin untuk terus post gambar-gambar yang lain pulak. Gambar tengah berdating, gambar tengah mandi laut, mandi swimming pool, gambar baru lepas bangun tido dan macam-macam lagi. Pasti akan ade 2/3 Like tp bila difikirkan berapa ramaikah sebenarnya yang melihat gambar-gambar tu? Mungkin 1000 orang? atau mungkin 5000 orang atau mungkin lebih lagi..dan daripada 2/3 like, berapa ramai pulak yang akan cakap "Buruknyela muka dia nie", "dah la tak cantik, tak sedar diri nak posing2 manja pastu share pulak kat facebook", "alahai kenapa la dia nie nak share gambar yang macam nie" dan macam-macam lagi la pandangan orang lain. Memang ada yang akan cakap, pedulikan apa orang kata... gambar aku, akaun Facebook aku, suka hati la aku nak buat ape..mm, memang betul pun. Tapi, bila dilihat dari sudut lain dimana setiap kata itu doa. Kalau 40 orang cakap benda yang sama, perkara tu Insyaallah akan termakbul. Jadi banyangkan kalau 1000 orang yang cakap "Buruknye muka, kenapa la post gambar kat sini?'..jangan salahkan diri bila semakin hari semakin tak cantik dan semakin tak berseri paras rupanya. 

Facebook dibangunkan oleh seorang Yahudi yang kita memang kenali dan dibelakangnya terdapat beratus dan beribu lagi yahudi yang akan memastikan bahawa Facebook ini akan terus melalaikan umat Muhammad. Kenapa wujudnya perkataan "Wall" atau Facebook Wall. Kalau nak tulis ape2, post dkt wall. Setiap hari ada saja status baru. Bangun lambat la. Kena marah dengan bos la. Gaduh dengan isteri la. Jalan jem la. Bosan la dan sebagainya akan  dipost pada Wall. Sepertinya "Wall" Facebook nie tempat mengadu dah. Jadi Yahudi dah berjaya dengan misinya. Kenapa? Kerana Facebook Wall dibangunkan seakan-akan Dinding/Tembok Ratapan Yahudi.

Apa itu Dinding/Tembok Ratapan Yahudi nie?

"Tembok Ratapan adalah tempat yang penting dan dianggap suci oleh orang Yahudi maupun Muslim. Ini adalah sisa dinding Bait Suci di Yerusalem yang dibangun oleh Raja Salomo (Sulaiman), putra Daud. Bait Suci itu hancur ketika Israel diserbu tentara Romawi pada tahun 70 Masehi. Panjang tembok ini aslinya sekitar 485 meter, dan sekarang sisanya hanyalah 60 meter. Orang Yahudi percaya bahwa tembok ini tidak ikut hancur sebab di situlah berdiam "Shekhinah" (kehadiran ilahi). Jadi, berdoa di situ sama artinya dengan berdoa kepada Tuhan. Orang Yahudi berdoa di Tembok Barat Tembok ini dulunya dikenal hanya sebagai Tembok Barat, tetapi kini disebut "Tembok Ratapan" karena di situ orang Yahudi berdoa dan meratapi dosa-dosa mereka dengan penuh penyesalan. Selain mengucapkan doa-doa mereka, orang Yahudi juga meletakkan doa mereka yang ditulis pada sepotong kertas yang disisipkan pada celah-celah dinding itu." .... (Sumber : Wikipedia)

Jadi, fikir-fikirkan la. Jangan mendedahkan keseluruhan diri anda di dunia online kerana mungkin maklumat yang anda dedahkan akan memakan diri anda sendiri. Jom tengok video kat bawah nie, bagaimana maklumat anda di Facebook di manipulasikan.  
Your entire life is online.
And it might be used against u
Be vigilant
 
Entry asal pada 14 Feb 2013. Re-post kembali kerana kehilangan kesemua blog post.

Kuala Lumpur, Ayer Hitam, UTHM, Batu Pahat, Kerepek dan Teddy Bear Murah

$
0
0
Semalam saya ade meeting di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, UTHM berkenaan dengan proposal projek 'ground water monitoring' usahasama syarikat milik saya dengan UTHM. Bulan puasa jalan jauh dari Kuala Lumpur ke Ayer Hitam memang terasa penatnya. Jarak lebih kurang 330km dengan mengambil masa 3 jam lebih untuk sampai. Memang penat kan?Nasib baik ade bawak wife & baby boy saya teman..xde la bosan sangat. Sape-sape yang nak ke UTHM, harga tol dalam RM32 dan gunakan exit Ayer Hitam untuk sampai lebih cepat. Jangan kelur tol Tangkak or Yong Peng sebab kena ikut jalan lama. Ade 4 jam kot baru sampai nanti. 

Dah habis meeting, alang-alang dah sampai Batu Pahat memang wajib shopping kerepek sbb memang kat sini kerepek ubi ade macam-macam perisa dan sedap-sedap pulak tu. Sebelum nie saya borong kerepek kat kedai berdekatan dengan UTHM je, kedai yg nama Hairy Kool dekat tepi jalan dan trafik light simpang empat tu. Tapi, kali nie terima kasih kepada lecturer UTHM sbb lukiskan map ke kilang kerepek. Memang jauh lebih murah. Tp, dari UTHM jarak ke kilang tu dalam 18km jugak la. Kalau dari Ayer Hitam dalam 22km. Dan sepanjang nak ke kilang tu akan jumpa beberapa lagi kilang/kedai menjual kerepek. Ade satu tu nama Krepeks dan satu lagi Noor Asyikin Food Supplier. Yang sy pegi nie nama kilang tu Salleh Food Supplier terletak di Parit Kemang, Senggarang, Batu Pahat. Memang rasanya kilang yang paling besar kot. Masuk je memang ade macam-macam jenis kerepek dan pelbagai perisa. Ade kerepek ubi perisa cheese, perisa kari, perisa black pepper dan macam-macam lagi. Ade jugak kerepek pisang, pelbagai jenis asam dan gula-gula dan jugak pelbagai jenis kuih raya yang dijual dengan harga memang murah dari pasaran. Nama pun kilang kan? Kuih raya RM18 je. Kalau kat luar harga dalam RM25-RM29. Kerepek ubi pun kalau yang kat kedai tepi-tepi jalan sekitar Batu Pahat tu jual RM8 sebungkus, kat kilang nie RM4.50 je. So ape lagi memang shopping sakan la semalam. Lagi-lagi nak raya ni kan. Bawak pulak wife saya memang elok sangat la..hehehe..




Balik shopping kerepek, dalam perjalanan ke Tol Ayer Hitam akan jumpa traffik light simpang empat yang belah kanan ade stesen minyak Caltex yang baru renovate kalau tak silap. Bertentangan dengan Caltex tu ade jual macam-macam jenis teddy bear dengan harga yang memang murah. Ade teddy bear kecil sampai besar saya pun ade..hehehe, teddy bear besar lelaki dewasa lebih kurang tinggi 1.7m bayangkan betapa besarnya. Kalau kat luar harga memang atas RM300 kalau teddy bear besar tu. Tapi kat sini RM150 je. Tu pun harga bukak. Boleh kurang lagi. Rasanya kalau mintak RM120 or RM100 pun boleh dapat. Tapi dengan syarat bila dah tawar menawar mesti kena beli. Kalau tak nanti tokey kedai tu marah sbb awal2 dia cakap kalau serius nak beli boleh bgtau berapa harga paling kurang nak beli. Saya ade beli satu, besar jugak..dalam 1.2m jugak tingginya. Kalau kat luar harga RM225 tapi lepas tawar menawar dapat la kurang sampai RM50 je. Memang kompem la beli. Hehehe..Ni la teddy bear yg saya beli untuk isteri tersayang. Comel kan?




Lepas ke kedai teddy bear, lepas sikit dari kedai teddy bear tu jalan ke tol ayer hitam, singgah beli Putu Bambu pulak..harga RM2.50 je. Wife saya cakap dia penah beli sebelum nie, memang sedap. So, beli la untuk bekalan bukak puasa nanti. Memang sedap putu bambu tu. Wajib beli dan rasa. Ke depan sikit rasanya dalam 2km sebelum sampai tol Ayer Hitam kat sebelah kanan ade pulak bazaar ramadan. Jam pulak dah pkl 5.30ptg. Memang sedang-sedang elok nak shopping bukak puasa. Ape lagi singgah la ke bazaar pulak. Memang betul-betul terisi pulak perjalanan ke UTHM semalam. Mm..kat bazaar tu ade macam-macam juadah..macam kat bazaar ramadan yang lain. Cuma ape yang menarik, harga jualan kat sini memang murah. Lebih murah dari di Seri Kembangan dan juga di Triang. Triang tu kampung wife. Hujung minggu lepas balik kg. Gila la mahal makanan kat bazaar ramadan triang/kerayong tu. Dekat bazaar Ayer Hitam nie, air baru RM1-1.50 je. Kuih pulak RM1 boleh dapat 4-5 ketul. Mana nak dapat kuih 5 singgit or 4 singgit lagi skrg nie kan? Mm...kat Ayer Hitam boleh dapat..Lepas shopping juadah berbuka, pergi ke Simpang Renggam jap sbb ade nak tengok tapak stesen minyak Shell untuk dijual dan lepas tu terus balik KL. Berbuka rasanya kat R&R Pagoh. Cantik dah R&R tu lepas renovation. Begitulah kisah perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ayer Hitam ke UTHM ke Batu Pahat ke Simpang Renggam dan kembali ke Kuala Lumpur. Diisi dengan membeli kerepek dan teddy bear murah. Penat tapi berbaloi-baloi. Sebab kos perjalanan syarikat tanggung dan ade untung lagi bila claim millage. Sekian.
Entry asal pada 25 Julai 2013. Re-post kembali kerana kehilangan kesemua blog entry.

Pengalaman Tampal Gigi Di Klinik Kerajaan

$
0
0
Sebelum nie kalau tampal gigi mesti gi Klinik Swasta, selalunya gi Klinik Dr. Munah kat Serdang. Tapi, oleh sebab klinik swasta charge mahal sangat dan kewangan yang agak tidak stabil sekarang nie, berubah angin gi tampal gigi kat klinik kerajaan iaitu Klinik Komuniti Seri Kembangan. Agaknye mungkin umur dah mencecah 30-an nie banyak gigi yang rosak. Setakat nie ade 4 gigi yang berlubang. Belah kiri sebatang atas, sebatang bawah...belah kanan pun sebatang kiri dan sebatang atas. Memang siksa la nak makan, dah xleh nak menikmati kesedapan makanan dah sbb makan je sakit gigi sbb sume nak masuk dalam lubang. huhuhu.. 

Minggu lepas gi tampal sebatang, semalam gi tampal sebatang lagi. Pengalaman tampal gigi di klinik kerajaan memang sangat berbeza dengan tampal gigi di klinik swasta, daripada kelengkapan, cara kerja doktor sehinggalah kepada bayaran. Dalam satu bilik ada dalam 4-5 kerusi pesakit di tutup dengan tirai je. So, kalau orang sebelah menjerit ke, menangis sebab sakit ke or ape2 je boleh dengar. Kerusi pesakit pun asal boleh pakai je, maybe sebab setiap hari terlalu ramai pesakit. Memang x boleh dinafikan setiap hari memang ramai orang gi klinik kerajaan, mungkin walauapapun orang cakap tentang kualiti klinik kerajaan, yang penting kena bayar murah. So, nak tak nak pegi je la klinik kerajaan. Still penyakit akan dapat disembuhkan cuma kena tahan skit la dengan keadaan di klinik kerajaan. 

So, bila nombor dipanggil akan masuk ke bilik rawatan. Doktor akan tanye nape? sakit ape & kat mane?then dia akan suruh baring.Tempat baring tu memang macam dah lama dah. Pastu doktor cek gigi dan mula la proses pembersihan & penampalan gigi yang menyakitkan. Huhuhu...selama ni kalau tampal gigi kat klinik swasta tak sakit pun. Yang tiub oksigen letak dalam mulut tu kejap2 tercabut..pastu last2 doktor suruh pegang sendiri guna tangan kiri...hahaha,kelakar lak rasa. Dah dua batang dah selesai. Tinggal dua batang gigi lagi je. Tapi, memang agak menyakitkan dan memang kasar je doktor tu buat keje. Dah dua kali gi, sama je. Maybe sebab sehari dia kena layan ramai pesakit yang macam-macam ragam & kalau dia buat elok2 pun still orang akan cakap yang bukan-bukan tentang kliknik kerajaan nie kan? so, mungkin sebab tu dia buat keje asal ok je. Banyak kemungkinan, so kena sentiasa bersikap positif.

So,bila dah selesai. Kos bayaran untuk tampal gigi di klinik kerajaan pulak, mm.. kena bayar RM3 je. RM1 untuk pendaftaran dan RM2 untuk tampal. Kalau kos bayaran untuk cabut gigi di klinik kerajaan pulak, RM1 je. So termasuk pendaftaran kena bayar RM2 je. Sebab tu la, walau macammana pun servisnya tetap ramai jugak yang akan ke klinik kerajaan. Begitulah pengalaman tampal gigi di klinik kerajaan. Walauapapun, tetap akan pergi dua kali lagi ^_^

Pembedahan Caesarean dan Pil Perancang Noriday

$
0
0
Oleh kerana wife sy bersalin secara pembedahancaesarean, jadi kena terima yang sekurang-kurangnya 2 tahun tak boleh mengandung lagi. Sebab kalau mengandung lagi, mungkin jahitan pada perut akan terbuka dan pastinya membahayakan ibu dan baby yang dikandung. Sekarang nie dah lebih 6 bulan pun masih lagi belum sembuh. Nampak kemerah-merahan lagi parut pembedahan tu. Jadi, oleh kerana tak boleh mengandung, nak tak nak kena ambil pil perancang. Sebelum ni ada tanya dengan doktor klinik kesihatan tempat cucuk baby tiap-tiap bulan dan dia syorkan ambil pil perancang Noriday. 

Pil Noriday nie takde la besar pun. Kecil je. boleh beli dekat farmasi. Harga sepapan RM14. Ade 28 biji. So, jatuh la sebiji pil Noriday harga 50 sen. So, sehari modal 50 sen dan perlu dimakan setiap hari tanpa henti dan tak boleh miss sehari pun. Mungkin kena makan pil Noriday nie untuk 2 tahun yang akan datang. Dekat 700 pil Noriday jugak la wife sy kena telan. Banyak tu kan?

Saya ada baca di blog-blog yang lain tentang Noriday nie menggangu hormon dan sebabkan penghasilan susu badan berkurangan. Rasanya macam betul jugak. Sbb kalau sebelum nie ari-ari boleh pam susu penuh botol untuk simpan stok kat dalam peti ais tapi skrg nie nak dapatkan sebotol yang 4 oz pun susah. Kadang-kadang 1 oz je dapat. 

Pil Noriday nie kena makan setiap hari pada waktu yang sama. Kalau makan time malam, hari-hari kena makan time malam. Kalau terlupa, esok pagi bangun tido kena makan jugak. Tapi, dinasihatkan agar tidak melakukan hubungan sex selama 7 hari sbb kebarangkali untuk tersangkut atau termengandung tu memang tinggi. Kes ini terjadi pada kakak ipar sy, makan pil lebih 8 tahun pastu ingat dah lama maybe tak mungkin sanggut lagi. Rupanya terus tersangkut dan lps 8 tahun dah dapat baby balik. Hehehe..So, memang sentiasa kena ingat. Wife sy letakkan pil didalam bekas yang ade hari tu. So, kalau terlupa atau terkonpius samada dah makan atau tak boleh tengok pada pil dalam kotak tu. Semoga menjadi panduan buat yang dah berkeluarga. Yang belum berkahwin tu, dah kawin nanti dan mengandung, doa banyak2 semoga bersalin normal. Amalkan semua petua yang ada dan amalkan surah-surah yang disyorkan semasa mengandung.

Entry asal pada 23 May 2013. Re-post kembali kerana kehilangan kesemua blog post.

Wanita dan Kecantikkan

$
0
0
"Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi. Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.." Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantik lah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah dia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji. Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari. Jika ia seorang isteri bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana di arah di situlah perginya, Alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.

Bunga Cempaka. Picture credit : Mr. Google.
Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita samaada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya,tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.


Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang irihati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik, indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan. Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?

Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita mendaki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Dimana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikkan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak terpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran: Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan.

Something Happen to My Blog :-(

$
0
0
Baru-baru ini bukak je blog, tiba-tiba tengok semua content dan entry hilang. Blog yang dibangunkan sejak tahun 2009 yang lalu tiba-tiba menjadi blog yang baru dimulakan pada hari ini. Rasanya lebih dari 200 entry dengan pelbagai topik dan perkongsian. Memang sangat mengecewakan. Bila hantar complain pada Google, sampai ke hari ini selepas dua minggu tidak mendapat apa-apa reaksi.

So, kena la bermula menulis blog kembali. Nasib baik ada feed blog yang masuk dalam email. Boleh la jugak copy balik. So, menjadi entry yang tak fresh la. Dan yang paling kecewa bila semua keyword dan SEO dah hilang. Tiada lagi trafik dari google search atau dari search engine yang lain. Memang macam blog yang baru dibangunkan la. Redha je la. Kalau ada sape2 yang pernah mengalami masalah yang sama dan tahu macammana nak solve problem ni, tolong share ye. Sebab rasa rugi sangat. Wassalam.


Pengalaman Cabut Gigi Geraham di Klinik Kerajaan

$
0
0
Sebelum nie sy ada kongsikan pengalaman tampal gigi di klinik kerajaan dan arini nie sy nak kongsikan pengalaman cabut gigi di klinik kerajaan pulak. Memang pengalaman yang menarik. Hehehe. Mane taknye, cabut gigi geraham yang dah berpuluh tahun bersama. Sy ade tiga batang gigi yang bermasalah iaitu geraham atas kiri dan kanan dan jugak geraham bawah kiri. Tiga minggu lepas, oleh sbb sakit gigi beberapa hari & memang dah tak tahan dah. Gi klinik Komuniti Seri Kembangan sbb alang-alang pagi tu memang kena gi klinik sbb nak cucuk baby boy sy utk usia dua bulan.

Yang pangkah tu yang kena cabut.

Dapat lak doktor perempuan India kali nie. Memang sporting jugak la doktor tu. Dia ckp satu lubang boleh tutup tapi temporary sbb nak kena cabut jugak nanti. Dan satu lagi gigi geraham atas belah kanan memang dah tak boleh nak selamatkan lagi. Sbb bukan aje berlubang tapi dah pecah separuh. Huhuhu...memang saat yang menyedihkan. Terpaksa berpisah dengan gigi geraham nie untuk selamanya. Bila doktor tu ckp kena cabut, sy cakap bagi sy bertenang jap sbb sy mmg fobia dgn jarum dan darah. Boleh pulak doktor tu ckp, ala bukan sakit pun kena cucuk..mcm kena gigit semut je. Pastu elok pulak dia gi tunjuk jarum bukan main besar lagi. Huhuhu...x sensitif betul la, dah ckp takut kena cucuk dia gi tunjuk jarum besar tu & cakap jarum nie nampak je besar tp x sakit pun. 

So, dalam keterpaksaan sy merelakan jugak gigi saya dicabut. Dengan penuh kepasrahan, pejam mata, bukak mulut luas-luas & relakan jela doktor tu nak buat ape. Mula-mula dia cucuk mmg x sakit pun rupanya. Lepas tu dia ckp ade sekali lagi cucuk, tahan ye sbb kali ni sakit sikit..huhuhu. Ingatkan dah settle. Cucuk sekali lagi, rasanya cucuk ubat bius kot sbb lepas tu rasa mulut makin kebas. Sementara nak tunggu cabut, doktor tu tampal gigi geraham yang kat sebelah kiri tu. Maybe nak kasi ubat bius betul-betul berfungsi. Then, tak lama lepas tu tiba la saatnya untuk cabut gigi geraham tu. Doktor tu ckp, kalau sakit angkat tangan ye. Bila dia start cabut bukan main susah je rasa. Siap dia ckp kena berdiri sbb tak cukup kuat kalau duduk. Then dia ckp " U jangan keraskan badan, bertenang je." Cabut lagi. Masih tak boleh cabut. Doktor tu ckp lagi "Sabar, awak kena merelakan ia pergi dengan rela hati". Hahaha..doktor tu pulak yang pasrah dah. Dan akhirnya tercabut la jugak. 

Lepas tercabut gigi tu, doktor tu letak kapas & dia ckp jangan ludah. Telan je. Confirm la xkan ikut. Bila ludah je, darah bukan main pekat lagi. Sepanjang nak balik rumah memang beberapa kali ludah banyak tul darah pekat. Sampai rumah je, terus tertido sbb memang sakit & darah banyak keluar. Rasa pening-pening & nak demam je. Dalam 3 hari xleh makan sbb gigi sebelah kiri yang tampal tu pulak sakit berdenyut2..sabar je la. Rasanya lepas 2 minggu baru ok. Kalau tak, memang xleh nak kunyah kat tempat yang kena cabut tu sbb gusi bengkak. Untuk kos cabut gigi & tampal gigi aritu sy kena bayar RM4 je. Murah tapi sabar je la dengan keadaan klinik yang banyak kekurangan tu. Kalau kos cabut gigi di klinik swasta, rasanya memang berkali ganda mahalnya. Rasanya cecah ratusan ringgit jugak.  So, kepada rakan-rakan diluar sana, jaga gigi elok2..malam2 sebelum tido gosok gigi & kumur dulu. Jangan amalkan minum minuman manis sebelum tido sbb kalau terlupa nak kumur or tertido tu yang sebabkan gigi rosak.   
Entry asal pada 23 Jan 2013. Re-post kembali kerana kehilangan kesemua blog entry.

Pengalaman Membuat Notis Tuntutan Saman aka Demand Letter

$
0
0
Pada 11/7/2013 yang lalu saya telahpun menghantar satu notis tuntutan aka demand letter kepada pemilik butik Busana Icha, Rohaiza binti Khairuddin dan juga keatas butik itu sendiri. Butik nie terletak di Kompleks PKNS Bangi. Sesuatu yang telah lama saya nak buat tapi tak buat-buat sebab masih ingin memberi peluang dan masih mempunyai perasaan perikemanusiaan. Tapi, setelah 4 tahun memberi peluang, peluang tu langsung tak dihargai. Bila saya call or sms memang takkan berjawab dan berbalas. Jadi, oleh sebab itu saya mengambil peguam untuk meneruskan dengan tindakan undang-undang. Cukup untuk saya katakan disini bahawa Busana Icha/Rohaiza Khairuddin masih lagi berhutang dengan saya sebanyak lebih daripada RM25,000 dan kurang dari RM40,000. Banyak kan? Rasanya cukup baik saya nie sbb bagi peluang selama 4 tahun untuk pihak Busana Icha/Rohaiza untuk membayar hutang yang tertunggak tu. Tapi, memang langsung tidak dihargai. 

Disini saya nak kongsikan bagaimana nak membuat tuntutan sehingga naik ke mahkamah. Sebelum ni saya ada buat laporan polis tentang kes ini dan seterusnya saya diminta untuk merujuk ke Mahkamah Bangi kerana lebih bagus terus jadi kes mahkamah. Jadi, bila saya ke mahkamah untuk merujuk tentang kes ini saya diminta untuk mencari peguam bagi menjadi peguambela/peguamcara saya kerana jumlah tuntutan melebih nilai RM5,000. Jika, jumlah tuntutan kurang dari RM5,000 saya boleh guna peguamcara mahkamah. So, bila fikir kena cari lawyer sendiri..kena jugak la fikir berapa ribu ringgit pulak saya kena bayar kepada lawyer nanti. Jadi, saya cuba dapatkan bantuan dari Biro Bantuan Guaman. Untuk Kuala Lumpur, pejabat Biro Bantuan Guaman terletak di Wisma Cyclecarri. Tp, oleh sebab kes saya nie di Selangor, saya diminta untuk merujuk ke Bantuan Guaman Selangor, di Plaza Peransang. So, kalau sape-sape nak dapatkan khidmat nasihat guaman percuma boleh la ke Plaza Perangsang, Tingkat 6. Isnin hingga Khamis dari pukul 2 - 4.30ptg. Malangnya, kes tuntutan saya nie tak boleh nak guna Biro Bantuan Guaman. Nak tak nak kena jugak la cari lawyer sendiri. Huhuhu...

Secara ringkas dan sekadar berkongsi. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan bantuan guaman, anda boleh cuba dapatkan bantuan guaman dengan Jabatan Bantuan Guaman iaitu sebuah jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kos untuk dapatkan bantuan guaman nie ade dua. Bagi anda yang berpendapatan kurang dari RM25,000 setahun, anda hanya perlu membayar pendaftaran sebanyak RM2 sahaja. Dan jika pendapatan melebih RM25,000 dan kurang dari RM30,000 anda perlu membayar pendaftaran sebanyak RM2 dan sumbangan RM300. Murah kan? Untuk keterangan lanjut, boleh lawat laman web Jabatan Bantuan Guaman di sini: www.jbg.gov.my/

Berbalik kepada kes saya nie. Susah jugak nak cari lawyer sebenarnya. Saya ada jumpa beberapa lawyer. Ada yang cas RM500 untuk buka fail dan lain-lain kos akan diberitahu kemudian. Ada juga yang cas RM300 untuk satu demand letter dan macam-macam kos yang berbeza. Akhirnya dapat jugakla satu lawyer nie. Kenalan saya. Dia cas RM100 + 6% GST je untuk keluarkan demand letter. Jadi kos untuk keluarkan notis tuntutan saman aka demand letter hanyalah RM106 sahaja tanpa sebarang kos tersembunyi. 

Perenggan yang paling penting di dalam surat tuntutan adalah seperti berikut:

"SILA AMBIL PERHATIAN bahawa anakguam kami telah mengarahkan kepada kami untuk menuntut bayaran sejumlah RMxx,xxx.00 sebagai penyelesaian sepenuhnya dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh penerimaan surat ini sekiranya pihak Tuan/Puan gagal untuk menjelaskan keseluruhan amaun yang tertunggak kepada anakguam kami, kami telah diarahkan untuk meneruskan dengan tindakan undang-undang terhadap Tuan/Puan tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Tuan/Puan dan segala kos dan faedah yang terlibat akan ditanggung sepenuhnya oleh Tuan/Puan".

Jadi, kos dan faedah guaman akan ditanggung oleh pihak Busana Icha/Rohaiza. Kalau seperti yang dimaklumkan oleh peguam saya, kos penyelesaian mahkamah lebih kurang RM1800 + 6% GST. Antara yang termurah. Lawyer yang macam nie yang kita cari. Ni tidak, ada lawyer yang cakap, kos mahkamah akan dibincangkan kemudian. Tak boleh nak bgtau secara tepat. So, kos mahkamah akan ditanggung oleh pihak yang lagi satu. Cuma, saya kena bayar dulu kos tu. Tu yang berat skit mendengarnya. Sbb nanti kos guaman tu akan diserapkan kepada nilai tuntutan. Buatnya pihak Busana Icha/Rohaiza berkeras jugak tak nak bayar. Bertambah lagi la duit yang saya kena labur. 

Tapi, kalau dah jadi kes mahkamah, pihak Busana Icha perlu menyelesaikan tuntutan tu dalam apa juga cara sekalipun. Butik Busana Icha yang sedang beroperasi di Kompleks PKNS Bangi pun akan disita. Segala harta milik Rohaiza juga akan disita. So, memang kejam jugak kan? Tapi nak buat macam mana, dah 4 tahun bagi peluang. Kalau dia bayar sikit-sikit pun mesti dah settle. Nak kata xde duit, butik kat Kompleks PKNS Bangi tu masih lagi beroperasi sampai sekarang nie. Cukup setakat nie. Nanti kalau dah naik mahkamah saya akan tulis entry baru update entry nie. Wassalam.
Entry asal pada 17 Julai 2013. Re-post kembali kerana kehilangan kesemua blog post.

Get Malaysian Business Online dan Geran Usahawan Mikro RM1000

$
0
0
Pernah dengar tak dengan program usahawan online yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia hasil usahasama dengan Google Malaysia iaitu Get Malaysian Business Online (GMBO)? Bagi yang mempunyai kedai online blogspot dan juga baru nak berjinak-jinak dalam dunia perniagaan online boleh la mendaftar dengan Program Get Malaysian Business Online nie. Ini kerana dengan hanya bermodalkan RM23 anda akan memiliki sebuah website perniagaan online dengan domain .com.my. 

Kalau anda biasa dengan blogspot, pastinya anda takkan alami kesukaran dengan admin panel Get Malaysia Business Online ni sbb ianya lebih mudah dari blogspot dan ada disediakan video tutorial untuk memudahkan lagi pemahaman anda untuk membangunkan website perniagaan online GMBO nie. Seeloknya daftar program Get Malaysian Business Online nie dengan akaun Gmail yang sama dengan akaun blogspot anda. Ini kerana, anda boleh terus guna gambar-gambar dari kedai online blogspot untuk dimasukkan ke dalam website GMBO nie. 

Untuk keterangan lanjut dan lebih detail, anda boleh baca entry nie k : 

Setelah anda memiliki website kedai online dengan domain .com.my, anda layak untuk mendapatkan Geran Usahawan Mikro sebanyak RM1000. Dan yang menariknya, RM1000 nie x perlu bayar balik. So, boleh la guna RM1000 nie untuk tambah stok barangan dan ape-ape pun sbb xperlu nak bagi resit or rekod kita beli apa dengan duit RM1000 tu. So, apa lagi..jom ramai-ramai berniaga online. Memang satu perniagaan yang menguntungkan. Sy dah lebih 5 tahun berniaga online dan memang pendapatan dari perniagaan online sangat lumayan dan banyak yang boleh dijimatkan seperti tak perlu bayar sewa kedai, elektrik pun yang banyak, perniagaan pulak satu Malaysia boleh tengok & macam-macam lagi. Untuk bisnes online saya tu, menjual baju kebaya nyonya dan kain pasang sulam (IzwanIzzati Collections) - pelanggan bukan hanya datang dari seluruh Malaysia tapi dah International pun...ada yang datang dari Singapore, Brunei, Indonesia, Australia, Hong Kong, China, USA dan yang terbaru dari Netherland. Awek mat saleh pun dah pandai pakai kebaya. So, bina la sebuah kedai online dan alang-alang kerajaan dah perkenalkan Program Get Malaysian Business Online nie memang satu permulaan yang baik la. Untung-untung dapat pulak geran RM1000 tu kan. Kalau ada apa-apa soalan & perlukan bantuan boleh la komen kat bawah nie ye. Thanks. 

Nota: Enrty asal pada 16 Feb 2013. Re-post kembali kerana kehilangan kesemua blog entry.

Pengalaman Tampal Gigi dan Tempah Gigi Palsu di Klinik Gigi Swasta

$
0
0
Kalau sebelum nie tampal gigi dan cabut gigi mesti cari Klinik Kerajaan sebab murah tapi kali nie nak gigi lubang besar sangat tapi sayang nak cabut satu lagi. Sebelum nie bila gi klinik kerajaan memang disyorkan untuk cabut. Dah la geraham pulak tu. Sebelum nie dah cabut yang kat sebelah kanan. Memang kosong betul rasanya. Sbb gigi geraham besar yang kena cabut. Oleh sebab lubang gigi geraham besar sebelah kiri sama besar dengan yang sebelah kanan aritu, nak cuba dengan klinik swasta pulak. Mana tau boleh diselamatkan.

So, pergi la ke Klinik Pergigian Kistina di Seri Kembangan. Memang boleh diselamatkan rupanya. Doktor cakap kalau yang sebelah kanan aritu datang jumpa dia boleh try tampal jugak. Sbb sayang kalau cabut. Takkan tumbuh lagi sampai bila-bila. Tu la, nak jimat duit sangatkan. Kan dah hilang sebijik gigi. Gigi geraham besar pulak tu. Huhuhu.. Kalau kos untuk cabut dan tampal gigi di Klinik Kerajaan, kena bayar RM1 je. Berbanding dengan tampat gigi di Klinik Swasta. Paling murah harga untuk tampal gigi adalah sebanyak RM60. Untuk tampal gigi aritu, saya kena cas RM100 sbb maybe nak kena buang tampalan sementara sebelum ni dan mungkin sebab lubangnya dah besar sangat. So, jauhkan beza harga untuk tampal gigi di Klinik Kerajaan dan Klinik Swasta kan? Tapi, kalau kat klinik kerajaan confirm la hilang lagi sebutir gigi geraham besar. Doktor klinik kerajaan nie macam ambil jalan mudah je. Susah sikit or nampak lubang besar sikit confirm dia akan cakap, "Ni dah tak boleh nak selamatkan lagi nie, mesti kena cabut".. 

Bila dah tampal, terasa pulak nak mengisi kekosongan gigi geraham sebelah kanan yang dah hilang tu. So, tempah la untuk buat gigi palsu. Untuk buat gigi palsu, pertama sekali doktor akan buatkan acuan dan masukkan dalam mulut. Bila kita gigi acuan tu, nanti akan terbentuk susunan gigi sediada termasuklah lubang hasil tinggalan gigi geraham yang dah kena cabut tu. Boleh tengok hasil acuan macam kat dalam gambar nie:


Boleh nampak kan betapa besarnya kekosongan didalam mulut saya..hehehe. So, lepas dapat acuan dalam seminggu hingga dua minggu dapat la gigi palsu yang ditempah tu. Pada mulanya klinik tu cakap harga untuk gigi palsu nie RM200. Dan bila dah siap naik pulak jadi RM240. Tak tau nape. Ade la tu kos tersembunyi kot. Hehehe..Nak tengok macammana bentuk gigi palsu tu. Ha..beginilah bentuk gigi palsu yang dah siap tu:


So, dah terisi la lubang hasil tinggalan gigi geraham besar yang dah kena cabut tu. Tp, saya jarang sangat pakai gigi palsu nie sbb bila pakai rasa lain macam pulak. Bila cakap pun dah macam sengau semacam dan macam lidah pendek pulak. Wife saya asyik ketawa je bila saya cakap time pakai gigi palsu nie sbb kadang-kadang tu tak paham ape yang saya cakap sbb bunyinya agak pelik..hehehe. Lepas tu air liur pun mcm terlebih pulak dan bila makan terasa sakit pulak. Maybe sbb belum biasa pakai tapi keadaan tu membuatkan saya jarang nak pakai gigi palsu nie. Rugi je kan. Bila dah buat, harga pun RM240 pulak tu lepas tu jadi perhiasan je kat dalam tandas kat rumah. Sebelum terlupa, kos untuk buat gigi palsu dengan klinik kerajaan hanyalah RM1 sahaja untuk sebiji gigi palsu. Tapi, kena buat appointment dulu dan tempoh untuk siap dalam 1 bulan.

Untuk pakai gigi palsu nie dan untuk tak tertanggal, kita kena gam dengan Polident iaitu "Pelekat Gigi Palsu". Lepas pakai Polident nie baru rasa kemas bila pakai. Kalau tak sebelum nie, ade sekali tu saya makan roti bila kunyah je..roti kan mcm melekat sikit..bila kunyah je, terus tertanggal gigi palsu tu..isk3..nasib baik kat dalam kereta, buat malu je..tapi, memang teruk la kena ketawa dengan wife...huhuhu..


Harga Polident nie tak mahal pun, kurang dari RM10 je. Cara-cara penggunaan Polident Pelekat Gigi Palsu nie adalah seperti berikut:
  1. Bersih dan keringkan gigi palsu anda
  2. Letakkan Polident dalam bentuk jalur. Elakkan daripada meletakkannya terlalu hampir dengan bahagian tepi
  3. Kumur mulut sebelum meletakkan gigi palsu
  4. Tekan gigi palsu pada tempatnya, pegang dengan rapat dan gigit selama beberapa saat untuk menjamin pegangan yang kukuh
Cara-cara untuk menanggalkan gigi palsu selepas menggunakan Polident adalah seperti berikut:
  1. Kumur mulut dengan air suam
  2. Tanggalkan gigi palsu dengan perlahan dengan mengerak-gerakkannya
  3. Tanggalkan baki pelekat daripada gigi palsu anda, cuci mulut dengan air suam dan berus gigi dengan lembut
Begitulah kisahnya menampal gigi geraham berlubang dan juga tentang tempahan dan penggunaan gigi palsu. Hargailah gigi anda sebaiknya sebab yang asal ciptaan Ilahi itu adalah yang terbaik.

Evolusi dan Peluang Perniagaan Online di Malaysia

$
0
0
Pada hari ini, kedai online tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Memang semua orang nak mencuba berniaga online dengan pelbagai jenis produk yang diperkenalkan. Berbeza dengan situasi 8 tahun yang lalu disaat sy mula-mula berjinak-jinak, belajar dan berangan ingin memiliki sebuah website perniagaan online yang berjaya. Kalau dulu, ramai yang tidak percaya dengan perniagaan online kerana kebanyakkannya skim-skim cepat kaya atau affiliate yang telah banyak menipu rakyat Malaysia. Sampaikan Paypal juga blacklist pengguna dari Malaysia. Masa tu memang tak boleh nak register dengan Paypal kerana bila mendaftar alamat, negara Malaysia tiada didalam list. Tp, sekarang nie Alhamdulillah Paypal telah membuka pintu kepada Malaysia dan ini menunjukkan bahawa urusan jual beli dalam talian @ online telah boleh dipercayai dan penipuan sudah dapat dibendung oleh Suruhanjaya Komunikasi barangkali. 

Saya yakin ramai rakan-rakan diluar sana yang mempunyai kemahuan untuk membina dan memiliki sebuah perniagaan online kan? Tapi, bagaimanakah untuk membina sebuah website ecommerce? Atau mungkin bina saja kedai online blosgspot atau wordpress?Apakah perbezaan diantara kedai online blogspot dengan kedai online dengan enjin ecommerce? Produk apakah yang paling menguntungkan untuk dijual online? Produk apakah yang paling laris dan mendapat permintaan tinggi sekarang nie? Macammana dengan pembayaran dan penghantaran produk? Dan macam-macam lagi persoalan bermain-main di minda sehinggakan niat dan keinginan untuk memiliki sebuah perniagaan online terbantut dan hanya tinggal impian semata. Bagi sesiapa yang ingin mempunyai kemahuan dan persoalan-persoalan diatas bermain diminda anda, hubungi saya dan In Sha Allah saya boleh bantu. Anda dijemput untuk melawat blog perniagaan online milik saya untuk mendapat serba sedikit ilmu tentang perniagaan online. Boleh klik link nie ye:


Jadi, apakah produk terbaik untuk dijual di kedai online anda? Secara amnya terdapat empat perniagaan asas yang mempunyai permintaan yang tinggi dan tidak pernah berhenti iaitu perniagaan membina tempat tinggal (rumah), perniagaan pakaian, perniagaan makanan dan juga perniagaan ubat-ubatan. Perniagaan membina tempat tinggal dan ubat-ubatan kita tolak tepi sebab kos yang tinggi dan juga banyak risikonya. Jadi tinggal pakaian dan juga makanan. Sekarang nie ramai juga yang berniaga makanan di internet seperti perniagaan biskut, cup cake, kek, bahulu, karipap sejuk beku dan lain-lain produk sejuk beku dan pelbagai lagi. Tapi, risikonya makanan nie tak tahan lama dan silap2 berlaku kelewatan atau kerosakan semasa penghantaran menggunakan poslaju atau kurier yang lain, produk makanan basi ataupun rosak. Pastinya merugikan anda dan juga menyebabkan pelanggan marah dan tidak mempercayai anda lagi. Jadi, perniagaan yang paling selamat dan paling mendapat sambutan di dunia online adalah perniagaan pakaian. Kita boleh tengok memang terdapat berpuluh ribu atau mungkin beratus ribu kedai online menjual pakaian di Malaysia. Tak kisahla menggunakan pltaform apa, blogspot ke, wordpress ke, Facebook ke atau website ecommerce ke. Yang penting memang terdapat macam-macam produk, dari pada tudung, blouse, kebaya, kemeja, seluar, kain pasang, skirt dan macam-macam lagi. Sy pernah meeting dengan Google Malaysia di Menara Citibank, di mana Google sendiri tidak dapat nak control dan dapat memberikan jumlah sebenar kedai online blogspot yang beroperasi di Malaysia nie. 

Betapa banyaknya kedai online kat Malaysia nie kan? Tapi, berapa banyak yang berjaya?Saya pernah buat kajian keatas 500 kedai online blogspot di Malaysia dan hasilnya hanyak lebih kurang 10-20% sahaja kedai online yang aktif. Selainnya, dah terkubur. Mengapa jadi begitu?Mungkin kerana kurang kesabaran, kurang pengetahuan, tiada panduan, tiada pelawat yang melawat kedai online, kedai online tidak wujud dalam enjin carian, kurang promosi dan sebagainya. Sebab tu, perniagaan semakin malap dan akhirnya padam. Jika anda mempunyai masalah diatas, hubungi saya dan saya boleh bantu. Perkara paling penting untuk sebuah perniagaan online adalah kedai online anda perlu mesra enjin carian dan anda perlu mempunyai pengetahuan tentang SEO. Apa itu SEO dan Kepentingannya? Boleh klik pada link kat bawah nie ye:


Bagi yang belum ada produk, anda boleh mulakan perniagaan online anda dengan mendaftar sebagai agen dropship dan dah ada modal sikit-sikit, masukkan produk anda sendiri.Jangan risau, simpan elok-elok produk anda. Masukkan dalam plastik dan kekalkan kualitinya. Kalau hari nie tak laku, satu hari nanti akan terjual jugak. Macam produk dikedai online sy, blouse yang telah dimasukkan ke dalam website sejak dua tahun yang lalu akhirnya minggu lepas terjual juga. Tapi, bagi yang baru nak mulakan perniagaan online, jangan la smpi dua tahun baru laku..kena promosi habis-habisan. Iklankan disemua tempat, dekat Facebook boleh, dekat Mudah boleh, dekat OLX boleh, dekat eBay boleh, dekat Majalah.com boleh, dekat 88db boleh & mcm-mcm lagi la. Mesti akan ada yang berminat untuk membeli produk anda. Yang penting, pastikan gambar produk cantik dan keterangan produk mudah difahami seperti ukuran size, warna, material dan sebagainya. Ingat, dalam perniagaan online, gambar produk memberikan pengaruh yang sangat kuat kerana dari mata turun ke hati kan? Biarkan pelanggan anda jatuh cinta pandang pertama dengan produk anda sehinggakan dia ingin memilikinya. 

Rasanya, cukup untuk kali nie. Nanti saya kongsikan lebih banyak pengalaman dan panduan tentang perniagaan online nie. Sebuah perniagaan yang dibuka 24jam sehari - 365 hari dalam setahun. Pelanggan juga datang dari seluruh pelusuk Malaysia dan juga dari luar negara. Macammana minat tak untuk memulakan sebuah perniagaan online? Lawat website sy untuk keterangan lanjut : 



Nota: Entry asal pada 16 April 2013. Oleh sebab kehilangan kesemua blog post, re-post kembali.


Sikap, Identiti & Masalah Pemandu Di Malaysia

$
0
0
Kita pernah dengar bahawa sikap pemandu di Malaysia berubah sama sekali dengan sikapnya sebelum memasuki kereta. Bila aje masuk kereta, pemandu Malaysia menjadi panas baran, tidak penyabar, kurang ajar dan macam-macam lagi. Berikut antara apa yang sy nampak tentang identiti pemandu Malaysia sepanjang 11 tahun pengalaman memandu kereta. Pendapat aje. Kalau ada nak tambah nanti boleh add kat komen ye.

Kesesakan terlampau : Pic. source from Mr. Google
Berbalik kepada tajuk entry kali nie"Sikap, Identiti & Masalah Pemandu Di Malaysia". Kita pernah dengar bahawa sikap pemandu di Malaysia berubah sama sekali dengan sikapnya sebelum memasuki kereta. Bila aje masuk kereta, pemandu Malaysia menjadi panas baran, tidak penyabar, kurang ajar dan macam-macam lagi. Berikut antara apa yang sy nampak tentang identiti pemandu Malaysia sepanjang 11 tahun pengalaman memandu kereta. Pendapat aje. Kalau ada nak tambah nanti boleh add kat komen ye. 
  1. Bila jalan jem, mesti ramai yang akan guna emergency lane. Orang lain boleh bersabar ikut barisan, tapi ade sesetengah yang tidak menghormati orang lain dengan memotong menggunakan emergency lane. Ini akan sebabkan keadaan bertambah sesak dan katakan ade accident kat depan (maybe penyebab kesesakan), pasti akan sukarkan ambulan dan pasukan penyelamat untuk ke tempat kejadian. Memang orang yang memotong di sebelah kiri nie menyusahkan dan membuatkan kita menyampah. Katakan nanti satu hari, diri sendiri yang accident dan sangat perlukan pasukan penyelamat dan ambulan untuk sampai cepat..mesti masa tu menyumpah-nyumpah pada orang lain memotong menggunakan emergency lane. Padahal diri sendiri pun sebelum nie same je. 
  2. Kalau hujan mesti nak hidupkan 'hazard light' atau lampu kecemasan. Menyalahgunakan lampu kecemasan. Atau memang dia rasa cemas bila hari hujan. 
  3. Kalau hujan, tak nak hidupkan lampu kereta. Lagi-lagi hujan lebat. Sure kalau tengok kat side mirror xkan nampak kete kat belakang. So, kalau pasang lampu at least orang depan boleh jugak nampak cahaya lampu kat cermin sisi dan cermin pandang belakang.
  4. Yang paling popular la. Sikap pemandu yang suka ambil tahu dan jaga tepi kain orang. Ade accident skit je tapi dia punye jem bukan main panjang lagi. Semuanya sebab pemandu perlahakan kenderaan sebab nak tengok kemalangan tu dan ade jugak yang sempat lagi nak ambil gambar. Ape punye dol la..hehehe, hangin nie sbb slalu lalu MRR2 dan MRR2 memang boleh dikatakan hari-hari ade accident.
  5. Bila masuk simpang pulak, memang ade yang pakai masuk je. Tak kira dah kenderaan lain. Memang mendatangkan marah kepada pemandu lain. 
  6. Satu lagi yang selalu sy nampak, ramai yang memandu sambil menggunakan telefon bimbit dan juga ada yang ber'sms' lagi. Ini akan mengurangkan fokus kepada jalan raya dan antara penyebab kepada kemalangan.Memang masalah dan identiti pemandu di Malaysia, suka guna telefon bimbit ketika memandu.
  7. Satu lagi masalah yang saya nampak adalah bila nampak je orang jual pau ke, durian ke, paper ke, nasik lemak ke...main suka-suka hati je berhenti tepi jalan and ade juga yang berhenti tengah-tengah jalan, mentang-mentang la jalan 2 lorong. Memang menjadi penyebab kepada kesesakan. 
  8. Sy paling x suka memandu kalau kenderaan kat belakang guna lampu tinggi dan juga lampu yang sangat terang. Memang menyakitkan mata sbb lampu kenderaan tu memantul ke mata melalui cermin sisi dan cermin pandang belakang. Memang menyakitkan hati.
  9. Pandu kenderaan perlahan dan macam siput di lorong laju. Ntah ape yang dia fikirkan ntah la.
Mmm...memang macam-macam sikap, identiti dan masalah negatif dengan pemandu-pemandu kat Malaysia nie. Kebanyakkannye memang sentiasa pentingkan diri sendiri hingga menyusahkan orang lain. Bila accident bergaduh, masing-masing nak menang. Tapi bila difikirkan punca dan penyebab kepada kemalangan tu sebenarnya boleh dielakkan jika semua pemandu berubah sikap dan berdisiplin di jalan raya. 

Berhati-hati di jalanraya. Ingatlah orang tersayang. Hidup hanya sekali. Jangan hilang nyawa di jalan raya.

Coretan Perjalanan : Melancong ke Pukhet - Part 1

$
0
0
Bismillah...

Dah lama sangat nak tulis tentang topik nie, tapi...x tulis-tulis, malam nie baru tergerak nak tulis..Sy ke Pukhet dengan tiket bernilai RM227 pergi balik..tp, just bayar RM27 je sbb sy dapat voucher RM200 daripada Air Asia sbb flight delay masa gi Tawau sebelum tu. Boleh baca tentang topik "Coretan Perjalanan : Air Asia Gave Me RM200 Compensation" untuk ketahui lebih lanjut tentang Air Asia RM200 Compensation.

Subuh-subuh lagi dah ade kat KLIA sbb flight ke Pukhet pukul 7.20 pagi. Sampai je kat Pukhet, berita buruk sbb bagasi xde dalam flight yg sama. Staff Air Asia Pukhet ckp maybe bagasi tersalah naik flight. Huhuhu... memang sehelai sepinggang je bercuti kalau gini..mmg risau la, dia ckp akan call kalau beg/bagasi dah sampai airport..ingat lagi dia ckp "Abang, don't worry abang..I try my best to get your luggage..abang round first, don't worry abang..."...banyak la dia punye "abang"...so,sy mintak dia antar terus ke Hotel je..sbb hotel awal2 dah booking, kat Pukhet sy tinggal kat Patong Island..tempat yang menarik..kat Hotel Bel Aire.. hotel yang cantik & sewa pun 30USD je satu malam, bilik luas dan memang berbaloi la...cuma bukan tepi pantai la, tu yg agak murah tu..sepanjang pantai Patong nie mmg penuh dengan hotel, chalet & rumah tumpangan termasuklah Club Med Phuket & Hard Rock Cafe Phuket...masa kat Airport, ade booth yang kasi simcard (TrueMove) henpon free..cuma topup je, boleh jugak topup kat 7-Eleven..lagi murah daripada roaming line Malaysia..sms lebih kurang 20 sen je ke Malaysia..
Peta Phuket : Credit to Mr. Google
(Note : Pukhet ade banyak pantai dan teluk antaranya Patong Beach, Kata Beach, Kamala Beach, Nai Han Beach, Rawai Beach, Karon Beach, Chalong Bay, Pukhet Bay, Sapam Bay dan macam-macam lagi..sebab Pukhet ada sebuah pulau peranginan dimana sekeliling pulau di gunakan sebagai tarikan pelancongan) 
Pandangan Dari Hotel Bel Aire

Welcome to Patong Beach
Hari pertama jalan-jalan sekitar Patong Island je..first skali cari makanan Halal dulu..agak susah nak cari makanan halal kat Pukhet nie...kalau ada pun restoren Arab, harga memang xpayah ckp la, memang mahal...tp, kat Food Court Shopping Complex Jungceylon ade kedai makanan halal...kat ruangan bawah, tapi harga memang boleh tahan..dalam lingkungan 100 Baht ke atas ataupun lebih kurang RM10 sbb 10 Bath = RM1 (lebih kurang la, utk senang nak convert)...kat Shopping Complex Jungceylon nie macam shopping complex kat Malaysia jugak..Carrefour pun ade...

Kat area pintu masuk Jungceylon Shopping Complex
Air Pancut Berirama - Cantik dan mengasyikan
Mcdonalds pun ade kat Phuket..tp, ade menu tambahan..hehehe, kalau kat cni ade burger daging ngan ayam je..kat Mcdonals Phuket nie ade burger daging babi..huhuhu...kalau nak beli Mee Segera pun ade perisa babi gak..memang susah nak cari makanan halal kat Pukhet nie..

Sempat jugak la bergambar dengan patung Mcdonalds nie sebagai kenangan...hehehe
Kalau nak gi Pukhet, x perlu nak tukar duit banyak-banyak kat Malaysia sbb sepanjang jalan kat Pukhet nie memang bersepah dengan Money Changer..boleh pilih mana satu yang boleh kasi kadar tukaran yang paling tinggi...so, bawak je duit RM banyak-banyak...sbb kalau tukar kat Malaysia lebih mahal lebih-lebih lagi kalau tukar kat KLIA...memang sangat2 merugikan..

Rasanya Money Changer yang nie yang paling murah...kalau x silap la :-)
Mm...bersambung di Coretan Perjalanan : Melancong ke Pukhet - Part 2...banyak lagi yg nak cite nie...mm,sblm mengundurkan diri...ape cite beg/bagasi yang x sampai tu ye? mm..pukul 8 malam kot baru terima panggilan dari Hotel Bel Aire ckp beg dah sampai...masa tu dah tengah shopping baju, seluar, berus gigi, seluar kecik & macam-macam lagi la sbb dah pasrah pun..huhuhu, nasib baik x bayar lagi..tp, bila dapat beg..dah koyak pun pemegangnye..dengan bahagian atas...tak tau ape diorg dah buat...tertulis kat beg tu "RUSH - Expedite baggage" ------- HKT STN (ape maksud tu? - Hong Kong Terminal ke? adakah beg/bagasi sy tu dah smpi ke Hong Kong tadi, patut la malam baru sampai - Wallahulam)...

Tag dari Air Asia Thai - HKT STN tu Hong Kong Terminal Station kan?
 Jauh Perjalanan, Luas Permandangan, Tak Ternilai Pengalaman

Entry asal pada 20 Jan 2012. Repost kembali kerana kehilangan kesemua blog post.
Viewing all 133 articles
Browse latest View live