Quantcast
Channel: Because I'm Not Perfect
Viewing all 133 articles
Browse latest View live

Renungan : Mengapa Wanita Mudah Menangis?

$
0
0
Wanita dan airmata memang tidak dapat dipisahkan. Sekeras mana pun hatinya, untuk sesuatu perkara pasti airmatanya amat mudah dititiskan. Pastinya persoalan "Mengapa Wanita Mudah Menangis?" selalu kita dengar kan? Sikit-sikit nak nangis, kenapalah sebab perkara kecik pun nak nangis dan macam-macam lagi. Jadi, mengapa wanita mudah menangis? Anda boleh tonton video untuk entry ini di You Tube:




Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya pada ibunya. "Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab ibu wanita". "Saya tak faham" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah faham... ."

 Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?, Ibu menangis tanpa sebab yang jelas". Ayah menjawab, "Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan". Hanya itu jawapan yang diberikan oleh ayahnya.

Anak itu membesar menjadi remaja, dia tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"

Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah Tuhan menjawab,"Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu. Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa. 

Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah. Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam keadaan dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan bila-bila saja ia diperlukan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan"

"Semoga Allah memberkati setiap insan yang bergelar wanita kerana sesungguhnya dirimu terlalu istemewa & mulia, andai bkn pada orang lain tp cukup bagi diriku".... -fizwan-

Bangau Oh Bangau

$
0
0
Penah tgk gambar nie tak? Salah satu hero dalam citer Kung Fu Panda yang bernama Master Crane. Glamer dia nie sbb kat Malaysia pun ade lagu khas untuk dia - Master Crane aka Cik Bangau.

Masa kecik-2 dulu untuk sesiapa yang membesar di era 80-90an mesti penah dengar lagu bangau oh bangau ni kan? Lagu nie pun rasanya diajar masa tadika lagi. Lagu Bangau Oh Bangau ni mmg nostalgia zaman kecik-kecik dulu... puncanya bangau tu kurus je, tapi dia punye sbb kenapa kurus tu yg menarik tu.. semua & segala yang berkaitan saling menunding jari menyalahkan yang lain untuk melepaskan diri... begitu la kehidupan manusia, kalau ade ape-ape kesalahan dan kesilapan, mesti akan cipta alasan dan menunding jari menyalahkan orang lain walaupun sesuatu itu adalah atas kesalahan diri kita sendiri...malahan memang kita sedar pun yang kesalahan tu berpunca daripada kealpaan dan kekhilafan diri kita. Tp, demi menegakkan benang basah kita akan mencipta alasan dan mencari orang lain utk dipersalahkan. Akhirnya dari satu kesilapan yang sangat kecik ianya membiak dan membesar menjadi sesuatu yang sangat besar. Betul x? Mesti ramai diantara kita yang pernah melihat dan mengalaminya kan?


Jangan terlalu diikutkan perasaan amarah itu, kelak akan membinasakan diri. Selalu kita dengar, "Beringat-ingat dahulu, sesal kemudian tiada gunanya". Belajar memaafkan kesilapan diri dan juga kesilapan orang lain. Kerana kemaafan itu sesuatu yang amat baik dan sikap yang terpuji. Buang ego tu jauh-2. Jangan kerana atas kesilapan yang amat kecil, perasaan amarah menguasai diri lalu meleraikan sebuah ikatan. Puncanya hanyalah sikap menunding jari. Sejak kecil lagi kita diajar. Dari lagu bangau oh bangau nie, kalau dilihat dr sudut yang positif mmg sesuatu yg baik untuk mengajar diri kita bahawa saling menunding jari tu mmg xkan abis dan akan merebak lalu membiak kepada sesuatu yang lebih besar dan akhirnya tidak dapat dikawal lagi. 

"...erti sebuah kemaafan"

Life Equilibrium aka Keseimbangan Hidup

$
0
0
Setiap kali layan Anime Fullmetal Alchemist x kisahla Season 1 or Brotherhood..ade dua ayat yg menarik hati :

"..if one desires to obtain something, he will be required to pay an equivalent price.."

"..people cannot gain anything without sacrificing something, we must present something of equal value to gain something.."

that called "equilibrium / equivalent exchange"

Fullmetal Alchemist - Best cite nie :-)
Mm.. dlm bahasa melayu maksudnye "keseimbangan hidup",setiap sesuatu kat dunia nie dijadikan berpasangan dan saling melengkapi.. baik-buruk, susah-senang, suka-duka, kaya-miskin dan sebagainya. Kalau nak dapatkan sesuatu, mesti kena berusaha. Lagi sukar & rumitnya nak dapatkan sesuatu tu, lagi kuat kena berusaha. Jadi, kalau impikan sesuatu tp malas nak berusaha dan mudah berputus asa.. xperlu la nak marah-marahkan keadaan, salahkan takdir Tuhan atau whatever lg kan. 

Begitu jugak kalau org melakukan sesuatu yg buruk pada diri kita..seeloknya bersabar dan terus bersabar, pembalasan Allah tu kdg2 xperlu nak tunggu hari Akhirat..time2 tu jugak leh dapat, cash Allah bagi.. so, bagi org2 yg suke menganiya org lain tu..bwk2 la bertaubat & bermuhasabah diri.. hidup ni bagaikan roda, senang hari ni..x semestinya hari esok pun senang jugak. Cerita dr seorg sahabat " ade sorg lelaki ni, keje bagus..main saham, duit berkepuk2, bila tgk org miskin..pandang rendah, pada org tua bwk teksi dimaki-hamun dicampak2kan je duit tambang teksi..macam org lain xde maruah & harga diri, smpi satu hari..Allah tarik blk kekayaan dia..jatuh bankrup..dan sekarang, dia pulak jd driver"..menyesal mcmane pun, xde gunanya..seeloknya dia bertaubat nasuha, semoga Allah menerima taubat hambaNya.

Moral of the story, setiap sesuatu yg kita lakukan..slalu ingat pada Allah, hidup ini perlu diseimbangkan..bila berada di atas, jgn dilupakan yg berada dibawah.. jgn terlalu asyik melihat awan, hinggakan lupa pada rumput di daratan..huhuhu, ape lak yg aku bebel nie?? Mm..hidup perlu diseimbangkan, ingat tu.. barulah berbahagia di dunia & di akhirat, barulah org lain senang &  menghormati diri kita. InsyaAllah.


..."Kekadang kita menyangka diri kita dah cukup bagus, tetapi jika kita melihat diri sendiri dari kacamata insan lain nescaya berdetiklah di dalam hati nurani kita.. "Akukah Itu ???" ....

Pengalaman Di Serang Sesak Nafas

$
0
0
Beberapa hari yang lalu, kira-kira jam 4 pagi saya diserang sesak nafas dan dikejarkan ke Unit Kecemasan, Hospital Serdang. Memang pengalaman yang memberikan banyak pengajaran dan peringatan kepada diri.Mcm-mcm fikir dah masa tu & mcm-mcm rasa... rasa x cukup nafas, rasa senak, rasa nak buang air besar, rasa pening, rasa nak muntah & rasa mcm nak pengsan dah..untuk rekod, ini kali ketiga diserang sesak nafas..dua hari sebelum tu pun dah kena dah, dari pukul 1pg sampai pukul 7 pagi tak boleh tido..tp, tak pegi hospital..tp, kelmarin tu rasa mcm dah teruk sangat..tu yg terus ke hospital..nasib baik Hospital Serdang dalam 5 minit je dari rumah..

Sampai je kat Hospital, terus di buat ECG test..kalau tak silap nama penuh ElectroCardioGram test. Dada, kaki & tangan di letakkan dengan klip yang disambung dengan wayar yang berselirat. ECG test nie dibuat untuk cek jantung, sbb selalunya kalau sesak nafas dan sakit dada kemungkinan besar ada masalah kegagalan jantung ataupun dengan lebih mudah sakit jantung. Alhamdulillah, jantung ok..tp, masih lagi sesak nafas dan sakit dada. Masuk pulak satu lagi bilik, saya diberi minum ubat yg berwarna putih dan juga diberi suntikan cecair dengan jarum yang agak besar. Lepas tu, dah rasa makin ok..lps tu tunggu untuk jumpa doktor pakar pulak. Lepas jumpa doktor, dia ckp kemungkinan saya terkena gastrik. Mm..dah 32 tahun hidup, x pernah pun kena gastrik & makan x penah miss tetiba kena gastrik. Huhuhu...doktor ckp kemungkinan, kalau kena lagi cepat-cepat gi Hospital balik utk rawatan lanjut.

Bila dibaca balik sebab-sebab sesak nafas dan sakit dada di Internet, berikut adalah info yang saya dapat:
  • Sesak nafas adalah gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular. Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah asma, jangkitan paru-paru akut (pneumonia), jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema), penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease) dan kanser paru-paru. Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah kegagalan jantung, serangan jantung dan kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias). Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah kekurangan darah merah (anaemia), alahan , resdung, kegelisahan (Anxiety Disorders) dan kegemukan.
  • Jika anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba disertai sakit atau ketat dada, kemungkinan anda mengalami serangan jantung, pneumothorax (udara berada antara paru-paru dan dinding dada) atau pulmonary embolism (darah beku dari bahagian kaki telah bergerak ke paru-paru ) . Jika anda mengalami sesak nafas mengikut episod disertai oleh bunyi seperti wisel (wheezing) atau batuk, anda mungkin menghidapi serangan asma atau jangkitan yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. 

  •  Berkenaan dengan sakit dada. Ianya sakit yang teramat dan mencemaskan. Ada di antara para pesakit menyatakan ia seumpama terputus nafas atau hampir mati, dada seperti hampir pecah atau seumpama seekor gajah menghempap dada mereka. Ciri sakit dada penyakit jantung koronari termasuk ketat dada, terbakar dada, tekanan dalam dada, terbakar dalam dada, ketidakselesaan yang teramat dan cengkaman kuat di dalam dada selama lebih dua minit. Sakit dada penyakit jantung koronari bertambah jika pesakit meneruskan aktiviti atau stres dan ianya berkurangan atau hilang bila pesakit berehat atau menggunakan ubat pengembangan salur darah (GTN) di bawah lidah. Kadang-kala sakit dada ini dapat dirasa pada bahu, leher, tekak dan tangan. Pesakit juga mungkin berasa susah hendak bernafas, berdebar, pening loya, muntah dan berpeluh.
Yang diterangkan diatas banyak seperti yang saya alami tempoh hari. Maksudnya, mulai arini saya kena menjalankan gaya hidup sihat, banyakkan bersenam, banyakkan minum air kosong, kurangkan gula dan banyakkan beramal. Untuk rakan-rakan diluar sana, sentiasa amalkan gaya hidup sihat kerana bila kita dah mula sakit baru nak menyesal dan kemungkinan dah terlambat untuk berubah.

Kat bawah nie ubat yang doktor bekalkan. Harap-harap lepas nie xde lagi diserang sakit dada & sesak. Memang rasa macam dah hujung nyawa & nyawa-nyawa ikan dah. 


Note: Entry asal pada 14 April 2013. Oleh sebab kehilangan kesemua blog entry, re-post kembali.

Mengapa Lelaki Menangis?

$
0
0
Insan yang bernama lelaki dicipta menjadi seorang yang sangat cekal, keras, tegas dan tidak mudah menangis. Bukan hanya kerana lelaki itu dicipta untuk menjadi pemimpin tetapi kerana lelaki dicipta untuk insan yang bernama wanita yang dijadikan dari tulang rusuknya untuk dilindungi, disayangi dan dicintai. Sebab itu lelaki tidak mudah untuk menangis dan mengalirkan air matanya. Pasti bila melihat seorang lelaki menangis.. dengan sinisnya kita akan bercakap "mana pergi sifat kelakiannya?", "baik jadi orang pompuan kalau nak nangis2 gini", "lembik tul la dia ni nak nangis2"..kenapa kita x berkata begitu kepada wanita yang menangis?..kerana begitulah lumrah hidup "Wanita Mudah Menangis dan Mengalirkan Air Mata".. tetapi amat janggal sekali bila seorang lelaki menangis... abaikan tentang lelaki lembut, itu ciptaan Allah yang istimewa..kita berbicara tentang lelaki sejati..tp, jangan dihina lelaki lembut kerana setiap sesuatu kejadian-Nya punya sebab dan hikmah tersendiri..

Datanglah pelbagai cubaan, dugaan dan cabaran dalam hidup..pasti sang lelaki akan cekal menghadapinya tanpa setitis pun air mata yang mengalir... tetapi, ada satu kelemahan lelaki yang boleh membuatkan dia menangis.. iaitu saat dia jatuh cinta dan mencintai seseorang.. sang lelaki pasti akan menjadi terlalu cinta, segala apa yang dilakukan demi untuk melihat pasangannya gembira dan bahagia.. biar diri dan hidupnya susah tapi jangan sekali pasangannya.. hidupnya mula berubah, segala kecekalan, kekuatan dan ketabahan selama ini menjadi semakin berkurangan.. lelaki akan menangis bila insan yang dicintai menangis, lelaki akan menangis bila insan yang dicintai hidup susah kerananya.. lelaki juga akan menangis pabila ditinggalkan oleh "Cinta" sejatinya...

Buruk kan kalau lelaki menangis.. sebab tu jugak la lelaki x suke menangis.. sebab buruk sangat mukanye kalau menangis. Huhuhu... (image source : somaliaonline.com)
Cinta dan kasih sayang... betapa kuat seorang lelaki, pasti akan tewas dengan godaan cinta..tak kiralah cinta itu cinta suci atau juga cinta palsu.. untuk seorang yang bergelar wanita, jika anda belum bersedia untuk menerima cinta, jangan diberikan harapan pada lelaki..kerana lelaki mudah lupa dan terleka atas nama cinta.. jangan musnahkan hidup lelaki kerana cinta.. sejarah banyak menceritakan dan membuktikan kisah tentang tumpasnya lelaki kerana wanita, kerana kasih dan kerana sayang.. banyak kerajaan dan empayar juga musnah hanya kerana cinta.. betullah bahawa cinta dapat memberikan kehidupan tapi cinta juga boleh membinasakan kehidupan..

Cinta di dunia hanya sementara, bersama kita mengejar cinta abadi,

Coretan Perjalanan : Melancong ke Pukhet - Part 2

$
0
0
Bagi yang terus ke page ini boleh baca PART 1 di "Coretan Perjalanan : Melancong ke Pukhet  - Part 1". Untuk hari kedua di Pukhet, kami memilih untuk mengikuti Phi Phi Island Hoping Tour Package. Harga yang ditawarkan untuk dewasa 2800 Baht manakala untuk kanak-kanak 1400 Baht tapi lepas tawar menawar akhirnya kami dapat harga 1500 Baht, so lebih kurang dalam RM150 la..agak mahal (boleh dapat lebih murah kalau cari kat bandar/hotel) sebenarnya sbb naik je teksi dari Airport di pertengahan jalan untuk ke Patong Island pemandu teksi berhenti di sebuah premis agen pelancongan pukhet. Maybe dia ade komisyen kalau pelancong amik mana2 pakej kot. Oh ye..smpi je kat Airport Pukhet, ade macam-macam pilihan pengangkutan..ade teksi, kereta sewa, tut-tut dan bas. So, untuk lebih selesa dan selamat just pilih teksi je. Tambang pun xde la mahal sangat kot. Pukhet khususnya dan Thailand amnya memang terkenal dengan sektor pelacuran. So, jangan terkejut kalau sampai je kat airport ade je yang offer perempuan. Kalau yang datang sorang-sorang or single-single tu...siap boleh sewa perempuan sepanjang berada kat Pukhet..huhuhu...dia akan ikut kemana je kita pergi, siap ade khidmat urut di bilik lagi..huhuhu, memang kena kuatkan iman..siap ade tagline "Good Man Go To Heaven, Bad Man Go To Patong"...hehehe...bagi awek2 atau isteri2 yang mana bf or suami ckp nak gi bercuti kat Pukhet mesti dah cuak kan...hahaha...

Tuk-Tuk memang glamer kat Thailand

Ok sambung balik dengan Phi Phi Island Hoping Tour tu. Awal-awal pagi lagi dah ade van datang jemput kat depan hotel bawak gi jetty speed boat. Sampai di jetty speed boat, kami di kenalkan dengan tour guide kami. Memang sangat mesra alam. Tapi x berapa nak paham ape dia cakap mulanya. Maklumla orang siam ckp english. English dalam loghat siam. Nama dia ntah ape tak ingat sbb mcm susah nak sebut..tp, bila dia ckp memang susah nak ingat nama dia so just panggil dia "Pretty"...hahaha, mmg smpi skrg ingat sbb memang dia x pretty langsung... :-P

Jetty Bot, macam cantik lak gambar nie..
First skali kami di bawa ke Maya Bay. Memang cantik pantainya. Pasir yang sangat putih dan halus. Tempat nie sebenarnya penah dijadikan backdrop untuk penggambaran Filem "The Beach" yang dilakonkan oleh Leornardo Dicaprio tak lama dulu. Memang tempat yang cantik dan mendamaikan. 

Kalau tengok Filem The Beach, mesti perasan kan view nie.
Maya Bay kat Krabi Island rupanya.
Yang tak bestnye, ramai sangat orangnye...ade yang mandi, ade yang snorkeling, ade yang jalan-jalan, tangkap gambar, baring-baring & macam-macam lagi..macam-macam bangsa dari macam-mcam negara
Dalam 30-40 minit kami kat Maya Bay nie. Then, Miss Pretty dah panggil sbb lepas nie nak gi Monkey Beach pulak...untuk ke Monkey Beach kami lalu di Viking Cave..Gua nie dah didiami manusia sejak zaman pra-sejarah lagi. Sekarang nie, gua-gua kat Viking Cave nie digunakan untuk mengambil sarang burung layang-layang/walit... Kami juga di bawa ke Pi Leh Bay, tempat yang menarik untuk mengambil gambar permandangan dan dibuat poskad. Memang sesuai untuk photographer. Selepas tu, singgah di Loh Samah Bay, kat sini adalah tempat yang menarik untuk snorkeling..memang cantik, banyak ikan-ikan yang cantik dan berwarna warni...terumbu karang yang cantik...tp, berhati jangan sampai terpijak Landak Laut..memang duri dia tajam dan berbisa...Akhir skali kami di bawa ke Khai Island...sebuah pulau kecil di tengah laut..dikelilingi dengan kerusi dan ade sebuah restoren kecil ditengah2...kami lunch kat cni..dia cakap semua makanan Halal..tp, wallahualam..tawakal je la..memang tempat yang menarik, ikan-ikan pun sangat jinak..memang boleh mandi bersama-sama dengan ikan-ikan kecil yang comel-comel...
Viking Cave

Monkey Island
Salah seekor penghuni Monkey Island..memang banyak Monkey kat pulau nie..
Khai Island - Banyak kan kerusi
Mandi dengan ikan-ikan - memang jinak-jinak ikan nie
Jauh Perjalanan, Luas Permandangan, Tak Ternilai Pengalaman

 Entry asal pada 20 Jan 2012. Repost kembali kerana kehilangan kesemua blog post.

Lagu-Lagu Yang Pasti Akan Buatkan Semua Orang Tersenyum

$
0
0
Ok tak tajuk entry kali nie? Lagu-lagu yang pasti akan buatkan semua orang tersenyum... ade ke lagu-lagu gitu? hehehe.. mestila ade, kat cni ade 3 calon-calon lagu yang akan buatkan kita tersenyum bila mendengarnya... dan, calon-calonnya adalah ... jeng...jeng..jeng

Kereta Kecil Warna Merah

Ingat lagi tak lagu nie? Bapaku pulang dari kota, bapaku belikan kereta, kereta kecil warna merah, bolehku bawa ke sekolah...ok, ramai-ramai jom kita nyanyi sama-sama ... pon, pon, pon, pon, pon pon, pon, pon, pon...kereta kecilku berbunyi, marilah adik mari naik.. hehehe... suke kan? owh...dah berpuluh tahun meninggalkan zaman tadika, tp..lagu nie tetap dalam ingatan, jom kita layan sama-sama :



Ok-ok, dan calon yang kedua adalah....

Bangau Oh Bangau

Mmm...Lagu Bangau Oh Bangau ni pun mesti sume orang tau kan?... puncanya bangau tu kurus je, tapi dia punye sbb kenapa kurus tu yg menarik tu.. semua & segala yang berkaitan saling menunding jari menyalahkan yang lain untuk melepaskan diri... begitu la kehidupan kita masa kini, kalau ade ape-ape salah, mesti akan cipta alasan dan menunding jari menyalahkan orang lain walaupun sesuatu tu adalah atas kesalahan diri kita sendiri... renung-renungkan maksud disebalik lagu kanak-kanak nie k...



Dan lagu yang terakhir, pastinya akan buatkan yg sedang bermuram & bersedih tu kembali tersenyum dan gembira. Rasa macam nak nyanyi sama-sama je... tapi video ni lagu versi english... tapi still boleh membagkitkan semangat & menceriakan.. 

Kalau Anda Gembira

Mmm... kalau anda gembira, tepuk tangan..kalau anda gembira beginilah caranya kalau anda gembira hentak kaki.. hehehe, hepikan dengar lagu nie.. ceria abis... owh indahnya zaman kanak-kanak, sangat gembira dan hidup yang sgt mudah.. x perlu nak fikirkan ttg masalah hidup dan juga xperlu nak berusaha keras untuk meneruskan kehidupan. (bagi kebanyakkan orang).. happy je hidup.. so, betulkan lagu-lagu nie pasti akan buatkan semua orang tersenyum??



 "Walau seberatmanapun masalah yang melanda diri, hadapinya dengan senyuman kerana masalah takkan dibiarkan melampaui kemampuan diri kita... Allah Maha Penyayang ... senyum selalu, hidup pasti akan lebih indah"

Renungan : Sesuatu dan Segalanya Tentang Cinta

$
0
0
Kepada yang masih SINGLE...

Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kamu kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kamu biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat yang kamu tak terduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kamu berikan pada seseorang yang layak menerima.

Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN... 

Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...

Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kamu tidak benar2 peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kamu sentuh hidup seseorang bila kamu hanya berniat untuk main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kamu lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kamu tidak berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.


Kepada yang PATAH HATI...


Sakit... patah hati... bertahan selama kamu menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kamu membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Anda juga boleh tonton entry ini dalam versi video di Youtube:



Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA... 

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI... 

Hatimu patah melihat org yang kamu cintai berbahagia dengan orang lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kamu cintai ternyata tidak bahagia denganmu.

Kepada yg takut MENGAKUI... 

Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI... 

Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kamu bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kamu telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

Kepada yang sudah berkahwin tetapi BERMAIN CINTA DENGAN ORANG LAIN DIBELAKANG SUAMI/ISTERINNYA.. 

Hormatilah sebuah ikatan yang sangat dimuliakan Allah iaitu perkahwinan. Jangan kerana nafsu semata, ikatan yang tersimpul rapi sebelum ini terlerai di tengah jalan. Hentikan sebelum terlewatkan. Balasan Allah kadang-kadang terus dapat cash je. Percaya pada karma, hari ini kita menghianati suatu hari nanti pasti kita pula yang akan dikhianati. Pastinya dengan satu pengkhianatan yang sangat berat utk ditanggung.

Renungan dan Pengajaran dari Kisah Katak Kecil

$
0
0
Korang pernah tak dengar kisah katak kecil berlumba lari dan penamatnya adalah di puncak menara? Memang sangat memberikan motivasi daripada kisah katak kecil nie. Apabila seekor demi seekor berputus ada dan tidak mahu meneruskan perlumbaan kerana penonton sendiri tidak yakin dan percaya bahawa akan ada katak yang mampu untuk sampai ke puncak menara itu. Pelbagai kata-kata negatif dari penonton telah sedikit sebanyak melemahkan semangat para peserta. Akan tetapi, terdapat seekor katak kecil akhirnya telah berjaya sampai ke puncak dan memenangi perlumbaan tersebut. Semua penonton tertanya-tanya bagaimanakah katak kecil yang seekor nie mempunyai cukup kekuatan dan keyakinan hingga boleh berjaya sampai ke puncak menara. Korang pun mesti nak tau kan? Untuk kisah sepenuhnya, jom layan video kat bawah nie. Kalau rasa kisah tu telah memberikan motivasi kepada korang, sharekan dengan rakan-rakan yang lain ye :-)


Kisah Cinta dan Sahabat : Mengapakah Begitu Kesudahannya?

$
0
0
Di satu ketika, di satu tempat dan di satu petang, dua orang teman baik sedang duduk di atas pangkin di tengah-tengah bentangan sawah padi yang subur menghijau. Seorang gadis bernama Cinta dan seorg lagi pemuda yang bernama Sahabat. Kelihatan ketika itu, Cinta sedang menangis teresak-esak kerana baru dilukai dan dikhianati oleh Sang Kekasih. Disebalik esakan tu, Sahabat tetap setia menemani Cinta, mendengar dan turut menangis bersama. Katanya "Perasaan hati itu mmg sesuatu yang sukar untuk dimengertikan, dengan hanya sekelip mata dan oleh kerana sesuatu kejadian ia dapat berubah dgn sekelip mata. Sekali kita ingin memasuki alam percintaan, kita kena slalu bersedia untuk menangis. Jd menangislah temanku andai itu dapat menenangkanmu, aku akan setia disisimu. Aku mungkin tidak mampu utk membuatkan hatimu gembira tp aku boleh menangis bersamamu.

Setelah beberapa lama melayan perasaan dan kisah sedih percintaan temannya, Sahabat tiba-tiba bangun dan berkata, ayuh Cinta kita ke tepi pantai sana.. aku tunjukkan padamu permandangan tatkala matahari sedang terbenam yang cukup indah dan tak pernah kau temui sebelum ini. Pastinya kau akan berasa cukup tenang dan bahagia.  Mendengar kata-kata Sahabat, Cinta menjadi teruja pada keindahan dan kebahagiaan yang diperkatakan, lupa seketika tentang kesedihan hati. Lalu mereka pun beriringan berjalan menuju ke pantai, kadangkala Cinta mendahului Sahabat kerana ingin cepat sampai ke destinasi yg dituju. Sedang mereka berjalan, tiba-tiba Cinta terjatuh ke dalam sebuah lubang yang gelap dan berbahaya. Lalu sahabat dengan penuh kerisauan berkata, "Oh Cinta, mengapakah engkau tidak dapat melihat bahaya di hadapanmu?" Lalu Cinta pun menyahut "Sahabatku, aku terlalu asyik dan teruja dengan keindahan yang engkau ceritakan lalu aku tidak memperdulikan sekelilingku dan aku ingin sekali cepat sampai ke sana" Sambil menggelengkan kepala, Sahabat berkata sendirian "Cinta, sesungguhnya keindahan & kebahagiaan telah membutakan matamu. Kau terlalu ingin cepat untuk mencapainya membuatkan kau tidak berhati-hati lalu kau terjatuh ke dalam kegelapan ini. Satu hari, kau akan mengerti bahawa tiada dalam pintas untuk mencapai kebahagiaan"... Lalu tanpa membuang masa, Sahabat turut terjun ke dalam lubang itu demi untuk mendapatkan Cinta. Sampai ke bawah, Cinta terkejut dan memarahi Sahabat "Kenapa kau turut terjun ke bawah ini sedangkan kau tahu disini terlalu gelap dan berbahaya, tinggalkan saja aku di sini kerana salahku kerana tidak berhati-hati hingga aku jatuh ke dalam lubang yang gelap ini'"...Sahabat menjawab "Janganlah kau marahi aku, sebaliknya kau harus menghargaiku kerana aku sanggup lakukan apa saja demi temanku dan aku xkan pernah akan tinggalkan dirimu sendirian". Diselukkan ke dalam saku seluarnya sambil menyalakan pemetik api membuatkan persekitaran yang gelap itu kembali terang sambil berusaha mencari jalan untuk membawa Cinta kembali ke atas... Di dalam hatinya Cinta berkata "Sahabat, aku tidak menyangka yg kau sanggup bersama-samaku di dalam kegelapan ini...kau terangkan kegelapan ini dan kau berusaha membawaku keluar dari kejatuhan ini "...

Setelah beberapa lama mencari jalan, akhirnya mereka berjaya kembali ke atas. Tetapi, hari dah semakin gelap dan matahari pun dah lama tenggelam. Terasa hampa di hati Cinta kerana dia x dpt melihat keindahan yang sudah semakin hampir dengan dirinya kerana kesalahan dirinya sendiri. Lalu Sahabat memujuk, xpelah Cinta...esok kita boleh ke sini lagi. Tapi, belum tentu kita dapat melihat keindahan itu sbb kita belum tahu cuaca pada hari esok. Andainya hujan atau mendung, awan akan menghalang pandangan kita. Tapi, kita masih boleh berharap dan berdoa semoga esok adalah hari yang cerah dan indah. Cinta menjawab,"Mungkin kita boleh melihatnya keindahan itu satu hari nanti kerana esok aku perlu kembali ke tempatku. Ketahuilah Sahabat bahawa aku amat senang dengan kamu, sejak sekian lama kau selalu ada disisiku tatkala aku memerlukan seseorang. Moga persahabatan kita ini akan berkekalan selamanya.." Sahabat hanya mampu tersenyum dan berkata di dalam hatinya "Cinta, mengapakah selama ini kau tidak pernah mengerti bahawa aku amat menyintaimu? Aku sanggup lakukan apa saja demi melihat kau gembira dan tersenyum. Terlalu banyak yang telah aku korbankan dalam hidup ini demi untukmu. Mengapa kau dapat menerima kehadiran orang lain dihatimu tapi bukan diriku? Semoga suatu hari kau menyedari kewujudanku dalam hidupmu dan dapat membuka hatimu untukku. Aku akan sentiasa menantimu dan akan sentiasa menjadi temanmu yang paling rapat.."

Image Credit : Mr. Google
Keesokkannya, Cinta kembali ke tempat tinggalnya dan dari semasa ke semasa tetap menghubungi Sahabat. Hubungan yang amat dihargainya. Satu hari, Cinta menelefon Sahabat dan dengan suara yang cukup ceria dan bahagia dia berkata "Sahabat, aku ingin kau menjadi orang pertama yang mengetahuinya.""Ketahui apa?apakah yang telah membuatkan kau gembira pd hari ini?"..."Mmm..aku ingin berkongsi sesuatu denganmu, Sahabat.. aku telah jatuh cinta lagi dengan seorang lelaki yang cukup istimewa yang aku kenali 3 bln yang lalu....bla..bla...bla..bla..." Disebalik suara kebahagiaan Cinta di speaker telefon, tanpa dia ketahui...air mata Sahabat mengalir deras. Hatinya cukup sebak, sedih dan menangis. Cukup hampa terasa. Oh tidak, terlalu berat dugaan ini. Lalu dia berkata didalam hatinya "Oh Tuhanku, apakah perencanaanMu kepada diriku? Mengapa aku tak mampu untuk memiliki gadis yang amat aku cintai dan sayangi ini? Mengapakah hidup ini tidak berlaku adil kepadaku? Dan Cinta, mengapakah kau tak dapat melihat hatiku? Smoga kau bahagia dan aku akan tetap menjadi temanmu, selamanya...."

Tamat. Berakhirlah sebuah kisah.

"If Love Is The Answer, Can You Please Repeat The Question??"


Saat Ibu Melahirkan Anaknya

$
0
0
Saat seorang ibu melahirkan anaknya adalah saat perjuangan paling getir antara hidup dan mati. Saat yang sangat-sangat menyakitkan lagi memeritkan. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu didalam melahirkan kita didunia ini. Kalau tak silap, setiap ibu yang meninggal dunia ketika melahirkan anak akan dianggap sebagai mati syahid dan dijanjikan syurga (betulkan saya jika tidak benar).

Tapi, kenapa masih ada anak-anak yang sanggup menderhaka pada ibunya? Memukul, menghina, menghamburkan kata-kata kesat dan ada juga yang memutuskan hubungan dengan ibunya. Sedangkan, hubungan antara ibu dengan anak tidak akan terputus hingga saat kematian sekalipun. Mengapa begitu? Kerana tatkala seorang anak meninggal dunia, dalam bacaan talkin namanya akan disebut ber"bin" dan ber"binti"kan ibunya. Jadi, betapa benci dan sejauhmanapun dibuang seorang ibu itu, namanya tetap akan disebut disaat kematian anak yang derhaka itu.

Di dalam Al-Quran, Allah telah melarang anak-anak dari melawan ibu bapa mereka dengan nada yang kasar dan boleh menyentuh hati seperti perkaaan ‘ah’, ‘cis’, ‘uh’ dan sebagainya.

“Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (al-Isra’, 17: 23 )

Begitu juga di dalam Surah Luqman :

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)


Di satu ruang yang kecil kita dilahirkan. Owh betapa sakitnya. Memang benar kata orang bersalin tu sakit.

Bagi yang tidak dapat membayangkan betapa sakitnya seorang ibu didalam melahirkan seorang anak didunia ini, mungkin anda boleh bayangkan dengan gambaran didalam video ini:


Kalau dilihat dari video nie, memang dapat dirasakan betapa sakitnya bersalin itu. Jadi, hormati dan sayangilah ibu kita selagi dia masih bernyawa. Tanpa dia kita takkan wujud didunia ini. Tanpa pengorbanan dan kerelaan hatinya, kita takkan boleh melihat dunia ini. Tanpa perjuangaan dia, kita takkan bernafas pada hari ini.

“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Tajaan Kebaya Nyonya kepada Artis Izreen Azminda Drama 7 Suami Nik Yah

$
0
0
Baru-baru ini, sehari sebelum Anugerah Skrin 2013 kami ada berjumpa dengan pelakon Izreen Azminda untuk perbincangan tentang tajaan baju kebaya nyonya yang akan dipakai oleh Izreen didalam drama terbaru 13 episod yang bakal ditayangkan di TV9 tak lama lagi bertajuk "7 Suami Nik Yah". Keesokkannya, Izreen menang Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2013. Tahniah Izreen Azminda. Semoga bertambah sukses di masa akan datang. 

Kepada rakan-rakan yang sedang mencari dan ingin membeli baju kebaya nyonya, jemput lawat website kedai online kami Izzkebaya Collection di http://www.izzkebaya.com/. Terdapat lebih dari 400 design baju kebaya nyonya dengan pelbagai pilihan warna, corak, motif dan saiz. Saiz yang paling kecil adalah size S dan yang paling besar saiz XXXL. Baju yang jahit sendiri kebaya nyonya mengikut cutting dan ukuran badan, kami turut menjual kain kebaya yang belum dijahit baju. Rakan-rakan boleh membeli baju kebaya nyonya sahaja atau boleh juga membeli baju kebaya set lengkap dengan kain pario dan kerongsang. Harga yang kami jual sangat berpatutan dan lebih murah dari pasaran. Kebaya nyonya kami memang berkualiti tinggi dan sangat cantik. :-) ..sape lagi nak puji kan? kena la puji diri sendiri dulu. 

So, kat bawah nie gambar yang Izreen Azminda share di Instagram dan juga gambar kebaya nyonya yang digayakan oleh model kebaya kami. Beli jangan tak beli tau :-)








Khas Buat Semua : Meniti Hari-Hari Terakhir 2013

$
0
0
Kita hidup biar miskin harta
Jgn miskin ilmu dan kasih sayang
Perjuangan ini menjanjikan kita 1001 cabaran
Kalau kita berjaya
Jangan lupa teman

Tapi..
Kalau kita tak berjaya
Siapalah kita disisi Tuhan
Tak semua yang kita sayang
Sayang pada kita
Tak semua kita benci
Benci pada kita

Namun..
Jika kita fikirkan kasih sayang
Kita akan di sayangi
Jika kita fikir kebencian
Kita akan di benci

Kerana..
Ia boleh datang dan pergi
Tanpa kita sedari
Menyayangi tak bererti memiliki
Memiliki tak bererti selamanya
Hargailah ia seadanya
Kalau kita sayang seseorang
Biarkan dia bebas
Jika dia milik kita
Dia pasti milik kita jua

 
Kenangilah perhubungan yang terjalin
Untuk setiap persimpangan dalam perjalanan hidup
Yang penuh dengan persoalan
-to be continue-

Ibu Mengandung, Pedih Ulu Hati, Asid Folic dan Gaviscon

$
0
0
Setelah selesai majlis perkahwinan keadaan sudah berbeza dari sebelumnya. Sekarang nie dah punya isteri untuk sentiasa bersama berjuang ke arah kehidupan yang lebih baik . Setelah genap 3 bulan pernikahan, hidup berkeluarga bertambah serinya dengan pengesahan bahawa isteri tercinta sudah hamil 7 minggu. Owh..hidupku semakin berwarna warni. Punya isteri yang cantik dan kini bakal mempunyai zuriat yang bakal mewarisi perjuangan dan legasi perniagaan sedang dibina pada hari ini. 

Memang simptom ibu mengandung, kebanyakkannya pasti akan mengalami muntah-muntah, lenguh-lenguh badan dan pelbagai lagi kesakitan yang perlu ditanggung akibat perubahan dan perkembangan bayi yang dikandung. Simptom yang paling popular adalah dikenali sebagai "morning sickness"iaitu loya dan muntah diwaktu pagi. Tapi, amat meruntun jiwa pabila melihat isteri tercinta bukan hanya muntah di waktu pagi tapi muntah setiap kali lepas makan. Segala yang dimakan, pasti akan keluar kembali. Hasilnya, badan menjadi sakit-sakit dan tubuh berasa sangat lesu kerana makanan belum sempat dihadam dan sebelum segala khasiat diproses semuanya keluar kembali. Bilakah keadaan muntah-muntah ini akan berakhir, ada yang berkata sepanjang trimester kehamilan yg pertama iaitu 0-12minggu. Ada juga yang ckp 3 bulan baru ok dan ada juga yang ckp sampai bersalin. Semoga janganlah sampai bersalin. Cukup hingga 12 minggu sahaja. Sbb sangat sedih dan pilu melihat pengorbanan isteriku aka pengorbanan seorang ibu dalam mengandung seorang anak.

Apabila melihat dan merasai susah payah seorang ibu mengandung dan kecekalan seorang ayah melayan kerenah ibu yang sedang mengandung, timbul seribu keinsafan betapa besarnya kasih sayang insan yang bergelar ibu dan ayah. Itu baru mengandung, didalam membesarkan anak juga pasti perlukan pengorbanan yang lebih besar beserta kesabaran dan kecekalan dalam memastikan masa depan anaknya terjamin. Sebagai anak, walau macammanapun keadaan ibubapa pada hari ini ingatlah bahawa suatu masa dulu mereka pernah bersusah payah didalam membesarkan kita. Bagi yang punya ibu bapa dimana kasih sayangnya tidak pernah kurang, maka bersyukurlah dan hargailah ikatan itu. Dan bagi yang punya ibu bapa yang tidak lagi menunjukkan kasih sayang itu, belajarlah menyayangi mereka dan hargailah kewujudan mereka kerana dari merekalah kita dapat melihat dunia nie. 

Berbalik kepada kisah muntah-muntah aka "morning sickness" tu. Semua ibu yang mengandung wajib untuk makan pil yang mengandungi folik acid yang sangat bagus untuk perkembangan bayi. Tp, masalahnya lepas je makan folik acid nie, makin bertambah loya tekak dibuatnya. Terasa pedih ulu hati dan seperti sesuatu tersangkut di tekak. Adakah kerana folik acid nie bercampur dengan acid dalam perut mengakibatkan rasa pedih ulu hati nie?. Kalau dalam keadaan normal, bila berlakunya pedih ulu hati nie kita just telan Gaviscon then tak lama lepas tu elok la. Tp, satu lagi persoalan... adakah Gaviscon sesuai dan selamat untuk ibu mengandung? Jawapannya ialah ya, ibu mengandung dan menyusukan anak boleh mengambil dan selamat untuk menggunakan Gaviscon. Ada tertulis di label botol Gaviscon bahawa Gaviscon sesuai untuk ibu hamil/mengandung dan yang sedang menyusukan anak. So, bagi sape2 yang tengah diawal kehamilan & sakit pedih ulu hati boleh la mintak En. Suami belikan Gaviscon ya. 
Siang tadi Cik Aina mengidam nak makan ikan kukus halia. Maka terhasillah menu hidangan ibu mengandung. Nasi putih + Sayur bayam + Ikan Kembung Kukus Halia - Malangnya, semua nie dimuntahkan kembali. Takpe, nanti akan masak lagi :-)
 Entry asal pada 8 March 2012. Re-post kembali kerana kehilangan kesemua blog post. Baby dalam perut dah keluar & dah berusia masuk 1 Tahun 3 Bulan pun :-)

Kalau Kita Merasakan Bahawa Diri Kita....

$
0
0
Entry yang terlewatkan. 

Jumaat lepas, lebih kurang kul 8mlm..blk keje terasa nak singgah pasar malam lak walaupun hari tengah hujan. Sampai je pasar malam, walaupun hujan..ramai jugak org yg tengah bersesak-sesak kat pasar malam tu. Petanda ekonomi Malaysia masih kukuh. Punye la susah nak gerak sbb asyik eksiden langgar payung je. Di celah-celah kesesakan tu, terpandangkan seorang mak cik yang sedang duduk di dalam kereta sorong sedang menjual tisu dan menadah bekas duit. Cukup-cukup menyedihkan apabila terpandangkan keadaan mak cik tu. Sempat dia melemparkan satu senyuman padaku. Senyuman yg cukup ikhlas, tulus dan sampai ke hati. Dalam dunia yang penuh dgn manusia bertopeng nie, masih lagi dapat melihat senyuman sebegitu. 

Mm...hatiku cukup sedih dan sebak bila memikirkan nasib makcik tu. Sudah berapa puluh tahunkah dia menanggung hidup sebegitu? Badannya cukup kecil, sebesar kanak-kanak berusia 6-7 tahun. Duduk di dalam kereta papan sorong, dan mengayuh dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya. Siapakah yang tergamak menghantar dia ke situ? Adakah sindiket telah memanipulasikan hidup makcik tu? Disebalik segala persoalan tu, terdetik dihatiku, betapa bertuahnya dan bersyukurnya aku dikurniakan tubuh badan yang serba sempurna, kesihatan yang baik dan kehidupan yang baik. Sesuatu yang sgt membekas, menginsafkan dan membuatkan aku belajar sesuatu pada malam itu. 

  • Kalau kita merasakan bahawa diri kita cukup susah, masih ada ramai lagi insan lain yang berkali ganda susah dari diri kita sekarang.
  • Kalau kita merasakan masalah yang membelenggu diri kita membuatkan kita tidak tabah, tekanan, tak sabar & menyalahkan ketentuan takdir Ilahi, masih ramai lagi yang punya masalah yang lebih berat dr diri kita.
  • Kalau kita merasakan bahawa diri kita miskin, masih ramai yang papa kedana diluar sana.
  • Kalau kita merasakan bahawa diri kita dah berjaya skrg nie, jgn takbur, riak dan mudah lupa diri sbb ramai lagi yang lebih berjaya dr diri kita.
  • Kalau kita merasakan bahawa diri kita dilahirkan sempurna, dikurniakan dgn kecantikan & keindahan janganlah bangga diri dan memandang hina org yang kurang cantik dan sempura. Cukup jika kita bersyukur dan memelihara kurniaan Ilahi itu. Sebab segalanya hanyalah sementara dan pinjaman semata-mata. Allah boleh tarik balik pemberiannya tu sekelip mata je.

Oleh tu, belajarlah bersyukur dengan setiap sesuatu pemberian Allah.  Tabahkan hati dalam menghadapi segala ujian dan dugaan Allah. Belajarlah untuk menerima setiap sesuatu dengan senyuman kerana senyuman sedikit sebanyak dapat meringankan segala bebanan. Belajar dari kisah hidup makcik yg diceritakan tadi. Bayangkan, setelah berpuluh tahun dia hidup begitu.. berbasah didalam hujan demi untuk meneruskan hidup, dia masih boleh tersenyum. Itu hanya satu babak di dalam kehidupannya yg kita nampak. Bagaimana dengan kehidupan sehariannya 24 jam sehari, sesuatu yang tak terfikirkan kan? Bukan pintanya untuk lahir sebegitu rupa dan dengan nasib dirinya pada hari nie. Tapi, Allah Maha Mengetahui, Maha Adil dan Maha Penyanyang. Pasti Allah punya perancangan yang baik untuk dirinya. Janganlah kita memandang hina dengan insan-insan yang menerima nasib sebegitu. Kalau boleh, mmg diorg xnak pun nasib sebegitu, tp..apakan daya, segalanya dalam hidup ini sudahpun tertulis sejak azali lagi. Kalau ade yg mintak sedekah, sedekahlah  ikut kemampuan kita. Seeloknya, kalau ade yang mintak sedekah time kita tgh makan. dan takut wang yang kita dermakan masuk ke dalam akaun sindiket yang menjadi dalang kepada peminta sedekah nie..suruh aje mereka duduk di kedai tu, bayarkan setiap apa yang diorg makan. Besar pahalanya kan? Yang penting niat kita baik. Janganlah menghina atau menghalau mereka seperti menghalau kucing kurap. Mereka jugak punya hati dan perasaan. Dan ingatlah, xde siapapun yang menginginkan kehidupan sebegitu. Dan insaflah, bahawa kehidupan ni x selamanya indah..kadang-kadang kita diatas, kadang-kadang tu kita dibawah. Allah Maha Adil, andai hari ini kita menghina orang yg tengah kesusahan..jangan marah andai satu hari nanti bila kita berada di bawah orang lain akan hina kita lebih teruk lagi.

"Nilai hidup..terletak pada hati dan perasaan, bukan pada kekayaan harta benda..sesungguhnya hidup ini hanyalah sementara, akhirat nanti yang kekal abadi "

Kegagalan...Pemusnah atau Pemangkin?

$
0
0
Sblm tu, mari kita renungi profil tentang seorg manusia hebat kat bawah nie :

Failed in business in 1831
Defeated for legislature in 1832
Failed in business again in 1833
Elected to legislature in 1834
Sweetheart (wife) died in 1835
Nervous breakdown in 1836
Defeated for speaker in 1838
Defeated for land officer in 1843
Defeated for congress in 1843
Elected to congress in 1846
Defeated for re-election in 1855
Defeated for senate in 1855
Defeated for vice president in 1856
Defeated for senate in 1858
Elected as President in 1860

Daripada 15 hanya 3 je yang x gagal, yg lain-lain asyik gagal je dia nie. Tapi, akhirnya dia jadi seorang President sebuah negara yang cukup besar. Hebat kan? Kegagalan x pernah membunuh semangat, perjuangan & masa depan hidupnya.  Siapakah beliau nie?

Dia nie seorg yg simple, x berpelajaran tinggi, berasal dari keluarga miskin, budak kampung yang sesekali tidak akan membenarkan keadaan diri dan persekitaran memusnahkan hidupnya. Dia tak rela untuk menjadi mangsa. Dia jugak enggan untuk menerima kegagalan. Dia buat-buat x tau je & buat2 x dengar bila orang ramai mengatakan yang dia ni seorang yang gila. Dia enggan untuk terus jatuh dan terus berputus asa. Dia terus membangun dan memajukan dirinya walau dalam apa jua keadaan sekalipun dan dia sanggup & akan lakukan apa sahaja demi untuk mengejar & merealisasikan impian dan cita-citanya. Dia sentiasa mengajar dirinya dan lakukan apa yang patut demi untuk terus bergerak ke hadapan mengikut arah tuju yang betul walaupun dia kerap dilanda kegagalan demi kegagalan sepanjang hidupnya. Jadi, siapakah dia nie? Begitu banyak sekali kegagalan, tp akhirnya berjaya menjadi seorang manusia hebat yang dikenali hingga ke hari ini. Beliau yang dimaksudkan adalah ABRAHAM LINCOLN (President US yang ke 16)


Jika kita imbas kembali masa lalu hidup kita, kita akan dapat lihat satu corak atau patterns yang telah mempengaruhi perjalanan hidup kita. Kebanyakkannya mungkin datang hasil dari beberapa kegagalan lalu, atau mungkin juga dari kekerapan berlakunya kegagalan tu. Corak itu lah juga yang akan terus mempengaruhi masa depan hidup kita. Bak kata orang "Siapa lagi kalau bukan kita yang mencorakkan baik buruk hidup kita"

Ingat lagi tak, masa kecik-kecik dulu lagi bila mula-mula nak belajar berjalan. Asyik-asyik jatuh je.  Tp bila jatuh berusaha bangun balik then jatuh lagi. X  penah kenal erti putus asa. Ade kalanya bila kita jatuh kita senyum je & bangun berjalan balik. Jalan beberapa langkah, jatuh balik. Tp, masa tu jatuh silap landing & terhentak pulak kepala kat lantai. Puas kita nangis, tp.. bukan bermakna kita akan berhenti belajar berjalan sebab kesakitan tu.. Tak lama pastu bangun balik berjalan sikit-sikit sampai la satu masa tu kita dah x jatuh lagi. Jalan laju-laju, lompat-lompat dan kadang-kadang berlari-lari keriangan. Seronoknya rasa bila dah x jatuh-jatuh lagi & berjalan dan terus berjalan, berlari dan terus berlari. Tapi, bila dah seronok-seronok..dah cukup pandai berjalan & berlari, tiba-tiba tersadung kaki atau terlanggar sesuatu dan kita pun terjatuh. Dari kecil lagi, Allah dah mengajar kita erti kegagalan, usaha dan tak kenal erti putus asa. Tapi, bila kita dah berjaya...lupa diri, lupa yg kita pernah jatuh, pernah gagal hingga Allah menyedarkan kita dengan membuatkan kita terjatuh kembali. Masa tu baru nak sedar & baru nak menangis. Mungkin ade peluang kedua dan mungkin jugak masa tu semua pintu peluang dah tertutup. Fikir-fikirkan la k.

Ingatlah, kanak-kanak tidak pernah kenal erti gagal bila mereka belajar berjalan. Mereka jatuh, jatuh, jatuh & jatuh. Kejatuhan tu jugak la yang telah mengajar mereka dan membuatkan mereka lebih kuat. Mungkin masa mula-mula jatuh, mesti nangis. Tp, lama-lama tu bila jatuh je cepat-cepat bangun & x nangis lagi. Setiap kegagalan tu adalah proses pembelajaran. Semakin pantas kita belajar dari kegagalan tu, mengambil iktibar & pengajaran diatas setiap kegagalan tu, semakin pantas kita dapat mencapai impian dan cita-cita kita. Dan sentiasa ingat bahawa hidup ini adalah satu pembelajaran yang xkan pernah tamat.

Para-para sahabatku...

"Jangan jadikan kegagalan pada hari ini sebagai pemusnah hari esokmu, jadikanlah ia sebagai pemangkin untuk kau terus berjaya dan menjadi manusia-manusia berguna di muka bumi nie..."

Renungan : Most Important Part of the Body

$
0
0
My mother used to ask me what is the most important part of the body? Through the years I would take a guess at what I thought was the correct answer. When I was younger, I thought sound was very important to us as humans, so I said, "My ears, Mommy." She said, "No. Many people are deaf. But you keep thinking about it and I will ask you again soon."

Several years passed before she asked me again. Since making my first attempt, I had contemplated the correct answer. So this time I told her, "Mommy, sight is very important to everybody, so it must be our eyes." She looked at me and told me, "You are learning fast, but the answer is not correct because there are many people who are blind."

Stumped again, I continued my quest for knowledge and over the years, Mother asked me a couple more times and always her answer was, "No. But you are getting smarter every year, my child."

Then last year, my grandpa died. Everybody was hurt. Everybody was crying. Even my father cried. I remember that especially because it was only the second time I saw him cry. My Mom looked at me when it was our turn to say our final good-bye to Grandpa. She asked me, "Do you know the most important body part yet, my dear?"

 I was shocked when she asked me this now. I always thought this was a game between her and me. She saw the confusion on my face and told me, "This question is very important. But today is the day you need to learn this important lesson."

She looked down at me as only a mother can. I saw her eyes well up with tears. She said, "My dear, the most important body part is your shoulder."

I asked, "Is it because it holds up my head?" She replied, "No, it is because it can hold the head of a friend or a loved one when they cry. Everybody needs a shoulder to cry on sometime in life, my dear. I only hope that you have enough love and friends that you will always have a shoulder to cry on when you need it."

Then and there I knew the most important body part is not a selfish one. It is sympathetic to the pain of others.

"People will forget what you said... People will forget what you did. But people will NEVER forget how you made them feel...."

Cinta Itu Subjektif

$
0
0
Bismillah...

Sedar tak sedar, lama dah x menulis new entry.
Hidup yang sangat sibuk dengan pelbagai bentuk pekerjaan dan urusan seharian.
Sedar tak sedar dah hampir 3 tahun bergelar suami. Suatu masa dulu, dalam sibuk-sibuk menyiapkan diri untuk melangkah ke alam perkahwinan, sendiri terfikir..
Mampukah diri ini menjadi seorg suami yang baik? Suami yang mampu membahagiakan hati dan hidup seorang gadis yang bergelar isterinya? Mampukah diri ini untuk membimbing, menjaga, mempertahankan, melindungi, menyayangi dan mencintai insan terindah yang sudi untuk hidup bersama hingga ke akhir hayat?
Setelah menjalani kehidupan bersama lebih dua tahun nie, dugaan dan cabaran tu memang sentiasa ada tapi Alhamdulillah dapat diatasi bersama. Lebih-lebih lagi bila dikurniakan seorang anak lelaki yang sangat comel. Dah usia setahun 3 bulan pun. Memang sangat membahagiakan bila dikurniakan anak kecil. Syukur kepadamu ya Allah..

Comel tak anak saya?

Sesungguhnya tidak sukar untuk jatuh cinta lalu mencintai seseorang itu. Cinta sebenarnya sangat mudah. Cuma, sudah menjadi lumrah hidup seorg manusia...segala yang mudah itu tidak pernah akan dihargai. Lalu, dalam setiap percintaan pasti akan wujud pelbagai cubaan, dugaan, suka dan duka. Barulah diakhirnya nanti "Cinta" itu akan dihargai dan menjadi sesuatu yang tak ternilai harganya.

Untuk mencintai seseorang itu, sangat-sangat mudah. Kerana kita yang mengawalnya. Kita punya hak mutlak atas kejadian diri yang bernama hati dan perasaan. Kita yang membenarkan cinta itu lahir, berputik dan berkembang dengan mekarnya. Kita akan melakukan segala-galanya, walaupun sesuatu yang dilakukan itu adalah sangat mustahil di mata insan lain yang melihat. Demi cinta yg sejati, cinta yang mendalam dan cinta yang telah memenuhi segenap ruang di hati, kita sentiasa akan pastikan insan yang kita cintai itu bahagia, gembira dan tersenyum.  Hidup seorang manusia tidak pernah akan sempurna.  Kita bukan Nabi yang bersifat maksum. Tapi, atas nama cinta seseorang itu akan menjadi insan yang sempurna dimata dan dihati org yang mencintainya

Persoalannya, adakah kita akan miliki cinta yang sama dari insan yang kita cintai? Bertuah dan bersyukurlah andai kita menerima cinta yang lebih dari cinta yang kita beri. Atau sekurang-kurangnya sama.  Akan tetapi, amat menyedihkan anda kita tidak miliki apa yang kita impikan. Siapa kita untuk mengawal cinta di hati insan lain? Walaupun dihati insan yang amat kita cintai. Kita xkan mampu untuk mengawalnya kerana seperti diri kita, hanya dia yang mempunyai hak mutlak samada untuk membenarkan cinta itu lahir dan memeliharanya, atau membunuhnya saat cinta itu masih berputik ataupun mungkin saat cinta itu sudah berkembang mekar. Jadi, bagaimanakah untuk mendapat balasan sebuah cinta yang sejati dan sepenuh hati dari insan yang kita cintai?

Sama-samalah kita fikirkan, renungkan dan berusaha demi sebuah percintaan yang sejati dan abadi. Setiap sesuatu kejadian, pasti ada hikmahnya. Jangan menyalahkan takdir atau melakukan tindakan yang diluar kawal atau bertentangan dengan iman tatkala menghadapi masalah dengan hati dan perasaan yang bernama cinta. Sentiasa ingat bahawa Allah punya perancangan yang terbaik buat diri kita. Mungkin dugaan itu dijadikan demi untuk mematangkan kita dan mendidik kita dalan berhubungan. Insyaallah, sesuatu yang sukar untuk dimilik itu apabila akhirnya dapat dimiliki, pasti sesuatu yang terindah dan sesuatu yang sangat manis untuk dikenang. Pasti kita akan amat bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan. Hidup itu indah, Islam juga indah. Sentiasa berserah kepada takdir dan ketentuan Allah. Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita.

Penajaan Baju Kebaya Untuk Cerekarama bertajuk Perjalanan

$
0
0
Untuk sesebuah perniagaan, pemasaran memang sangat penting kerana tanpa pemasaran perniagaan anda pasti tidak akan dikenali dan ini akan memberikan kesan kepada jualan dan juga semangat untuk anda berniaga. Untuk perniagaan online milik saya iaitu Izzkebaya Collection, kami menggunakan pendekatan dengan menaja pakaian kepada pelakon utama untuk drama TV. Sebelum ini kami menaja kebaya nyonya untuk Izreen Azminda dalam drama episod berjudul "7 Suami" yang sedang ditayangkan di TV9 setiap hari Selasa dan Rabu jam 8.30 malam. Bagi yang belum pernah menonton, jemput layan drama nie ye. Memang menarik kisahnya. 

Untuk penajaan terbaru, kami masih menaja pakaian kepada Izreen Azminda sebagai pelakon utama dan juga kepada Dian P. Ramlee untuk drama yang akan ditayangkan dalam slot Cerekarama TV3 pada 8 March 2014 ini yang bertajuk "Perjalanan". Kalau ada perubahan tajuk nanti kami update. Jemput la tengok nanti ye. Cantik-cantik pulak kebaya kami bila digayakan oleh Izreen. Kepada usahawan online, terutamanya yang menjual pakaian rebut la peluang jika ditawarkan untuk menaja pakaian untuk sesuatu drama atau filem. Boleh tumpang glemer. 

Untuk rekod, artikel mengenai perniagaan online menjual kebaya saya pernah disiarkan di Akhbar Kosmo dan Metro Ahad juga dalam majalah Dara.com. Selain itu, kami juga pernah mendapat slot dalam rancangan Safiyya yang ditayangkan di TV9. Untuk penajaan kebaya, kami pernah menaja Zamzarina untuk rancangan "Apa Kata Wanita" (TV1) juga Marsha Milan dan Syarifah Sakinah untuk photoshoot mempromosikan filem "Qada'" (sampai sekarang filem tu masih belum masuk pawagam).

Untuk menjamu mata dan online shopping koleksi kebaya yang menarik (kami mempunyai lebih 400 design kebaya dengan pelbagai pilihan warna), jemput lawat website kami di: www.izzkebaya.com dan juga boleh follow Instagram kami di http://instagram.com/izzkebaya

Jom tengok gambar-gambar kebaya yang dipakai didalam Drama "Perjalanan" nie:





Promo drama 7 Suami. Cantik tak kebaya hijau nie?

Kursus Bina Laman Web dan Perniagaan Online

$
0
0
Pada hari ini, ramai yang berminat untuk memiliki sebuah perniagaan online. Ini kerana atas sebab harga barang yang selalu naik, petrol yang semakin mahal, mengurangkan bebanan kewangan dan menambah pendapatan dan sebagainya. Akan tetapi, untuk mengupah seseorang untuk membangunkan sebuah website kedai online, anda perlu mengeluarkan kos yang agak tinggi. Jadi, ini akan membantutkan niat dan impian anda untuk memiliki sebuah website kedai online. 

Salah sebuah perniagaan milik saya iaitu IzwanIzzati Ebiz Resources menganjurkan kursus membina laman web ecommerce dan kursus perniagaan online. Anda akan diajar bagaimana untuk membina sebuah website kedai online menggunakan enjin ecommerce yang sangat sistematik. Selain itu, anda akan diterangkan tentang cara-cara masukkan produk, membuat jualan, kupon diskaun dan promosi, cara-cara menguruskan tempahan, teknik-teknik pemasaran berkesan dan banyak lagi. Untuk keterangan lanjut tentang kursus ini, anda boleh lawat laman web kami di:

http://www.izwanizzati.biz/our-services/kursus-perniagaan-online-2013

Bagi yang ingin menambah pendapatan dengan membina website peribadi, korporat, syarikat dan sebagainya. Kami juga ada menganjurkan Kursus Bina Website yang akan menerangkan bagaimana untuk membangunkan sebuah laman web yang menarik dan mudah. Anda akan diterangkan langkah demi langkah tentang teknik-teknik membangunkan sebuah laman web. Selepas menghadiri kursus ini, anda boleh menawarkan perkhidmatan membina laman web kepada sesiapa sahaja. Keuntungan boleh mencecah sehingga RM1,000 untuk sebuah laman web yang anda bangunkan. Bagaimana dan berapa keuntungan yang boleh anda raih didalam membangunkan laman web, kami akan kongsikan semasa kursus nanti. Hubungi kami untuk pendaftaran kursus dan keterangan lanjut. 

Kursus bina laman web / website, bina kedai online ecommerce dan juga kursus perniagaan online ini diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad di Seri Kembangan, Selangor. Untuk kursus bina kedai online ecommerce, anda perlu mendaftar 3 hari lebih awal kerana kami akan membeli domain dan hosting sebelum anda menghadiri kursus. Ini kerana, setelah tamat kursus, anda boleh terus berniaga online kerana website kedai online anda sudah pun boleh dilihat di Internet. Harga untuk kursus  bina laman web / website, bina kedai online ecommerce dan juga kursus perniagaan online sangat berpatutan dan anda pasti puas hati. Kami juga akan terus memberi sokongan kepada anda selepas tamat kursus. Jika anda mempunyai sebarang masalah, boleh sahaja menghubungi kami dan kami akan cuba tolong anda selesai masalah yang timbul. Jadi, dengan menghadiri kursus ini anda juga akan mendapat sokongan dari kami dari semasa ke semasa. 
Hubungi kami untuk pendaftaran kursus bina laman web / website, bina kedai online ecommerce dan juga kursus perniagaan online. Miliki sebuah perniagaan online sekarang. Memang sangat menguntungkan dan akan dapat membantu anda menjana pendapatan tambahan. Mengapa anda perlu menghadiri kursus yang kami anjurkan? Kerana kami juga Usahawan Online dan telah memulakan perniagaan online sejak tahun 2008 lagi. Sekarang ini, kami telah dikenali ramai dan produk kami sangat laris di pasaran. Anda juga boleh berjaya, yang penting kena bermula dari sekarang. Jumpa nanti ye.
Viewing all 133 articles
Browse latest View live