Quantcast
Channel: Because I'm Not Perfect
Viewing all 133 articles
Browse latest View live

Laman Web Download Movie di Blok oleh SKMM

$
0
0
Boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia yang download movie di Internet kan? Yela, kalau nak tengok wayang kadang-kadang takde masa dan kalau nak tengok semua memang banyak habis duit. Lagipun ape guna bayar bill Unifi mahal-mahal tiap-tiap bukan kalau tak guna sebaiknya kan? Tapi, baru-baru ni nak download movie dekat laman web yang slalu download, tiba-tiba kena block pulak oleh SKMM website tu. Huhuhu..kena cari altelnative lain or website lain yang belum kena block. Kalau download movie kat website tu, kualiti gambar memang cantik gile. Tapi, saiz satu movie adela dalam 1Gb hingga 3Gb. Tu yang kena pakai Unifi tu. Kalau tak, seminggu pun tak siap satu movie.

Bila search kat Internet, rupanya banyak website terutamanya yang ada servis download torrent dah kena block oleh SKMM. Ni tak lain nak membenteras cetak rompak la nie. Kot ye pun, block la dulu semua laman web seks porno dulu. Ni banyak je yang tak kena block. Lagipun bukannya nak download filem melayu pun. Sebab memang tak pun orang share filem melayu kat website nie. Semuanya cite hollywood yang box office, yang dah kaut untung juta-juta pun. So, ape salahnya biar rakyat jelata yang tak berkemampuan nak beli DVD Original atau cde masa & bajet nak pegi tonton wayang ni download movie-movie tu. 

Kalau download movie filem melayu ye la jugak kan? Kononnya nak sokong industri filem melayu, kalau semua orang download, sape nak gi tengok wayang. Dah la kutipan pun cukup makan je. Kadang-kadang filem melayu kat wayang tak balik modal pun. Kenapa jadi begitu, sebab kebanyakkan filem yang dihasilkan adalah filem sampah. Best lagi cite kat slot Cerekarama kadang-kadang tu. Tengok aje la contoh filem melayu tahap sampah sarap macam cite KL Zombie, Satu Malam Kubur Berasap, Datin Ghairah (tajuk ada unsur seks, maybe nak tarik minat penonton)..lagi ape lagi tajuk nak bagi contoh...mm, tak la sbb banyak sangat filem melayu yang tak berkualiti. Kalau ada pun, mungkin 1/3 je dari keseluruhan filem yang pernah dihasilkan. So, SKMM tak perlu risau sebab tak ramai pun rakyat Malaysia yang nak download filem Melayu. Kadang-kadang kalau bagi free pun belum tentu nak tengok sampai abis. Sebab 15 minit awal dah boleh tau tahap kesampahsarapan sesuatu filem tu.

Rasanya lepas nie banyak lagi laman web torrent yang akan di block oleh SKMM. Tapi, ada cara untuk unblock sebenarnya. Salah satu cara, change IP address laptop or PC dengan IP address luar negara. Sebab website ni diblock berdasarkan IP address. Nak kena study lebih lagi, nanti dah betul berjaya saya akan kongsikan di blog nie k. Selamat mendownload selagi boleh. Sokonglah Industri Filem Malaysia.. erkkk :-P

Kenapa Saya Buka Vendor Butik?

$
0
0
Ya..kenapa saya buka vendor butik?Bagi yang belum tahu apa itu vendor butik, boleh baca entry sebelum nie ye. Rasanya ada dekat list related topic kat bawah entry nie kan? Ok..kenapa ya buka vendor butik? Saya start jual kebaya di internet sejak tahun 2008, rasanya dah beribu helai dah terjual. Jadi, bila website semakin ramai yang tahu dan kenal, bila search tentang kebaya pun banyak website saya di 10 ranking pertama keputusan enjin carian Google.. makin ramai yang tanya tentang kedai kat mana sebab nak try, tengok & rasa material kain dan sulaman kebaya.. ramai juga yang datang ke rumah semata nak beli kebaya, membuatkan saya dan wife mengambil keputusan untuk membuka sebuah butik.

Ok..bila nak buka butik banyak perkara yang perlu diambilkira. Pertamanya, stok kebaya yang limited kerana di website ada lebih 600 design baju kebaya nyonya dengan 7 pilihan saiz. Tapi, kebanyakkan customer akan order yang pre-order. Maklumlah sebelum nie bisnes online. So, tak boleh nak simpan stok banyak-banyak. Bila nak bukak butik, mesti kena ada banyak stock dan produk. Bila orang beli kebaya, mesti nak match dengan kain, kerongsang, tudung, seluar dan sebagainya. So, kalau nak sediakan semuanya memang perlukan modal yang besar. Kos pengubahsuaian butik pun dah lebih RM20,000. Bila nak sewa premis, pertamanya kena bayar deposit. Macam butik saya nie, deposit sewa 3 + 1. Maksudnya kena bayar 3 bulan sewa + 1 bulan untuk deposit air dan elektrik. Jadi, sewa sebulan RM2,000. Awal-awal masa nak sain perjanjian sewa premis dah kena keluar RM8,000. Untuk sesiapa yang berniat nak buka butik, kena kumpul modal banyak-banyak. RM20,000 memang tak cukup. Belum lagi kos untuk air-cond, signboard, CCTV dan macam-macam lagi. Rasanya RM50,000 baru cukup. Tapi, kalau kurang bajet macam saya nie, kena dulukan mana yang penting dulu. Yang lain-lain tu tambah slow-slow bila dah ada duit. Kalau nak buat pinjaman bank, memang pasti mengecewakan sebab bank bukan nak bagi pinjam pun kalau baru nak mula bisnes. Walaupun sebanyak mana pun keyakinan kita yang kita boleh bayar balik pinjaman tu, tapi bank memang sangat susah nak bagi pinjaman. Nanti bila perniagaan dah maju & berkembang barulah ramai agen-agen bank & surat-surat tawaran dari bank akan sampai ke pintu butik. Tu sebab orang kaya or banyak duit bertambah kaya sebab senang nak buat loan dengan bank. Memang tak adil di situ kan? Tapi itulah lumrah kehidupan, semuanya boleh dapat kalau kita ada banyak duit. Saya akan kongsikan tentang keperluan sebelum dan selepas membuka butik pakaian dalam entry lepas nie k. 

Oleh sebab ruangan butik yang luas dan kekurangan modal dan stok, maka saya membuka peluang kepada peniaga-peniaga online yang lain untuk meletakkan produk mereka di butik saya dan mereka ini dikenali sebagai vendor di butik saya. Ya, semua peniaga online tak kisah guna medium Facebook, Instagram, Blogshop atau website ecommerce pastinya mempunyai masalah bila customer nak tengok produk yang dijual. Lebih-lebih lagi yang jual pakaian seperti baju kurung, jubah, dress, blouse, tudung dan lain-lain kerana customer lebih suka untuk fitting size dulu sebelum beli. So, di butik saya ada dua fitting room. Setiap vendor hanya perlu memberitahu customer dia yang mereka boleh ke butik untuk fitting dan beli baju. Bila customer seorang vendor tu datang ke butik katakan nak beli jubah, bila dah sampai butik ada macam-macam produk yang boleh match dengan jubah seperti tudung/shawl, hijab pin, aksesori dan macam-macam lagi. Jadi, konsep vendor butik nie lebih kepada perkongsian sesama vendor. Sama-sama marketing & promote produk dan butik. Duit sewa pun digunakan untuk bayar sewa butik, air, elektrik, gaji pekerja, kos pemasaran dan pengiklanan dan sebagainya. 

Ok..dah panjang, akan bersambung dengan entry "Kenapa Saya Buka Vendor Butik - Part 2". Sesiapa berminat untuk menjadi vendor di butik saya iaitu Izzlegacy Boutique, boleh hubungi untuk keterangan lanjut k.


Give Away Contest by Izzlegacy Boutique - Part 2!!

$
0
0
Salam semua. Ya, Give Away Contest by Izzlegacy Boutique kini kembali bersempena Merdeka Sales dan Hari Malaysia Sales.Merdeka Sales sedang berlangsung dari 23 Ogos hingga 31 Ogos 2014 dan Hari Malaysia Sales akan berlangsung bermula 12 September hingga 16 September 2014. Pelbagai diskaun menarik sehingga 60% dengan lebih 500 produk dijual di Izzlegacy Boutique. Ada jugak jualan penghabisan stok dan setiap pembelian melebihi RM50 akan mendapat free gift dari Izzlegacy Boutique. 

Ok macammana nak join GA kali nie ye? Syarat-syarat untuk menyertai GA Contest by Izzlegacy Boutique - Part 2!! adalah seperti berikut:

1) Follow blog nie, bagi yang belum follow.

2) Like Facebook Izzlegacy Boutique : https://www.facebook.com/izzlegacy

3) Follow Instagram Izzlegacy Boutique (jika ada akaun instagram, kalau xde takpe): search @izzlegacy_boutique atau boleh tengok sini : http://instagram.com/izzlegacy_boutique

4)  Create satu entry post bertajuk"Give Away Contest by Izzlegacy Boutique - Part 2!!"

5) Masukkan link nie dalam entry: http://www.myfizwan.com/2014/08/give-away-contest-by-izzlegacy-boutique.html

6)  Masukkan gambar ni dalam entry post: 


7) Kandungan entry : Terangkan jika ada masa untuk ke butik Izzlegacy atau jika nak shopping online di website Izzlegacy Boutique, korang nak beli apa dan kenapa nak beli produk tu?Contohnya nak beli kebaya nyonya then match dengan kain, kerongsang, tudung/shawls & hijab pin sebab senang boleh match semua dalam satu butik, tak perlu nak gi shopping kat tempat lain. 

Produk-produk yang di jual di Izzlegacy Boutique boleh tengok kat website nie k : 

8) Tag sekurang-kurangnya 7 rakan korang.
9) Pemenang akan dipilih berdasarkan ayat kreatif korang.

10) Copy link entry blog korang tentang Give Away by Izzlegacy Boutique nie dan paste dibahagian komen di bawah ye. Beritahu skali IG name korang ye. Kalau tak comment, nanti kami tak tau pulak yang korang ade join GA nie kan.
11) Contest nie berjalan dari 27 Ogos 2014 dan tamat pada 17 September 2014. Tak sampai sebulan pun. So, jom sertai contest nie laju-laju.  

Ok syarat-syarat dah, sekarang nie HADIAH pulak:
Pemenang pertama : Sehelai kain pasang sulam berharga RM120 dari koleksi IzwanIzzati Collections. Boleh tengok sini :Koleksi Kain Pasang Sulam IzwanIzzati Collections

Pemenang kedua: Sehelai tudung bawal sulam berharga RM60.
Pemenang misteri: Hadiah misteri.

Menarik kan hadiah-hadiah yang ditawarkan? So, ape tunggu lagi. Jom sertai "Give Away Contest by Izzlegacy Boutique - Part 2". Jemput juga singgah ke butik kami ya.

Dugaan Sebagai Pemilik Butik Vendor

$
0
0
Sebelum ini saya ada menulis satu entry tentang Kenapa Saya Buka Vendor Butik, dan hari entry ini adalah sambungan kepada entry tersebut. Ya, sebelum buka vendor butik, dah banyak perkara nak kena fikir dan bila dah buka, berkali ganda perkara yang perlu difikirkan. Ramai yang mendaftar sebagai vendor, meletakkan produk di butik kemudian setiap hari akan tanya "ada laku tak?", "berapa banyak jual arini"& macam-macam lagi. Maybe kebanyakkannya tidak faham tentang konsep vendor butik nie. Dan tidak ramai yang ingin berkongsi tetapi untung nak lebih. Seperti yang saya terangkan dalam entry sebelum nie, vendor butik ini adalah berdasarkan ataupun berasaskan perkongsian dimana, sama-sama membuat marketing dan membawa pelanggan ke butik. Ini tidak, lepas letak produk kat butik terus senyap. Tengok kat dia punya Instagram dan Facebook Page, xde pun inisiatif  nak buat promosi. Semuanya mengharapkan pemilik butik vendor semata. 


Bagi sesiapa yang hanya melihat dengan mata kasar, mesti cakap untung la ada ramai vendor, butik pun penuh dengan pelbagai produk. Tapi, sebenarnya memang sangat memenatkan. Penat nak promosi, penat nak layan pelanggan yang datang, penat nak ambil gambar dan promote di Instagram, Facebook, Blog dan sebagainya, penat nak layan karenah vendor, penat kemas dan macam-macam lagi la. Itu belum hujung bulan lagi, bila hujung bulan nak kena buat sales report pulak. Yang pasti, masuk je 1 haribulan, memang dah dapat sms/whatsapp dari vendor tanya tentang sales report dan duit jualan. Ada juga yang jenis tak paham dan jenis yang tak boleh nak sabar, bila lambat sikit or sales kurang dan bising-bising, keluarkan kata-kata yang tak enak didengar, perli-perli dan macam-macam lagi. Kenapa nak serahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pemilik butik? bayar sewa lot vendor RM1,000 sebulan yela juga nak bising-bising or marah-marah. Ni baru average RM150 sebulan. Bergantung pada produk, paling mahal pun RM300 dan paling murah RM50 je. Kalau RM150 tu, kalau dikira baru RM5 sehari. RM5 tu la nak bayar duit pemasaran, nak bayar gaji pekerja, nak bayar sewa premis, nak bayar Internet, nak bayar elektrik dan macam-macam lagi. Jadi, sebagai seorang vendor, kena fikir tentang tu. Jangan terlalu mendesak. Sebab, vendor-vendor yang jenis macam tu memang tak lama la jawabnya. Untung ada orang nak bagi sewa lot dengan harga yang murah. Pulak tu buat pelbagai pemasaran untuk produk yang diletak di butik, bawak ramai pelanggan ke butik, tapi bila sales takde or kurang dan bising-bising. Ramai customer yang datang butik, tak semestinya akan beli semua produk. Ada produk yang dapat sambutan ramai, memang sales tinggi. Tapi, ada juga produk yang sesuai atau dicari oleh golongan tertentu je. So, kena la faham. 

Untuk butik saya, kontrak sewaan vendor diperbaharui setiap 3 bulan. So, vendor yang jenis tak paham dan asyik nak marah-marah or bising-bising tu, lepas 3 bulan, silalah datang ambil semua produk anda bawak balik ye. Sebab kontrak anda tidak akan diperbaharui dan anda tidak diperlukan di butik kami. Tak kisahlah sales banyak mana pun. Kalau asyik nak pressure je, better gi cari butik vendor yang lain. Sebab, butik saya nie pun ramai yang tengah tunggu queue untuk jadi vendor. Ada macam-macam permohonan dan macam-macam produk. So, ada yang dah boleh masuk sebab tengah susun untuk lebih banyak ruang. Bagi, yang baru nak sertai vendor butik, jadilah vendor yang memahami.Sama-samalah membawa customer ke butik. Katakan ada 30 vendor, seorang vendor bawak seorang customer ke butik sehari dah ada 30 orang customer ke butik. Jadi peluang untuk terjual lebih banyak produk memang sangat tinggi sebab kebanyakkan pelanggan ke butik saya mesti akan beli banyak produk sebab butik saya ni memang macam-macam produk ada jual. Dari hari RM0.50 hingga ke harga RM300. Bagi yang ingin melihat konsep vendor butik, atau nak buka vendor butik dan nak borak-borak tentang pengalaman buka vendor butik nie, jemput la singgah butik saya ye. Boleh kita minum teh tarik kat kedai mamak kat bawah butik saya je. Bagi sesiapa yang nak belajar tentang perniagaan online pun boleh datang ke butik. Sebab memang kami menganjurkan kursus perniagaan online dan bina website ecommerce. Boleh jadi inspirasi bagaimana dari berniaga online sampai boleh buka sebuah butik.

Ok, dah panjang dah. Rakyat Malaysia nie memang tak rajin nak baca panjang-panjang kan? Akan bersambung dengan entry seterusnya tentang vendor butik dan topik-topik yang berkaitan dengan perniagaan dalam entry yang akan datang. Tunggu ya.

Perlukan Blogger untuk Review Butik

$
0
0
Oleh sebab butik saya iaitu Izzlegacy Boutique yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan baru beberapa bulan dibuka, jadi saya perlu membuat pemasaran berterusan agar lebih ramai orang tahu tentang kewujudan butik saya seterusnya dapat menarik lebih ramai pelanggan ke butik saya. Ok, selain dari pemasaran offline, pemasaran online juga sangat penting kerana dunia sekarang memang dunia online. Oleh yang demikian, saya memerlukkan beberapa blogger untuk menulis review tentang butik saya juga tentang website, Facebook Page dan juga Instagram butik saya. 

Rakan-rakan blogger yang mempunyai traffik blog yang tinggi, bolehlah hubungi saya ya. Sertakan berapa kos/bayaran yang diperlukan dan juga link blog korang ye. Nanti saya akan reply jika setuju dengan tawaran yang diberikan. Boleh whatsapp ke no nie: 017-5651512 atau boleh juga emailkan ke admin@izzlegacy.com.

Jom ke Youth Bazaar Fiesta 2014

$
0
0
Kalau hujung minggu nie, tak kemana-mana.. jom luangkan masa ke Youth Bazaar Fiesta 2014 yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 13 - 14 September nie. Butik saya iaitu Izzlegacy Boutique akan join Youth Bazaar Fiesta nie. Nanti cari booth bernombor B155 ye. Antara produk yang akan dijual nanti adalah seperti baju kebaya nyonya, kebaya plus size, kebaya lukis, kebaya kanak-kanak dan kimono kebaya disamping kasut, baju kanak-kanak, tudung, baju preloved, jubah dan baju kurung. Banyak kan produk? Ya jom datang serbu booth B155 sebelah dengan booth Nabil Raja Lawak. Dapatkan kesemua produk dengan harga yang lebih murah dari harga yang dijual di butik. Untuk dua hari sahaja k.

Sedikit info tentang Youth Bazaar Fiesta nie. Booth nie akan disertai oleh NGO Aqsa Shariff bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu rakyat Gaza di  Palestin. Selain itu, lebih 30 artis akan menyertai Youth Bazaar Fiesta kali nie. Antara artis yang akan turut serta seperti Yana Samsudin, Fauziah Gous, Nabil, Bienda, Diana Danielle, Lisdawati, Fyda dan rama lagi. Pengunjung boleh datang ke Youth Bazaar Fiesta nie bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Jom ramai-ramai ke Stadium Malawati, Shah Alam hari Sabtu dan Ahad 13-14hb nie ye. Jemput juga ke booth Izzlegacy Boutique. Jumpa di sana..


Dapatkan Radiance Signature Whitening and Glowing Series di Izzlegacy Boutique

$
0
0
Radiance Signature Whitening and Glowing Series nie memang ramai yang cakap berkesan bila diamalkan. Ramai customer yang datang beli di butik pun mesti akan repeat beli. Bila first time datang beli, muka macam kusam, tak berseri dan ada masalah jerawat dan jeragat. Bila kali kedua datang beli, dah nampak dah perubahan. Makin cerah berseri. Jerawat pun makin hilang. Kalau masa first time datang butik nak beli Radiance Signature Whitening and Glowing Series senyum pun nak tak nak je. Tapi, bila kali kedua, ketiga dan seterusnya datang memang senyum meleret-leret dah. Maklumlah muka dah makin cantik berseri. Bila tengok customer yang datang beli Radiance Signature Whitening and Glowing Series kat butik, saya pun boleh buat testimoni. Insyaallah memang berkesan. Tapi, seperti yang tertulis pada flyer Radiance Signature Whitening and Glowing Series "Perubahan setiap orang berbeza. Kesan cepat atau lambat bergantung kepada genetik dan hormon individu". Tapi, kebanyakkannya lepas try satu kotak dah nampak kesan. 

Bagi sesiapa yang tinggal di area Shah Alam, Puchong, Bukit Jalil, Serdang, Puncak Jalil, Cheras, Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, Seri Kembangan, Kajang, Bangi dan kawasan sekitar yang berdekat dan sedang mencari kedai, agen, pengedar atau butik yang jual Radiance Signature Whitening and Glowing Series, boleh la datang beli di Izzlegacy Boutique yang terletak di No. 28-1, Jalan Atmosphere 3, The Atmosphere, Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. Dari tol LDP Puchong, 3km je. Butik kat blkg Giant Seri Kembangan. 

Serba sedikit tentang Radiance Signature Whitening and Glowing Series nie:
  • Mengandungi pemakanan sunnah seperti kurma, madu dan delima
  • Dalam bentuk sachet yang mudah dibawa
  • Hanya koyak dan minum
  • Hanya 1 - 2 sachet 1 hari untuk kesan dan rawatan terbaik
  • Boleh diminum oleh ibu mengandung, dalam pantang dan menyusu
  • Mempunyai kolagen gred AAA yang berkualiti tinggi
  • Menggunakan Pura Sweet sebagai pengganti gula
  • Sesuai untuk mereka yang mengidap diabetis dan kencing manis
  • Mengadungi ramuan dan kandungan aktif
  • 100% natural base


Terdapat banyak manfaat Radiance Signature Whitening and Glowing Series nie kepada kecantikan wajah, kesihatan badan dan juga dapat memberikan bentuk badan yang ideal. Untuk senarai manfaat Radiance Signature Whitening and Glowing Series nie, boleh lawat website Izzlegacy Boutique dengan klik pada link nie ye:

http://izzlegacy.com/uncategorized/dapatkan-radiance-signature-di-izzlegacy-boutique

Jemput datang butik untuk beli Radiance Signature Whitening and Glowing Series. Dan alang-alang dah ke butik, jemput la tengok-tengok produk-produk lain yang ada ye. Macam-macam produk ada sebab Izzlegacy Boutique adalah sebuah vendor butik dimana lebih dari 30 vendor meletakkan pelbagai jenis produk di butik kami. Datang jangan tak datang ye.

Gastrik, Rawatan Bekam Angin dan Bekam Darah

$
0
0
Sebelum ini saya pernah menulis entry tentang pengalaman di serang sesak nafas, sakit dada, pedih ulu hati dan gastrik. Ya..sebelum nie memang sangat tersiksa dan amat menyakitkan apabila diserang penyakit-penyakit tu. Datang tanpa diundang, berjemaah pulak tu..sekali sakit, semuanya rasa..sesak nafas sampai tercungap-cungap, sakit dada dan pedih ulu hati yang teramat sangat dan gastrik dengan gas dan asid yang sangat memedihkan. Muntah tu memang wajib. Sampai muntah air dan rasa macam asid perut pun keluar sama. Bila pergi hospital dan klinik, doktor cakap gastrik. Punca-puncanya, tak cukup rehat, makan tak jaga, main belasah je makan ape je..berlemak, pedas, manis.. lepas tu tekanan dan terlalu banyak berfikir dan risau pun akan menyebabkan kandungan asid dalam badan terutamanya dalam perut bertambah dan menjadi tak normal. Tu sebab penyakit sesak nafas, pedih ulu hati dan gastrik tu datang. Selalunya kalau makan sardin, makanan tomyam yang pedas dan masam, minum lebih dari dua gelas teh o ais limau, makanan pedas dan berlemak, minum teh o panas di waktu malam, malam yang terlalu sejuk antara penyebab sakit gastrik berlaku. Sebelum nie, ingatkan gastrik terjadi sebab selalu skip makan dan tak cukup makan, rupanya terlebih makan pun boleh di serang gastrik. 

Botol besar bekam angin, botol kecil bekam darah
Oleh sebab dah tak tahan sangat, gi klinik dan hospital pun dapat ubat yang sama je. Try pulak gi jumpa dengan tabib cina muslim sebelum nie ade bukak booth dekat Giant Seri Kembangan. Bila dia pegang je tangan, terus cakap perut selalu sakit, dekat bahagian dada dengan paru-paru sejuk dan selalu sesak nafas, lepas tu pegang belakang dia cakap belakang selalu sakit sakit.. siap pegang dan tekan-tekan tempat yang sakit tu, lutut pun dia rasa-rasa yang sebelah kanan dan cakap lutut pun selalu sakit...ya, memang power.. 100% tepat..semua yang dia cakap tu semua betul..masa datang tadi takde pulak cakap ape2 kat dia..tu yang membuatkan keyakinan meningkat tu..dia cakap kena buat bekam angin dengan bekam darah sebab badan banyak angin lepas tu banyak darah kotor. Oleh sebab memang minggu jumpa tabib cina muslim tu, tiap-tiap hari sakit dada dan sesak nafas. Setuju je la walaupun tak pernah berbekam seumur hidup sebelum nie. Masa start nak bekam, dia lumur dulu dengan minyak dekat badan. Minyak halia. Memang menyegarkan. Masa dia letakkan botol-botol kaca tu, ada bahagian yang tak rasa apa-apa dan ada bahagian yang rasa sangat sakit. Lepas tu dia cakap nak cucuk jarum akupuntur..huhuhu.. dengar jarum yang cuak tu.. sebab memang takut dengan jarum..tapi, bila di cucuk tu xde rasa apa-apa pun..selalu tengok dekat dalam tv je orang cucuk jarum akupuntur nie.. so, merasa la kena cucuk jugak.. tapi, memang x sakit pun. 

Darah pekat dan kotor
Mula-mula bekam dekat belakang. Bila dia cakap, saya nak cucuk untuk keluarkan darah. Tahan sikit, sebab agak sakit. Ya..memang sakit jugak sebenarnya. Rasa macam kena stapler kat belakang badan. Rasanya dia guna jarum yang boleh tembak-tembak tu. Yang macam orang cek darah untuk kencing manis tu. Banyak juga kena tembak dengan jarum kat belakang badan. Sebab ada beberapa bahagian yang katanya darah kotor berkumpul. Yang paling sakit bila dia tembak jarum dekat atas area tulang belakang. Memang agak sakit disitu. Tp, masa tu fikir sebelum ni wife bersalin dua batang jarum besar cucuk sampai ke dalam tulang belakang sebab bersalin pembedahan. Pastinya berkali ganda sakit daripada tu, terus rasa tak berapa nak sakit. Bila siap belakang, dia akupuntur dekat bahagian yang keluar darah tadi untuk hentikan pendarahan. Lepas tu, pusing kat depan pulak. Ya.. depan memang lebih menyakitkan. Bila botol-botol kaca tu diletakkan di atas perut dengan dada. Lebih sakit bila kena tembak lagi dengan jarum untuk bekam darah. Betul-betul atas dada yang selalu sakit dan sesak nafas tu. Lepas abis bekam, dia guna satu botol kaca seperti berbekam angin tadi tapi kali nie dibawa berjalan disekitar dada dan perut. Memang sangat sakit. Katanya nak sedut gas dan angin penyebab gastrik dan sakit dada penyebab sesak nafas. Memang sangat sakit sampai pegang tangan dia mintak berhenti. Katanya sikit lagi kalau tak angin gas tak keluar semua. Alhamdulillah, sehari selepas berbekam tu penyakit sakit dada, sesak nafas, pedih ulu hati dan gastrik datang berkunjung lagi tetapi itulah kali terakhir dan setelah hampir 4 bulan dah tak pernah kena lagi penyakit-penyakit tu. Jadi, boleh disimpulkan memang berkesan dan boleh cuba bagi sesiapa yang mengalami penyakit yang sama. Sekarang nie, makan pedas, masam dan berlemak dah boleh makan dan tak muntah-muntah lagi. Tapi, kena selalu beringat sebab kalau boleh biarlah dah hilang terus penyakit tu. Sebab memang sangat menyakitkan dan sungguh terseksa. Buat abang tabib yang berkenaan, kalau baca entry nie, boleh hubungi saya ye.. sebab minggu saya berbekam tu minggu terakhir bukak booth dekat Giant Seri Kembangan dan lepas tu dah tak jumpa lagi dah. Saya promo dan kasi testimoni panjang lebar nie. Lagipun nak berbekam sekali lagi dan nak mintak tengokkan lutut. Sebab bila sujud masa solat rasa sakit sangat. Sape-sape yang tahu ubat sakit lutut, nanti boleh rekomen ye. Minggu lepas masa pegi booth dekat Stadium Malawati, ada nampak orang jual ubat sakit lutut, sendi dan gout jenama Amani Gel. Harga RM100++. Tak cukup bajet pulak nak beli. Berkesan sangat ke Amani Gel tu? Sape-sape yang pernah cuba dan berkesan, nanti boleh rekomen dan comment kat ruangan di bawah ye.

Tips Mulakan Butik Vendor

$
0
0
Sekarang nie makin ramai yang berminat untuk membuka sebuah butik vendor kerana konsep butik vendor nie memang sangat bagus dan cara terbaik mengembangkan perniagaan. Konsep vendor butik lebih kepada perkongsian pemasaran dan membina jaringan perniagaan yang lebih besar. Sebagai contoh, dibawah satu butik, terdapat lebih 30 vendor yang menjual pelbagai jenis produk. Ini memberikan kelebihan kepada pelanggan untuk membeli kerana terdapat banyak pilihan produk.  Vendor atau penyewa slot juga akan mendapat keuntungan kerana seorang pelanggan pada asalnya datang untuk membeli satu jenis produk sahaja, tetapi apabila dibentangkan dengan pelbagai jenis produk pastinya akan pulang dengan membeli beberapa jenis produk sampingan yang lain. 

http://izzlegacy.com/faqs
Bagi yang baru nak memulakan butik vendor, antaran perkara pertama yang perlu diambil kira adalah kualiti yang ada pada seseorang vendor itu. Ramai peniaga yang berminat untuk mendaftar sebagai vendor tetapi bila dah letak barang di butik ramai yang bersikap lepas tangan dan tidak memahami konsep vendor butik nie. Seperti yang saya katakan sebelum ini, konsep vendor butik adalah perkongsian pemasaran dan membina jaringan perniagaan (networking). Semua vendor akan mempromosikan produk mereka dan membawa pelanggan untuk mencuba dan membeli produk yang dijual di butik. Bukan lepas letak produk, lepas tu hujung bulan tanya berapa sales yang dapat. Bila langsung takde sales, marah-marah, perli-perli dan ada yang terus ambil barang dan tamatkan kontrak. Bila tengok dia punya facebook, instagram, twitter or apa2 media pemasaran langsung tak sebut yang produknya ada dijual di butik vendor. 

Seseorang yang menjadi vendor, sepatutnya tidak boleh marah jika produknya tidak terjual. Ini kerana, pemilik butik vendor pastinya setiap hari akan membuat pemasaran kerana pemilik butik vendor juga ada produknya sendiri dan pastinya produknya lebih banyak dari vendor-vendor yang lain. Untuk mendaftar sebagai vendor, seseorang itu perlu faham bahawa produk yang dijual adakalanya akan terjual dan ada yang tidak terjual kerana tidak memenuhi citarasa pelanggan yang datang ke butik. Jika dirasakan rugi bayar sewa, dia perlu berfikir jika sertai jualan booth, sewa sehari ada yang RM200 hingga ribuan ringgit. Dengan pengunjung yang begitu ramai pun kadang-kadang tu belum tentu akan balik modal. Seperti baru-baru ini kami ada sertai Youth Bazaar Fiesta. Sewa hampir RM600 untuk dua hari. Pengunjung sederhana je. Mungkin sebab penganjur tak buat kerja. Tak buat pemasaran tentang event tu. Tapi, nak kata takde langsung pun tak boleh jugak. Ada la dalam 1000-2000 orang pengunjung yang datang untuk dua hari tu. Jualan hanya RM280 je. Memang tak balik modal kan? Jika mendaftar sebagai vendor di butik saya iaitu Izzlegacy Boutique yang terletak di Seri Kembangan, paling mahal pun RM200 sebulan untuk satu slot. Dalam RM6.50 je sehari. Berbanding RM300 sehari jika sertai booth. Jadi, memang vendor tak boleh marah kalau produk tak terjual. Seperti di butik saya, jualan di butik dan di website. Vendor tak bayar pun kos untuk masukkan produk di website, ambil gambar produk, edit gambar, melayan karenah pelanggan. Tapi, kami lakukan hanya untuk membantu meningkatkan jualan vendor. Boleh lawat website ecommerce kedai online butik saya di alamat: http://www.izzlegacy.biz

Untuk memilih vendor, perlu pilih yang aktif di Instagram dan Facebook. Bakal vendor perlu ada ramai follower di laman sosial. Kelebihan kepada vendor yang mengeluarkan atau menjahit produk sendiri. Ini kerana, jika vendor menjual produk yang dibeli borong di pusat pemborong Jalan Kenanga, Jalan Masjid India atau di Plaza GM/ GM Klang, produk yang dijual kurang ekslusif. Contohnya, vendor yang menjual palazzo, di butik dijual dengan harga RM50 tetapi palazzo yang sama boleh didapati di downtown, pasar malam dan pasar tani dengan harga RM35 sahaja. Ini akan menimbulkan keraguan kepada pelanggan dan mengatakan bahawa produk yang dijual dibutik mahal. Post pulak kat Facebook, Instagram, twitter atau blog cakap yang kalau beli kat tempat lain dapat murah je, tapi bila ke butik harga mahal. Kerana sejenis produk, dah produk lain pun akan kena tempias. Semua orang dah takut nak ke butik sebab harga mahal. Pulak tu, produk yang sama boleh beli kat banyak tempat lain. Jadi, pilihlah vendor yang menjual produk ekslusif. Jahitan sendiri. Buatan sendiri. Pelanggan tak boleh nak bandingkan dan cakap harga mahal. Sambutan pun pasti menggalakkan.

Ok dah panjang. Next time sambung lagi tentang tips mulakan butik vendor. Jemput lawat website kedai online butik saya di http://www.izzlegacy.biz ya. Kalau nak sertai kursus perniagaan online dan kursus bina website ecommerce, boleh lawat website saya yang ini: http://www.izwanizzati.biz. 

p/s: bagi yang telah serta Giveaway Contest by Izzlegacy Boutique : Part 2, mesti tertunggu-tunggu siapa pemenangnya kan? dalam minggu ini kami umumkan. Sorry lambat umum sebab sangat busy kebelakangan nie.

Penyelesaian Kepada Firefox Tiba-Tiba Gelap

$
0
0
Baru-baru nie, bukak je Firefox tiba-tiba jadi gelap dan dah tak boleh nak surf internet. Selama nie memang pengguna setia Firefox, so bila guna Google Chrome rasa macam tak best pulak. Oleh sebab tu, cari penyelesaian untuk solve masalah Firefox tiba-tiba gelap nie. Ok, sekarang nie Firefox dah tak gelap lagi dan boleh guna macam biasa. Tapi, lepas nie jangan restart balik Firefox sebab nanti akan jadi gelap balik. Bagi sesiapa yang hadapi masalah yang sama boleh la ikut step nie ye.

Macam nie la keadaannya bila Firefox tiba-tiba jadi gelap.
Scroll dan klik kursor ke bahagian atas kanan sampai keluar function seperti ini
Klik pada bahagian help (?), dan pilih "Restart with Add-on Disabled
Akan keluar popup window yang kecil macam ni. Scroll dan klik kiri (butang yes). Agak-agak di bawah "Add-on"
Window seperti ini akan keluar, klik pada "Start in Safe Mode"
Firefox akan dapat dibuka kembali, klik pada bahagian menu (tiga garisan tu) dan kemudian klik "Options"
Pada bahagian "Advanced", dibahagian "Browsing".. untick (hilangkan tanda right) pada "Use hardware acceleration when available"
Ok. Lepas tu tutup Firefox yang dibuka dalam function "Safe Mode" tadi dah bukak kembali. Pastinya Firefox dah tak gelap lagi.

Bagaimana Nak Tarik Pelanggan Untuk Singgah Shopping di Butik?

$
0
0
Bagi yang mempunyai perniagaan offline, tak kisah la apa pun jenis perniagaan pastinya sentiasa berusaha untuk menarik seramai mungkin pelanggan untuk singgah ke premis perniagaannya. Saya juga sentiasa berusaha agar lebih ramai pelanggan untuk singgah shopping ke butik saya iaitu Izzlegacy Boutique yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan. Ok, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana nak tarik pelanggan untuk singgah shopping ke butik kan? Bagi pemilik perniagaan offline lain yang ingin berkongsi pendapat, tips dan pengalaman boleh share di sini ya. 

Kalau kaedah pemasaran, terdapat banyak kaedah pemasaran offline dan online yang boleh dilakukan untuk mempromosikan dan memasarkan perniagaan kita. Tapi, apakah kaedah pemasaran yang paling efektif dan berkesan untuk menarik pelanggan untuk singgah shopping di butik ya? Untuk pemasaran online, boleh iklankan produk di website, blog, Instagram, Facebook, Twitter dan lain-lain media online yang ada. Butik saya juga turut menjual secara online iaitu di http://www.izzlegacy.biz. Jemput lawat ye. Pemasaran offline pula, boleh edarkan flyers, gantung bunting di tepi-tepi jalan, sewa iklan billboard (kalau banyak modal), edarkan kupon diskaun dan sebagainya. Tapi, masih belum mencukupi. Pemasaran perlu dilakukan secara berterusan dan mencuba semua kaedah pemasaran offline dan online yang ada. 

Saya juga banyak sponsor artis-artis di Malaysia untuk menggayakan koleksi baju kebaya nyonya keluaran butik saya diatas nama Izzkebaya Collection, tapi sejauh masa berkesannya pemasaran bila artis menggayakan produk kita?Ok.. bila artis menggayakan produk kita dan upload gambar di Instagram dan Facebook, sedikit sebanyak dapat meningkatkan follower dan jumlah like. Seterusnya membuatkan perniagaan kita lebih dikenali dan boleh juga menggunakan gambar artis untuk mempromosikan produk dan perniagaan kita. Jadi, berusahalah untuk menarik minat artis, produksi dan syarikat wardrobe artis untuk menggunakan produk yang kita jual. Bagaimana saya dapat sponsor ramai artis, mungkin kerana saya mempunyai lebih 600 design baju kebaya nyonya dan kebanyakkan keyword tentang kebaya meletakkan website saya di kedudukan teratas keputusan enjin carian Google. Bercakap tentang keyword berada di kedudukan teratas keputusan enjin carian Google, memang banyak kelebihannya. Ini kerana kebanyakkan jemputan dari majalah, paper, stesen TV dan sebagainya adalah datang dari keputusan enjin carian google. Mengapa saya cakap macam tu? Sebab setelah mendapat tugasan, wartawan akan membuat carian produk dan perniagaan di Google. Jadi, jika website tersenarai di halaman pertama keputusan enjin carian, peluang untuk mendapat panggilan dari wartawan lebih cerah. Bagaimana nak letakkan keyword di halaman utama enjin carian, kenalah mendalami ilmu SEO. Apa itu SEO? Boleh baca DISINI.

Kepada sesiapa yang mempunyai pendapat, tips, komen dan sebagainya, boleh kongsi di ruangan komen ya. Terima kasih dan jemput singgah ke butik saya ya. Kalau tinggal jauh dan tak berkesempatan, boleh juga lawat website kedai online butik saya kerana sebahagian produk telah dimasukkan kedalam website kedai online website iaitu di : www.izzlegacy.biz

Butik Ini Dari Luar Nampak Macam Biasa Je, Akan tetapi...

$
0
0
Entry kali nie bila tengok pada tajuknya macam best je kan? Macam tajuk-tajuk blog yang selalu jadi viral di Facebook. Ok, apa yang ada dalam butik nie? Memang dari luar nampak macam biasa je. Tak macam butik pun. Di buka di kawasan komersial yang baru, bangunan yang cantik-cantik. Ada lebih 80 lukisan mural yang cantik-cantik di sekitar kawasan ini. Kawasan yang sangat strategik. Disinilah letaknya The Atmosphere, Seri Kembangan. Tapi, malangnya kawasan nie lambat membangun. Banyak lot-lot kosong yang belum diisi. Lebih banyak dari lot yang telah disewa. Banyak juga lot yang baru disewa beberapa bulan, tapi penyewa berpindah ke tempat lain. Mengapa jadi begitu? Mungkin salah satu sebabnya, kawasan nie diselia di bawah satu pengurusan. Dan pengurusan The Atmosphere nie boleh dikatakan macam haram jugak la perangainya. Semuanya tak betul. Semua kena ikut rule. Signboard kena buat yang 3D. Tak boleh nak buat event sebarang. Semua kena bayar deposit. Deposit pulak ribu-ribu ringgit. Nak tunggu dapat balik, 3 minggu jugak la kena tunggu. Kalau dikumpulkan ketidakpuasan hati penyewa disini, rasanya banyak lagi kot. Oleh sebab lambat membangun, jadi perniagaan di sini juga terkena kesannya. Tak ramai yang ke The Atmosphere, jadi kuranglah pelanggan walk in. Kalau perniagaan tu tak buat online atau takde website, tunggu customer walk-in je, jawabnya memang bungkus la.

Macam butik ini jugak, signboard pun tak naik lagi sebab nak kena buat yang 3D. Harga memang mahal. So, hold dulu. Nasib baik dekat sebelah kedai Mamak. Senang customer nak cari. Ok, apa yang ada dalam butik nie? Butik nie adalah sebuah butik vendor. Jadi, ada banyak produk yang dijual disini dari lebih 30 vendor. Semuanya cantik-cantik, berkualiti dan dijual dengan harga yang murah dan berpatutan. Ada pelbagai jenis tudung dan shawl termasuk Bokitta hijab yang tengah hot sekarang nie. Ada juga dress yang dijahit sendiri dengan design yang memang cantik. Kualiti jahitan dan potongan kain, memang kualiti butik. Jahitan yang kemas dan halus. Pasti berpuas hati jika anda memakainya. Ok, apa lagi yang ada dalam butik nie? Butik nie menjual baju kebaya nyonya yang cantik-cantik, dengan sulaman tangan sepenuhnya. Jika anda datang ke butik nie, untuk beli baju kebaya nyonya, anda boleh pilih empat jenis kain untuk dipadankan dengan baju kebaya nyonya pilihan anda. Ada kain batik selisih, kain batik kembang payung, kain pareo songket dan kain pareo satin. Ramai pasangan yang nak buat pre-wedding photoshoot datang cari set kebaya nyonya disini. Di butik ini, anda boleh pilih lebih 600 design baju kebaya nyonya yang cantik-cantik. Untuk lebih tepat, setakat entry ini ditulis, butik ini mempunyai 668 design baju kebaya nyonya dengan pelbagai pilihan warna, corak dan motif. Daripada 668 design ini, anda boleh custom design mengikut citarasa anda sendiri membuatkan sebenarnya daripada 668 design ini boleh dijadikan ribuan design yang lain dan anda akan dapat kebaya nyonya seperti design dan warna yang anda inginkan. Boleh dikatakan, butik ini adalah butik yang menjual kebaya nyonya terbesar dan terbanyak di Malaysia. Jika anda berbadan kecil, anda boleh order kebaya size XS dan jika anda berbadan besar, kebaya kami boleh dibuat sehingga sebesar saiz XXXXXL (5XL). Kalau nak lebih berpuas hati, boleh order ikut ukuran sendiri. Pelanggan juga datang dari seluruh pelusuk Malaysia, Sarawak paling ramai dan juga dari seluruh pelusuk dunia. Ke Netherland pernah hantar, Paris, Hong Kong, Australia, Brunei, Singapore, Indonesia, Dubai, USA, China dan banyak negara lagi kebaya nyonya pernah diterbangkan ke sana.

Butik nie dimiliki oleh dua orang usahawan melayu yang bermula dari perniagaan kecil-kecilan pada awal tahun 2008. Kenapa, setelah 6 tahun baru nak buka butik? Ok, sebab bila apply loan sangat susah. Macam-macam requirement. Pernah nak apply pinjaman TEKUN awal tahun nie. Pegawai TEKUN tanya, kedai kat mana? Cakap kat dia nak apply loan TEKUN nie sebab nak bukak kedai la. Pegawai tu cakap, kalau belum ada kedai maksimum boleh dapat RM6,000. Balas balik, tapi bisnes dah start dari tahun 2008 lagi. Tak kira berapa tahun, kalau bisnes kat rumah maksimum boleh bagi RM6,000 je. Ok, RM6,000 nak bukak kedai ape? Deposit sewa pun dah ada. Contoh, sewa bulanan premis RM1,500 sebulan. Masa nak start sewa kena bayar 3 + 1. So, RM1500 x 3 (sewa) + RM1,500 (deposit api + air) = RM6,000. Ok, dah dapat kunci kedai boleh korek hidung ramai-ramai, mana tau boleh keluar emas. Try pulak tanya dengan PUNB, sama jugak. Balik-balik tanya, dah ade kedai? Kalau xde kedai, kena bagi statement akaun syarikat 6 bulan. Bisnes di rumah, mane ade syarikat. Inikan pulak akaun syarikat. So, kena tunggu 6 bulan seterusnya baru boleh apply. Kena buat paperwork. Macam-macam kena tulis dalam paperwork tu. Ok, at last terkubur hasrat nak buat loan. Kumpul duit jual kebaya sikit-sikit, sampai cukup RM35,000 untuk bukak sebuah butik. Nak pergi bercuti, postpone dulu. Nak tukar kereta baru sebab kereta sekarang dah makin nazak, postpone dulu. Semua benda kena postpone, letak tepi dulu. Demi untuk mencapai impian memiliki sebuah butik pakaian. Agar boleh berkembang dan pergi lebih jauh lagi. Tapi, RM35,000, memang tak cukup sebenarnya. Maka, jika singgah ke butik ini tolong jangan banyak komplen. Memang butik ini takde signboard lagi, butik nie takde aircond, butik nie takde karpet, butik nie takde CCTV dan banyak lagi kekurangan. Semua didalam butik ini, 85% kami yang buat sendiri. Kami yang bermandi cat supaya butik nampak lebih cantik. Kami yang pasang rail dinding, kami yang pasang rak dinding, kami yang pasang wallpaper. Jatuh tangga, tak boleh jalan selama 2 minggu. Kena pulak chicken pox. Tapi, sambil bertopang, sambil badan gatal-gatal chicken pox masih sambung mengecat. Sambung drill. Sambung tampal wallpaper. Kami bukan orang senang. Asal kami orang susah. Satu masa kami langsung takde apa-apa. Kami akan membuat penambahbaikkan dari semasa ke semasa. Doakan ramai orang beli kebaya nyonya kami. Tiada sesiapa yang nak tolong untuk kami buka butik dan merealisasikan impian kami. 

Kalau nak datang butik, boleh cari Restoran Mamak Al-Sabiha. Butik selang sebuah je dari kedai mamak nie.
Memang butik nie dari luar nampak macam biasa je, bila masuk dalam pun sama jugak..macam biasa je. Tapi, butik ini dibangunkan atas titik peluh sendiri. Dibangunkan atas semangat untuk berubah. Semangat untuk berdiri di atas kaki sendiri. Dibangunkan atas usaha yang tak pernah kenal penat lelah. Pukul 1 pagi, 3 pagi kebanyakkan orang dah tido. Sebab esok nak bangun ke opis, hujung bulan ade gaji. Tapi, pukul 3 pagi, kami masih di butik, gosok baju, ambil gambar produk, edit gambar, upload di website, upload di Facebook, upload di Instagram. Otak sentiasa berfikir, bagaimana untuk membuatkan lebih ramai orang tahu kewujudan butik ini, bagaimana untuk menarik lebih ramai pelanggan ke butik. Macam-macam difikirkan. Kami ada kebaya design sendiri. Memang cantik. Tapi, kena hold dulu. Sebab, banyak modal diperlukan untuk membeli kain, modal untuk mengupah tukang jahit, kos pemasaran dan sebagainya. Mungkin satu hari, bila dah cukup modal kami akan membuat lebih banyak design lagi. Untuk samai-sama bersaing. Membangun sebagai usahawan melayu yang berjaya. Doakan kejayaan kami ya. Owh, dah panjang lebar tak sebut pun nama butik nie kan?. Ok..nama butik nie Izzlegacy Boutique. 

Alamat butik : 28-1, Block A, Jalan Atmosphere 3, The Atmosphere, Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor. 
No tel: 03-89596970 / 012-6907705

Koleksi Kain Pario Kebaya

$
0
0
Entry kali ini promosikan koleksi kain pario kebaya yang di jual di Izzlegacy Boutique. Kepada rakan-rakan yang suka pakai kebaya nyonya terutamanya, atau baru ingin mencuba pakai baju kebaya nyonya anda perlu cuba menggayakan baju kebaya nyonya dengan kain pario kebaya. Pastinya akan kelihatan lebih anggun menawan. Terdapat dua jenis kain pario kebaya di Izzlegacy Boutique iaitu kain pario satin dan juga kain pario songket. Jika ditanya apa material, pastinya kain satin dan songket kan? Ok.. tak nak explain panjang-panjang tentang kain pario kebaya nie, better kongsikan video cara memakai dan menggayakan kain pario kebaya dan juga kongsikan gambar-gambar bila menggayakan kain pario satin dan kain pario songket ni kan? Pasti lebih sampai mesejnya. Terdapat tiga video yang akan dikongsikan di dalam entry ini iaitu Cara Memakai dan Menggayakan Kain Pario Satin, Cara Memakai dan Menggayakan Kain Pario Songket dengan Tali Sediada dan juga Cara Memakai dan Menggayakan Kain Pario Songket dengan Buckle. Rakan-rakan juga boleh membaca lebih detail tentang kain pario satin dan songket nie di website rasmi Izzlegacy Boutique.


Jika rakan-rakan berminat nak beli kain pario kebaya nie, boleh singgah ke Izzlegacy Boutique yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan, Selangor (No. Tel: 03-89596970 / 012-6907705) atau boleh juga beli secara online di website kedai online kami di : http://www.izzlegacy.biz/

Kain Pario Satin. Gambar nie koleksi kami disiarkan dalam majalah Dara.com

Yang ni pun Kain Pario Satin. Disiarkan dalam majalah MIDI.


Cantik kan kain pario satin? Ini pula adalah gambar kain pareo songket dan video tentang cara memakai dan menggayakan kain pario songket. Pun cantik-cantik jugak. So, apa tunggu lagi. Order la sehelai dua ya. Selain digayakan dengan baju kebaya nyonya, kain pario satin dan songket nie sesuai jugak digayakan dengan koleksi busana anda yang lain. 

Kain pareo songket. Gambar nie masa disiarkan dalam majalah Remaja.

Kain pareo songket. Gambar nie masa disiarkan dalam majalah MIDI.



Fenomena Tudung Segera aka Instant Shawls

$
0
0
Pada hari ini, industri pemborong dan peruncitan tudung semakin rancak mengeluarkan koleksi tudung dan shawls yang cantik-cantik bagi memenuhi permintaan dari pengguna yang semakin bertambah. Alhamdulillah, fenomena ini menunjukkan bahawa semakin ramai rakyat Malaysia beragama Islam yang bertudung dan menutup aurat. Oleh kerana permintaan yang semakin tinggi, maka terhasillah rekaan-rekaan fesyen tudung yang pelbagai bagi memenuhi kehendak fesyen terkini. Kalau dulu, ramai yang tak suka pakai shawls kerana susah nak lilit dan ambil masa yang lama di depan cermin. Kini, dengan rekaan tudung segera atau lebih dikenali sebagai Instant Shawls tumbuh bak cendawan selepas hujan. Macam-macam jenis rekaan, jenama dan material. Yang pasti semuanya cantik-cantik dan menambah keayuan gadis bertudung.

Di Izzlegacy Boutique, anda boleh dapatkan tiga jenis instant shawls iaitu Tudung Bokitta Hijab, Siti Murni dan Farisha. Memang cantik-cantik semuanya. Antara ketiga-tiga instant shawls nie, pastinya tudung Bokitta yang paling laris terjual. Mungkin kerana tudung Bokitta nie diusahakan oleh Neelofa. Jadi, lebih cepat dikenali dan menjadi perhatian ramai. Tapi, harganya agak mahal jika dibandingkan dengan instant shawls yang lain. Jika anda ingin mencuba dan menambah koleksi instant shawls anda, boleh juga mencuba Instant Shawls Siti Murni dan Instant Shawls Farisha. Harganya lebih murah dan berpatutan. 

Kepada peminat tudung Bokitta Hijab pula, jika anda tinggal berdekatan dengan Seri Kembangan, anda boleh datang ke Izzlegacy Boutique yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan. Ada banyak stock tudung Bokitta hijab yang dijual disini. Ada empat jenis tudung bokitta iaitu Voila, Voila Maxi, Chic dan Chic Maxi. Untuk lebih jelas tentang perbezaan antara keempat-empat jenis tudung bokitta nie, anda boleh tengok dalam gambar dibawah. Jika anda tinggal jauh dan tidak ada masa untuk singgah ke butik, anda juga boleh beli tudung bokitta hijab nie secara online di website kedai online kami di :http://www.izzlegacy.biz/bokitta-hijab

Perbezaan diantara empat jenis tudung Bokitta.

Instant Shawls Siti Murni pun tidak kurang cantiknya. Ada banyak pilihan warna yang menarik. Kalau nak beli Instant Shawls Siti Murni anda boleh beli di butik dan buat masa nie belum ada gambar untuk dimasukkan ke dalam website kedai online kami. Kat bawah nie, anda boleh tengok gambar koleksi Instant Shawls Siti Murni.

Instant Shawls Siti Murni, Seri Khadijah.
Instant Shawls yang paling murah dijual di Izzlegacy Boutique ialah Instant Shawls Farisha. Ada banyak pilihan warna yang menarik. Instant Shawls Farisha nie, berbeza dengan instant shawls yang lain kerana dibelakangnya ada sanggul. Jadi, jika anda berambut panjang, memang cantik bila menggayakan Instant Shawls Farisha nie. Bagi yang berambut pendek pun boleh je pakai, tapi kena beli sanggul buatan atau sanggul klip. Dekat butik kami pun ada jugak jual sanggul klip. Untuk pembelian Instant Shawls Farisha, anda boleh datang ke butik kami atau boleh juga beli secara online di website kedai online kami di: http://www.izzlegacy.biz/instant-shawls-farisha

Instant Shawls Farisha
Ok, sebut tentang sanggul klip, anda boleh beli di sini:http://www.izzlegacy.biz/sanggul-klip

Sanggul klip yang dijual di Izzlegacy Boutique, cantik kan?

Keputusan GA Contest Izzlegacy Boutique Part 2

$
0
0
Salam semua..oleh sebab ke"busy"an yang teramat sangat, sampai lupa dah nak umumkan pemenang Give Away Contest Izzlegacy Boutique - Part 2. Walaupun tak ramai yang join, mungkin kurang promosi sebab tak sempat nak online. Masa buat contest tengah free, lepas tu tetiba bz pulak. Maaf ye kawan-kawan sebab lama sangat baru nak umumkan pemenang. Ok..sape ye pemenang yang bertuah tu? Pemenang pertama akan memenangi sehelai kain pasang sulam dari Koleksi IzwanIzzati bernilai RM120. Manakala, pemenang kedua akan memenangi sehelai tudung bawal sulam bernilai RM60. Dengan lafaz Bismillahhirahmanirrahim, dengan ini diumumkan bahawa pemenang untuk Give Away Contest Izzlegacy Boutique - Part 2 jatuh kepada...jeng..jeng..jeng..

Pemenang pertama merupakan pemilik blog Alia Liyana : http://cahayaketinggiankehalusan.blogspot.com/2014/08/give-away-contest-by-izzlegacy-boutique.html

Tahniah...tahniah..

Pemenang kedua: pemilik blog Ibu Ainul ^Alif : http://adna2029.blogspot.com/2014/08/give-away-contest-by-izzlegacy-boutique.html

Tahniah kepada kedua-dua pemenang. Nanti jemput join lagi ye. Pemenang ketiga xde. Sorry ye sebab peserta tak ramai, so ada dua pemenang je. Next time, kalau peserta ramai macam Give Away Contest - Part 1 baru ade lebih ramai pemenang k.

Kepada kedua-dua pemenang, boleh sms/whatsapp nama dan alamat ke no tel ini ye: 012-6907705.

Mulakan Perniagaan Online dengan Dropship

$
0
0
Hari nie atas desakan hidup dengan kos sara hidup yang makin meningkat, ramai yang mengambil inisiatif untuk menambah pendapatan dengan membuat kerja-kerja dan perniagaan sampingan. Terdapat banyak cara untuk menambah pendapatan kat luar sana. Cuma adakah cara itu sesuai dengan anda atau tidak. Kalau MLM memang tak payah sebut la. Macam-macam produk. Macam-macam jenama. Tapi, saya takkan terangkan atau syorkan tentang bisnes MLM nie sebab saya tak minat dengan bisnes MLM. Ada sebab kenapa tak minat dan tak suka dengan bisnes MLM nie. Kalau bila-bila rajin maybe akan tulis entry tentang kenapa saya benci bisnes MLM. Sekarang nie, ade juga program buat duit dengan handphone. Ada Toneexcel, ada Altel, ada XOXO. Tp, tak minat jugak nak join. Sebab kena cari orang join. Saya paling tak suka jumpa orang ajak join bisnes yang belum tentu boleh berjaya. Lagi satu paling malas nak pujuk-pujuk or yakinkan orang untuk sertai sesuatu yang tidak pasti. Ramai juga yang datang ke butik, approach tentang bisnes Toneexcel terutamanya. Tapi, bila tanya berapa lama dah join? Cakap ade la beberapa bulan. Berapa dapat sebulan? Ada la seratus dua. Lepas tu boleh ckp pulak, ada orang yang dah dapat 5 angka sebulan dengan bisnes nie. Bila tanya berapa lama orang tu join bisnes tu? Jawabnye dah bertahun dah sejak mula-mula diperkenalkan. Downline dia pun dah ramai. Ok..bila sebut downline, toneexcel tu MLM ke? Dia cakap bukan MLM, tapi bisnes orang cari orang. Just cerita pada orang cara nak berjimat dan buat duit. Ok. Tak kisah la. Dengan insan-insan yang dah terkena virus MLM or virus downline memang payah nak bercakap sebab mesti nak menang je. So, lupakan je k. Lebih baik saya jual kebaya dah tentu untung ribu-ribu sebulan.Tak payah nak cari orang, nak jumpa orang, nak pujuk-pujuk or nak follow up. Sebab orang yang cari saya. Taip aje keyword kebaya ke, kebaya nyonya ke, or ape-ape je tentang kebaya tentu akan bawa ke website saya. Cuba try search kebaya kat google. Website izwanizzati.comsaya punya, izzkebaya.com pun saya punya, izzlegacy.com dan izzlegacy.biz pun saya punya jugak. So, lebih baik berniaga online kan? Sendiri berusaha, sendiri yang tentukan nak dapat income berapa. Makin rajin promote produk, makin banyak produk terjual maka makin banyak jugak la keuntungan yang boleh dapat.

Kat sini saya nak kongsikan tentang bisnes dropship. Mesti ramai yang dah dengan tentang bisnes dropship kan? Saya pernah tulis entry tentang dropship di satu lagi blog saya iaitu www.izwanizzati.biz pada 2012 yang lalu. Memang banyak dapat feedback. Ini menunjukkan bahawa ramai yang nak mulakan perniagaan online kan? Ok, apa itu konsep dropship ya? Dropship adalah dengan bahasa yang lebih mudah boleh didefinisikan sebagai "konsep orang tengah". Kenapa orang tengah? Ok..contohnya, saya ada bisnes jual kebaya. Saya ada banyak stok kebaya nyonya. Anda pula takde modal nak beli stock dan mulakan bisnes online. Jadi, saya beri peluang kepada anda untuk jadi agen dropship saya dengan komisyen 10% setiap produk yang anda jual. Contohnya, kebaya nyonya harga RM140 jadi sehelai kebaya laku anda dapat komisyen RM14. Ada juga agen dropship saya yang jual kebaya dengan harga RM150 - RM180. Jadi, tanpa produk anda dah boleh untuk antara RM14 hingga RM50 untuk sehelai produk yang terjual. Dapat jual 30 helai dalam sebulan, ambil purata sehelai sehari sekurang-kurangnya RM420 sebulan. Kalau anda dapat jual dengan keuntungan RM25 sehelai, dah ada pendapatan sampingan RM750 sebulan. Lepas la nak bayar bill dan beli barang rumah. Apa yang perlu anda lakukan, buat satu blogshop atau facebook page atau Instashop, copy semua gambar kebaya dari website saya dan promosikan kebaya tersebut. Jika ada orang yang membelinya, dia akan beli dengan anda. Dia akan bayar RM140 kepada anda. Anda kemudian inform kepada saya kebaya mana yang terjual, dan transfer RM126 kepada saya (selepas ditolak RM14 komisyen).Saya akan bungkus dan pos kebaya kepada pelanggan anda dengan menggunakan nama anda. Jadi, komisyen dah tentu dapat sebab customer bayar pada anda dulu, kemudian saya akan pos guna nama dan details anda. Jadi, dari situ perniagaan anda boleh berkembang tanpa perlukan modal untuk membeli produk, modal mengambil gambar produk di studio, tak perlu ruang untuk simpan produk. Modal anda hanya bayar bil elektrik dengan internet je. Hehehe..kalau tak bayar elektrik dan internet, macammana nak berniaga kan? 
Model Perniagaan Dropship. Gambar credit Google. Malas pulak nak design sendiri.
Ok. Faham tak dengan konsep dropship nie? Jadi, jika anda berminat nak berniaga online dan tak ada banyak modal, berdaftarlah sebagai agen dropship. Taip je kat google guna keyword dropship, macam-macam website dan bisnes yang tawarkan program dropship. Daftar dengan mereka dan mulakan perniagaan online anda serta merta. Kalau anda serius untuk mulakan perniagaan online, boleh sertai Kursus Perniagaan Online dan Bina Website Ecommerce yang saya anjurkan. Tapi, ada modal sikit la.Tu sebab saya cakap kalau anda serius, boleh join kursus ye. Kursus diadakan setiap hari. Tapi, perlu daftar sekurang-kurangnya dua hari lebih awal sebab nak kena register domain terlebih dahulu. Semoga anda berjaya memulakan perniagaan online dan menjana wang sampingan untuk diri dan keluarga anda. Diharap entry ini dapat membantu dan memberikan idea untuk anda mulakan perniagaan online ya. Follow blog ini dan juga Facebook Page untuk update dan entry terkini. 

P/s: Jemput singgah butik saya yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan atau boleh juga lawat website kedai online butik saya iaitu di http://www.izzlegacy.biz. Saya bermula dengan bisnes kecil-kecilan dan sekarang dah boleh bukak butik pun. Anda pun boleh juga asalkan rajin berusaha dan berada di landasan yang betul.

Akukah Itu?

$
0
0
Dalam menjalani kehidupan seharian dari bangun pagi hingga malam sebelum tidur banyak perkara yang kita lakukan. Kebanyakkan perkara yang dilakukan pula banyak yang melibatkan insan-insan lain disekeliling kita. Mungkin dihati dan pada pandangan kita, apa yang kita lakukan adalah yang terbaik tapi sesekali kita perlu memandang diri kita dari pandangan insan lain. Ini kerana, tanpa kita sedari ada insan yang terluka, ada insan yang menyampah dan ada insan yang membenci dengan apa yang kita lakukan. Kadang-kadang kita suka bergurau, bila bergurau ramai yang ketawa tapi tanpa kita sedari ada hati yang terasa atau tersinggung dengan gurauan kita tu. 

Kadang-kadang kita ingin berkongsi kegembiraan dan kejayaan dengan insan lain, tapi tanpa kita sedari cara penyampaian, cara bercakap dan cara kita senyum ditafsir sebagai poyo, menunjuk-nunjuk, angkuh, bongkak, macam best je or macam-macam lagi. Jangan salahkan insan lain kerana hati dan perasan manusia sangat pelik, misteri dan sukar untuk dimengertikan. Jangan marah atau terasa hati jika insan lain berasa begitu kerana kita pun apa kurangnya. Kita pun akan punya perasaan dan interpretasi yang sama bila kita ditempat mereka. Sentiasalah muhasabah diri. Berusaha menjadi hari ini lebih baik dari semalam. Belajar memaafkan insan lain. Kadang-kadang tu kita ada dengar kata-kata seperti "pedulikan apa orang kata","suka hati la nak buat ape pun", "tak payah nak menyibuk" dan macam-macam lagi ungkapan negatif, ego dan pentingkan diri sendiri. Mungkin ada yang tak setuju dengan apa yang saya tulis disini. Tapi, kita bukan hidup sorang-sorang kat dunia nie. Kita dikelilingi oleh ramai orang. So, nak tak nak kena juga melihat diri kita dari kacamata insan lain. Setuju tak kalau saya cakap "kekadang kita menyangka diri kita dah cukup bagus, tapi jika kita lihat diri kita dari kacamata insan lain, nescaya berdetiklah di dalam hati nurani kita... akukah itu???.." 


Kebaya Giveaway by Izzlegacy Boutique

$
0
0
Izzlegacy Boutique merupaka sebuah butik vendor yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan, Selangor. Terdapat pelbagai produk fesyen pakaian wanita dan kanak-kanak yang dijual disini. Memang sangat berbaloi jika singgah shopping di Izzlegacy Boutique. Produk utama yang dijual di Izzlegacy Boutique adalah baju kebaya. Terdapat pelbagai jenis baju kebaya ada dijual di butik ini. Ada baju kebaya nyonya, baju kebaya kanak-kanak, baju kebaya moden, baju kebaya labuh, baju kebaya chiffon baldu, baju kebaya georgette, baju kebaya plus size, baju kebaya sulam ros dan juga baju kebaya exclusive rekaan Izzlegacy Boutique. Jadi, jika anda mencari butik yang menjual kebaya di Kuala Lumpur atau di Lembah Klang, boleh la datang ke Izzlegacy Boutique ya. Di butik ini, anda boleh terus padankan baju kebaya yang anda beli dengan kain kebaya, kerongsang, tudung dan selendang. Terdapat enam pilihan kain ada dijual disini. Ada kain pareo satin, kain pareo songket, kain batik selisih, kain batik kembang payung, kain batik kembang payung labuci dan kain batik kipas. Memang rambang mata kalau singgah ke butik nie. Jika anda nak ketahui lebih lanjut tentang butik ni, boleh tengok detail Izzlegacy Boutique ni ye:

 
Ok. Anda minat pakai kebaya tak?Atau tak pernah pakai kebaya tapi teringin nak pakai? Jom sertai Kebaya Giveaway by Izzlegacy Boutique. Boleh menang baju kebaya sulam ros tau. Rugi kalau tak join. Syarat penyertaan pun senang je. Apa yang anda perlu buat:

1) Buat satu entry tentang Kebaya Giveaway nie.
2) Terangkan kenapa anda perlu menang kebaya dari koleksi Izzlegacy
3) Mengapa anda dan rakan-rakan perlu singgah shopping di Izzlegacy Boutique.
4) Apa yang anda ingin shopping di Izzlegacy Boutique
 
Kemudian Like Facebook Page Izzlegacy Boutique, Follow Instagram Izzlegacy Boutique dan tag entry kepada 7 rakan blogger anda. Tu je. Mana tau boleh menang kebaya yang cantik ni. Untuk detail dan untuk menyertai Kebaya Giveaway by Izzlegacy Boutique, boleh klik pada banner Kebaya Giveaway nie ye:

http://izzlegacy.com/giveaway-kebaya/kebaya-giveaway-izzlegacy-boutique

Tambah Keseronokan Ber"Online Shopping" di Izzlegacy Boutique

$
0
0
Tambah keseronokan bershopping online anda dengan reward points system di website ecommerce Izzlegacy Boutique. Anda akan mengumpul reward points dengan setiap pembelian di website kedai online Izzlegacy Boutique dan reward points ini boleh ditebus jika jumlah point yang terkumpul mencukupi untuk penebusan minimum. Anda boleh mengumpul nilai reward point dengan lebih banyak dan boleh menebus jumlah penebusan yang lebih tinggi. Reward points di website Izzlegacy.biztidak mempunyai tarikh luput. Jadi, anda boleh kumpul point dari awal tahun dan buat penebusan di hujung tahun. Pasti berbaloi. Ok, pasti anda tertanya-tanya bagaimana reward points system ini beroperasi kan? Kami akan terangkan sebentar lagi. Sebelum itu, jumlah point minimum untuk anda membuat penebusan adalah sebanyak 250 point dimana dengan 250 point ini anda layak untuk menebus diskaun tunai sebanyak RM5. Pasti ada yang cakap, banyak jugak nak kumpul baru boleh redeem kan? Jangan risau, untuk setiap pendaftaran baru di website kami, anda akan menerima sebanyak 200 rewards point dengan serta merta. Jadi, anda perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM50 untuk membuat penebusan pertama anda. Mudah dan menarik kan?



Bagaimana reward points ini berfungsi ya?
  1. Pertamanya anda perlu ke website ecommerce kedai online kami di : http://www.izzlegacy.biz
  2. Jika anda belum tahu apa nak beli di website kami, anda boleh mendaftar terlebih dahulu sebagai pelanggan berdaftar untuk menerima update terkini, sales, kupon diskaun (jika ada) dan juga reward points sebanyak 200 points. KLIK DISINI untuk mendftar sebagai pelanggan berdaftar ya.
  3. Jika anda ingin terus membeli di website kami, anda boleh pilih produk yang anda inginkan dan klik add to cart. Contohnya, anda nak beli baju kebaya nyonya ungu : reward_points_izzlegacy
  4. Selepas add to cart, anda boleh lihat di kotak sebelah kanan jumlah reward point untuk produk yang anda add to cart seperti berikut: reward_points_izzlegacy_01
  5. Anda boleh klik pada "Continue Shopping" untuk meneruskan pembelian atau jika sudah selesai, boleh klik pada "Checkout". Selepas klik pada "Checkout", anda akan di bawa ke bahagian "Sign In" page. Jika anda pernah mendaftar sebelum ini, masukkan "Alamat Email" dan "Password" kemudian klik "Sign In". Jika, pertama kali anda bershopping di website kami, anda perlu isikan maklumat pendaftaran yang diperlukan. Selepas log in, anda akan di bawa ke bahagian "Delivery Information" dimana dibahagian ini jika nama penerima dan alamat penghantaran berbeza dengan alamat anda, anda boleh klik pada "Change Address". Anda boleh lihat di kotak sebelah kanan, maklumat reward point anda ada sedikit perubahan seperti berikut: reward_points_izzlegacy_02
  6. Points earned adalah point yang anda kumpul dari pembelian sebelum ini, jika anda pertama kali mendaftar, anda boleh lihat points earned anda adalah sebanyak 200. Points pending pula, adalah point yang untuk pembelian sebelum ini yang belum dibuat pembayaran dan penghantaran. Point akan diterima setelah anda membuat pembayaran untuk pembelian yang anda buat di website kami.
  7. Setelah klik "Continue", anda akan dibawa ke bahagian "Payment Information", disini juga anda boleh "Billing Address" jika ada perubahan. Dibahagian ini, anda boleh lihat maklumat pembelian anda beserta dengan "Reward Points" anda untuk pembelian ini: reward_points_izzlegacy_03
  8. Skroll ke bawah sedikit, anda boleh lihat jumlah diskaun yang anda boleh dapat dengan reward points terkumpul anda. Dalam contoh ini, jumlah reward points terkumpul adalah sebanyak 5069 points dan ini melayakkan untuk membuat penebusan sebanyak RM100 (Total Reward Discount Amount). Untuk membuat penebusan, anda perlu klik pada kotak kecil yang terdapat di bahagian ini. Contohnya seperti berikut: reward_points_izzlegacy_04
  9. Jika anda tidak ingin membuat penebusan,jadi tidak perlu klik pada kotak kecil itu ya. Seterusnya klik "Continue" dan anda akan dibawa ke bahagian terakhir iaitu bahagian " Order Confirmation". Disini anda dapat lihat jumlah yang perlu anda bayar untuk pembelian ini setelah ditolak dengan diskaun tunai yang telah anda tebus sebentar tadi: reward_points_izzlegacy_05
  10. Ok, seperti yang anda lihat diatas, baju kebaya RM150, postage RM7, diskaun yang ditebus RM100 dan jumlah yang perlu dibayar hanyalah RM57 sahaja. Reward points yang diterima untuk pembelian ini adalah sebanyak 50 points kerana 100 point (RM100) tidak dikira kerana anda beli dengan penebusan reward points. Sama je kalau anda beli di Jusco contohnya, untuk pembayaran menggunakan kupon tunai point tidak dikira. Owh ya, lupa nak bagitau reward points untuk pembelian di website Izzlegacy Boutique adalah 1 point bersamaan Rm1 pembelian (RM1 = 1 point). Seterusnya, jika anda klik order confirmation, anda boleh lihat dibahagia kotak kanan, reward points terkumpul anda tinggal 69 points sahaja kerana anda telah membuat penebusan 5000 points = RM100. reward_points_izzlegacy_06
  11. Nilai reward points di website kedai online Izzlegacy Boutique adalah seperti berikut: reward_points_izzlegacy_07
Diharap dengan penerangan yang panjang lebar nie, anda lebih faham dan jelas dengan Reward Points System di website commerce Izzlegacy Boutique kan? So, kalau dah faham, apa tunggu lagi. Jom daftar sebagai pelanggan berdaftar di website Izzlegacy Boutique dan redeem 200 reward points anda dengan serta merta. Nikmati keseronokan bershopping online di Izzlegacy Boutique. Lawat website kedai online Izzlegacy Boutique di http://www.izzlegacy.biz

Kumpul Reward Points dan Buat Penebusan Tunai Serta Merta

$
0
0
Oleh sebab baru launching Reward Points Program di website ecommerce kedai online Izzlegacy Boutique semalam, arini nak post entry tentang reward points ni lagi boleh? Ok, selalunya kalau shopping online, tak ramai pemilik kedai online yang offer reward points pada pelanggan kan?Dengan membeli-belah di website kedai online Izzlegacy Boutique, anda kini boleh mengumpul reward points dengan setiap pembelian. Nilai reward points adalah 1 point bersamaan RM1 yang dibelanjakan. Penebusan minimum adalah sebanyak 250 point dimana dengan 250 points anda boleh buat penebusan tunai sebanyak RM5. Berita baik adalah anda tak perlu nak beli sebanyak RM250 di website Izzlegacy Boutique kerana setiap pelanggan yang mendaftar sebagai pelanggan akan menerima 200 reward points serta merta sebagai tanda penghargaan dari Izzlegacy Boutique. Jadi shopping at least RM50 je dah boleh buat penebusan tunai yang pertama. Menarik kan?

Selain itu, points yang terkumpul tidak ada tarikh luput. Jadi anda boleh kumpul banyak-banyak point lepas tu baru redeem. Macam mana nak kumpul point banyak-banyak? Mmm..tolong belikan untuk kawan, hehehe..sebab kawan bayar anda yang dapat kumpul point..boleh gitu? Ada macam-macam produk kat website kedai online Izzlegacy Boutique nie. Dari harga RM3 hingga la beratus-ratus. Nak tau apa yang ada kat website kedai online nie, boleh lawat kat sini ye: http://www.izzlegacy.biz

Ok, dah tengok banner baru ingat. Untuk setiap pembelian di bulan hari lahir anda layak untuk mendapat bonus point sebagai tanda meraikan hari lahir anda. So, tunggu apa lagi.. jom terjah website kedai online Izzlegacy Boutique. Cuci mata dulu pun takpe. Tapi jangan lupa, sambil-sambil cuci mata tu register sekali sebagai pelanggan di website Izzlegacy Boutique tu ye sebab boleh terus dapat 200 reward points. Jom terjah website ecommerce kedai online Izzlegacy Boutique di http://www.izzlegacy.biz
Viewing all 133 articles
Browse latest View live