Quantcast
Channel: Because I'm Not Perfect
Viewing all 133 articles
Browse latest View live

Untung Sebab Aku Popular!!

$
0
0
Korang popular tak? Aku beruntung sebab aku nie seorang yang popular. Semua orang kenal aku, glemer la katakan. Aku ada Facebook dengan Instagram. Korang ade? Facebook dengan Instagram aku ramai giler yang like dan follow, dah ratus-ratus ribu pun. Tak lama lagi cecah jugak sejuta nanti tu. Orang popular la katakan. Sape-sape nak aku promote produk or bisnes korang, bak sini kasi RM3,000 untuk sekali post k. Nanti aku tolong post tentang produk korang. Mesti ramai yang like sebab aku ni kan popular. Korang ingat free ke nak tumpang populariti aku nie? Bayar la, ni tidak aku post ape-ape je kat Instagram banyak je kutu-kutu online yang bisnes kecik-kecik sibuk nak tumpang iklan kat post aku tu. Aku post gambar pakai kopiah sebab nak bagitau yang aku pegi solat kat Masjid dekat rumah aku. Ingat aku tak solat ke? Tapi, yang korang tumpang iklan tentang abang power, isteri hari-hari mau, gadget henpon murah, jual bedak, jual kangkung, produk cepat kaya, produk MLM semua tu buat ape? saje la tu nak tumpang populariti aku..ingat aku suka ke? Woi..aku tak suka multilevel bisnes k..menipu orang je semua tu. Kang tak pasal-pasal aku jadi penyebab peminat-peminat aku kena tipu. Niat aku tunjuk gambar pakai kopiah sebab nak tunjuk yang walaupun aku kaya dan banyak duit, aku tetap sembahyang. Korang like dan puji aku cukup la. Yang siap nak promote barang-barang bisnes korang tu buat pe? Buat sekali lagi siap la, kompem kena block. Jumaat nanti aku nak selfie tengah bentang sejadah kat masjid. Kalau korang tumpang iklan kat gambar aku tu siap korang. Dah tak glemer tu, makan gaji sudah. Hujung bulan dapat duit. Ape susah? 
Pose skit kat sini. Agak-agak ramai tak awek-awek nak mintak no pon? Sorry takkan layan k.
Biar aku yang glemer nie yang buat bisnes online. Kalau korang nak tau aku ade jual baju dengan kain pelekat kat website aku yang sama glemer dengan aku tu. Aku malas betul la bila dah popular & glemer sangat nie. Pagi tadi aku launching produk terbaru aku, kain pelekat manik juntai namanya. Bila gi masjid, glemer korang tau pakai kain pelikat manik juntai nie. Pagi tadi launching, tak sampai malam baru masuk pukul 3 petang dah sold out semua. Mane tidak, pak imam kat masjid area rumah aku dah beli 7 helai. Buat pakai sehari sehelai katanya. Tu yang aku malas nak glemer sangat tu. Banyak produk aku yang meletop, antaranya instant pelikat, pelikat sequine, pelikat tiga layer, kain pelikat kembang payung dan banyak lagi la. Kaya aku dengan produk yang meletop nie. Sehari jual ribu-ribu helai. Ingat lagi masa aku bukak butik aritu, esoknya pukul 10 pagi grand opening tapi start lepas Isyak malam sebelum tu dah ramai start amik no giliran. Berkhemah, berkelambu depan butik aku tu. Korang ade? Tu belum aku dengar ade yang bertumbuk, ade yang hantar toyol curi no giliran orang kat depan, bersantau bagai semata-mata nak datang majlis launching butik aku tu. Sebab tu aku malas nak glemer sangat tu. Tapi, apa boleh buat aku kan penah menang anugerah makhluk tuhan paling popular tiga tahun berturut-turut. Korang ade?Aku jual barang pun biasa-biasa je, kalau dibanding dengan kualiti dan design produk korang jauh aku kena tinggal tapi aku tinggal korang jauh sebab aku popular tapi korang tak. Harap maklum.

Aku malas nak riak takbur la, tapi korang tengok sendiri kat Instagram aku tu. Aku pos ape je, mesti like ribu-ribu. Korang post gambar dapat berapa ribu? puluh pun belum tentu kan?hahaha...sape suruh tak popular. Tak caye? Tengok aku post gambar hitam je. Takde gambar ape pun. Dah lebih 3500 orang like, komen pun nak cecah 100 komen. Baru je nie aku pos. Korang ade? 

___________________________________________________________________________________

Ok cukup-cukup la berangan k. Untungkan kalau jadi popular. Semua benda buat jadi perhatian. Nak buat bisnes pun senang sebab promosi free. Jual je ape je, mesti ramai je yang nak beli. Tu sebab ramai yang beratur panjang semata-mata nak join uji bakat Akademi Fantasia, uji bakat Mentor dan macam-macam lagi. Sebab ramai yang nak popular. Bila dah popular boleh hidup senang, boleh dapat banyak duit. Yela, nak iklan dekat Instagram kena bayar RM3,000 untuk satu iklan. Kalau sehari satu iklan, sebulan dekat RM100,000 boleh dapat. Bayangkan betapa senangnya nak dapat duit kalau popular? Tu belum buat bisnes online lagi. Tak pun bukak butik ke? Confirm ramai yang datang beli. Oleh sebab untungnya bila popular yang membuatkan ramai yang memperbodohkan diri buat perkara pelik-pelik, buat video yang mengaibkan diri sendiri semata-mata nak popular. Maruah diri letak tepi. Kerana bila dah popular dan kaya nanti, segalanya boleh dibeli dengan duit. Dunia sekarang dunia duit. Takde duit, takde sape nak pandang. Sebab tu jugak, mak bapak sekarang nie sanggup berhabis duit semata-mata nak jadikan anak penyanyi. Sebab ape? Sebab nak tumpang populariti dan kekayaan anak bila ditakdirkan popular satu hari nanti. Tak ramai yang berhabis duit hantar anak ke sekolah tahfiz, atau hantar anak mendalami ilmu Islam di luar negara. Sebab, kurang kaya kalau begitu. Semua melihat dan menilai populariti dengan kekayaan. Jadi, agama semakin dilupakan. Islam itu mudah, tapi sekarang nie ramai yang permudahkan pulak. Faham tak maksud saya? Kalau tak faham, tanya Ustaz ye. Ok la, dah panjang. Saya tak popular. Sebab tu saya kerja keras untuk promosikan bisnes saya. Kawan-kawan yang baca entry nie. Jemput lawat website kedai online saya dan follow instagram butik saya ye. Rasanya ada yang klik link kat atas kan? Jemput jugak singgah butik saya iaitu Izzlegacy Boutique yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan, Selangor. Ni details butik saya, tolong sokong bisnes saya ye. Sebab semua atas usaha sendiri, tanpa kenal erti penat. To my beloved wife, I love u so much. Terima kasih untuk segalanya. 

http://www.izzlegacy.biz

Dapatkan Magic Jelly by L'overa di Izzlegacy Boutique

$
0
0
Jika anda mempunyai masalah kulit, atasinya dengan Magic Jelly by L'Movera. Mesti ramai yang  tertanya-tanya apa itu Magic Jelly kan? Apa kelebihan kalau guna Magic Jelly nie dan bagaimana nak guna? Ok..pertamanya, kalau anda dah tahu tentang kelebihan Magic Jelly dan anda sedang mencari dimana ada jual Magic Jelly, anda boleh datang ke butik kami yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan. Ada banyak stok Magic Jelly kat sini. Ok, jom kita berkenalan dengan Magic Jelly by L'overa nie, bila dah berkenal-kenalan boleh nanti beli sebotol dua kan?

Magic Jelly by L'overa diperkaya dengan ekstrak aloe vera atau juga dikenali sebagai pokok lidah buaya dan ekstrak timun yang secara tradisional terkenal dengan kelebihannya yang berkesan mengekalkan kelembapan kulit dan melegakan masalah kulit seperti berkelopak dan kekeringan, masalah kulit kepala dan rambut dan banyak lagi kelebihan lain. Ianya sangat versatil kerana sesuai untuk digunakan dimana ia boleh digunakan untuk melegakan dan melembapkan di setiap bahagian badan anda termasuk lengan, kaki, kuku, muka dan rambut. Dengan bau menyegarkannya, tidak melekit dan sejuk pada kulit pasti membuatkan anda suka dengan Magic Jelly ini. Ianya juga bebas dari kandungan berbahaya, mineral oil dan juga pewarna tiruan yang boleh merosakkan kelembutan kulit anda. Magic Jelly by L'overa di kilangkan mengikut piawaian GMP, memiliki kelulusan KKM dan tidak mengandungi bahan asas dari haiwan (ini bererti ianya adalah Halal). Jadi, anda boleh gunakan Magic Gelly ini di seluruh badan anda tanpa ragu-ragu. Iainya juga sesuai untuk semua, untuk lelaki, perempuan, ibu mengandung dan juga bayi.

magic jelly di izzlegacy boutique

Apa Kelebihan dan Kegunaan Magic Jelly by L'overa ini?

Disini kami akan terangkan kegunaan Magic Jelly by L'overa, macam-macam kegunaan dan kelebihan. Memang wajib miliki Magic Jelly by L'overa ini.
  1. Gunakan sedikit Magic Jelly pada kulit muka yang bersih dua kali sehari untuk menghalang pembentukan jerawat dan juga memberikan kulit muka yang lebih sihat, segar dan berseri
  2. Untuk sunburn, sapukan sehari selepas untuk melegakan sakit kulit akibat sunburn
  3. Untuk Eczema, sapukan secara berterusan ke atas kulit yang bermasalah sehingga kekeringan dan kelopak menjadi lebih baik
  4. Untuk kulit berminyak, gunakan Magic Jelly sebagai pelembab harian anda. Gunakan pada waktu pagi dan malam untuk kesan yang lebih baik.
  5. Boleh di campur dengan krim siang dan malam untuk penghidratan tambahan dan juga kesan yang lebih baik
  6. Untuk bulu mata yang lebih kuat dan lebat, sapukan sedikit Magic Jelly pada bulu mata anda pada waktu siang dan malam. Elakkan dari terkena mata.
  7. Boleh juga di tambah dengan foundation, bb cream atau blusher untuk kelihatan lebih berseri dan make-up tahan lebih lama
  8. Untuk puting pecah dan sakit akibat penyusuan bayi, sapukan Magic Jelly pada bahagian yang sakit. Pastikan anda bersihkan puting anda dari Magic Jelly sebelum penyusuan seterusnya.
  9. Untuk kuku yang sihat dan bersinar, sapukan Magic Gelly pada kuku dengan kerap
  10. Untuk bibir kering dan merekah, sapukan Magic Jelly pada bibir anda. Jangan jilat atau elakkan dari terjilat.
  11. Bagus di sapu selepas bercukur, kerana ianya dapat memberikan kelegaan pada kulit muka anda
  12. Untuk kulit mengelupas, sapukan Magic Jelly untuk memberikan kesan penyejukan dan perlindungan pada kulit anda
  13. Untuk rambut yang lebih lembut, sihat, bersinar dan lebih terurus, sapukan Magic Gelly pada rambut yang lembab selepas bersyampu. Biarkan ia kering atau gunakan blower untuk kesan yang lebih baik.
  14. Untuk kulit yang lebih halus, boleh campur dengan body lotion atau sapukan terus Magic Jelly pada kulit anda
  15. Untuk ruam, kegatalan dan akibat gigitan nyamuk, sapukan Magic Gelly pada kawasan yang bermasalah
  16. Untuk menanggal make-up, letakkan sedikit Magic Gelly pada kapas muka dan gosok untuk tanggalkan make-up seperti biasa. (tidak sesuai untuk make-up tebal)
  17. Untuk kulit badan yang lebih lembut, sapukan Magic Gelly ke seluruh badan selepas mandi.
butik Izzlegacy jual magic jelly
    Banyakkan kan kelebihan Magic Jelly nie. Harga satu botol hanya RM60 sahaja. Memang berbaloi jika dibandingkan dengan khasiat dan kelebihan penggunaannya. Jom dapatkan di Izzlegacy Boutique atau boleh juga beli secara online di website ecommerce kami di http://www.izzlegacy.biz. Ya, bagi yang tinggal jauh dan nak beli Magic Jelly by L'overa secara online, or yang tengah cari untuk beli Magic Jelly by L'overa online boleh beli di website kedai online kami di http://www.izzlegacy.biz ya.

    Butik Vendor oh Butik Vendor!!

    $
    0
    0
    Sekarang nie butik vendor memang tengah jadi fenomena. Ramai yang berminat untuk membuka sebuah butik vendor kerana secara teori konsepnya sangat menarik. Sebuah butik dibuka dan didalam satu butik berkumpulnya vendor-vendor dengan pelbagai jenis produk. Tatkala pelanggan singgah ke butik vendor, macam-macam produk boleh dibelek, dicuba dan dibeli. Oleh kerana saya banyak menulis entry tentang butik vendor dalam blog ini, ramai yang menghubungi saya bertanyakan tentang bagaimana untuk membuka butik vendor dan juga tips-tips yang berkaitan.

    Ya, kalau dari segi teori tentang butik vendor nie memang sangat indah didengar. Kalau dari segi kira-kira kalkulusnya juga memang menguntungkan semua pihak. Tapi, disebalik teori dan kira-kira yang sangat indah hingga bawa ke mimpi tu, ada yang perlu diberi perhatian lebih iaitu dari segi cabaran, masa depan, pemasaran dan tanggungjawab. Semakin lama, butik vendor semakin tepu sebab ramai sangat yang berminat nak bukak. Pinjam peribahasa Melayu sekejap "bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan". Macam tu la fenomena butik vendor sekarang nie. Semua tempat nak ade butik vendor. Bila dah bukak, geleng kepala. Kenapa geleng? ya..kenapa geleng kepala? ada sape-sape owner butik vendor kat sini tak? pasti anda punya jawapannya kan?

    Cabaran membuka vendor butik, bukan semasa pembukaannya tapi hari-hari selepas pembukaannya. Pertama sekali, bagaimana nak tarik pelanggan untuk datang ke butik?Cabaran yang paling berat, kerana mentaliti pelanggan masih lagi konvensional dan traditional. Sebut je butik, dalam fikiran nie mesti jual barang mahal-mahal. Tak mampu nak beli. Malu la nak masuk butik sebab orang kaya-kaya & banyak duit je yang shopping kat butik. Rakyat marhaen yang income cukup-cukup makan nie, baik shopping kat Jusco, Tesco dan Giant je. Padahal, apa yang mereka tak tau, sekarang nie kat butik ada jugak jual baju yang murah-murah. Lebih murah dari Jusco, Tesco & Giant pun ade. Dekat butik juga kebanyakkannya akan jual produk-produk yang lebih berkualiti, dijahit sendiri bukan produk dari China dan Vietnam. Jika dibandingkan kualiti jahitan, potongan kain dan keselesaan tatkala memakainya memang jauh meninggalkan produk dari China dan Vietnam tu. Harganya pun tak jauh beza. Ada juga yang lebih murah kerana produk buatan dan jahitan sendiri. Tapi, malangnya mentaliti rakyat Malaysia nie memang begitu. Memang menjadi cabaran dan perjuangan pemilik butik vendor untuk menukar corak pemikiran pelanggan agar pelanggan dapat menerima dan seterusnya singgah membeli-belah di butik. Bagi yang berkira-kira untuk buka vendor butik tu, anda dah bersedia?

    Satu lagi cabaran kepada pemilik butik vendor adalah daripada vendornya sendiri. Katakan dalam satu butik vendor, ada 30 vendor (penyewa) yang berdaftar. So, ada 30 kepala dan karenah untuk dilayan. Tu kalau kalau vendor tu bisnes sorang-sorang, kalau ada partner lagi la banyak karenah nak dilayan. Mentaliti vendor pun satu cabaran kepada pemilik butik vendor. Ini kerana tak ramai yang faham apa itu konsep butik vendor? Seperti yang saya tulis dalam entry-entry sebelum ini, konsep vendor butik itu sebenarnya adalah berkonsepkan networking dan perkongsian dimana sama-sama membuat pemasaran dan membawa pelanggan ke butik. Sebab tu saya cakap tadi, teorinya sangat menarik. Kalau 30 orang vendor membuat pemasaran berterusan dan membawa pelanggan-pelanggannya untuk melihat, mencuba dan membeli produknya dibutik, pasti meriah kan? Sekurang-kurangnya seorang vendor membawa seorang pelanggan sahaja sehari, pastinya sudah ada 30 pelanggan yang akan membeli belah di butik setiap hari kan? Tapi..semuanya tahyul belaka. Sebab kebanyakkan yang mendaftar sebagai vendor akan bersikap lepas tangan. Tahunya letak barang kat butik, kalau boleh setiap hari nak tanya ada laku tak dan hujung bulan harapannya produknya banyak laku dan kalau boleh semuanya sold out. Kenapa perlu nak buat marketing pulak? Apa guna bayar sewa setiap bulan? Tu semua tanggungjawab owner butik la nak tarik ramai pelanggan ke butik dia. Ok, kepada semua yang berminat nak daftar sebagai vendor atau yang sudah pun mendaftar sebagai vendor, tolonglah faham tentang konsep vendor butik nie ya. Tak perlu nak berkira tentang sewa yang dibayar ya. Berapa aje sewa yang dibayar? RM100? RM150?RM200?RM300? Rasanya purata sewa RM150 je sekarang nie sebab banyak sangat dah butik vendor. So, kalau sewa RM150 sebulan, bila dibahagikan dengan 30 hari, baru RM5 je sehari. Tak lepas pun owner butik nak bayar elektrik dan pekerja kalau RM5 sehari. Cuba try sewa booth dekat event besar-besar, puluhan ribu pengunjung dan pelanggan. Sewa sehari RM500 - RM1000. Berapa banyak pula produk anda yang akan terjual. Percaya tak kalau saya cakap kadang-kadang tu laku tak sampai 5 helai walaupun pengunjung puluhan ribu. Sebab kena tengok produk apa yang anda jual. Begitu jugak dengan di butik, jangan harap produk anda akan laku banyak kalau kurang marketing dan jika jual produk yang di beli dari pusat pemborong. Sebab ramai yang akan jual produk yang sama dengan harga yang berlainan. Daripada anda rugi RM500 - RM1000 sehari, lebih baik rugi RM5 sehari kan?Itupun kalau rugi RM5, kalau ramai pelanggan minat dengan produk anda yang diletakkan di butik, memang tak rugi pun. 

    So, pemilik butik vendor dan vendor itu sendiri perlu sentiasa bekerjasama dan memahami antara satu sama lain. Yang paling penting kena faham konsep butik vendor terlebih dahulu. Baru boleh berjaya. Bagi sesiapa yang berminat nak jadi vendor di Izzlegacy Boutique, ada beberapa slot yang masih kosong. Anda boleh menghubungi kami di talian 03-89596970 / 0126907705 / 0123199026 atau boleh juga email kepada kami di alamat vendor@izzlegacy.com. Setiap produk yang diletakkan di Izzlegacy Boutique akan dimasukkan kedalam website ecommerce kedai online kami iaitu http://www.izzlegacy.biz. Jadi, produk anda bukan sahaja dijual di sekitar Seri Kembangan tetapi di seluruh Malaysia. Ini membezakan butik vendor Izzlegacy Boutique dengan butik-butik vendor yang lain. Diharap entry ini memberikan manfaat kepada semua. Selamat berniaga. 

    http://www.izzlegacy.com


    Tarian Tradisional Zapin Negeri Perak

    $
    0
    0
    Malam nie nak tulis entry tentang tarian tradisional zapin Negeri Perak pulak rasanya. Kenapa tarian zapin Negeri Perak ye? Maybe sebab saya ni asal dari Negeri Perak barangkali. Hehehe. Kisahnya masa pergi ke MAHA 2014 yang lalu. Memang meriah MAHA nie. Macam-macam ada. Oleh sebab rumah dekat je dari MAHA. Rasanya 5 minit dah sampai. Tu yang sampai dua hari berturut-turut tawaf MAHA tu. Tapi, banyak lagi tempat yang tak sempat nak singgah sebab besar sangat kawasan berlangsungnya MAHA nie.

    Hari kedua, jalan-jalan tersinggah pulak ke kawasan Rumah Negeri. Setiap rumah negeri ada diletakkan produk-produk yang terkenal dan menjadi identiti sesebuah negeri itu. Sempat jugak la singgah rumah negeri Selangor, Pahang, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak dan juga Perak. Antara rumah negeri yang paling meriah semestinya rumah Negeri Perak. Sampai je ke rumah Negeri Perak tengok ramai orang berkumpul. Bila ramai orang berkumpul tu, memang sifat semulajadi manusia sibuk nak ambil tahu kan? So, laju-laju jalan ke rumah Negeri Perak tu. Takut terlepas pulak apa yang menjadi perhatian ramai tu. Rupanya ada nyanyian dan tarian tradisional yang tengah dipersembahkan. Memang meriah. Sempat jugak la rekod satu persembahan iaitu Tarian Zapin Negeri Perak. Sebelum nie tak pernah tahu pulak Negeri Perak pun ada tarian zapin. Bila tengok, menarik dan terhibur jugak. Memang wajib dipelihara dan dipertahankan tarian tradisional Melayu nie dari pupus ditelan zaman. Kerana tarian itu adalah salah satu identiti masyarakat Melayu. Kepada pihak yang giat mempertahankan dan memelihara tarian tradisional Melayu nie saya ucapkan terima kasih dan tahniah. Semoga tak lapuk dan pupus ditelan arus kemodenan. Jom layan tarian yang sempat kami rekod. Semoga terhibur. Kalau suka dan terhibur, harap boleh share pada kawan-kawan ye. Sama-sama kita memelihara tarian tradisional Melayu warisan kita.



    Kursus Bina Website dan Kursus Perniagaan Online

    $
    0
    0
    Pada hari ini ramai yang ingin menambah pendapatan dengan menjalankan perniagaan online. Macam-macam produk ada dijual di internet dan usahawan online tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Banyak kelebihan berniaga online ini antaranya kos overhead yang rendah kerana tidak perlu sewa premis, tak perlu nak bagai staff, perniagaan sentiasa dibuka 24jam sehari; 365 hari setahun, pasaran yang besar meliputi seluruh Malaysia dan banyak lagi kelebihan. Tengah malam tengah tido pun ada orang beli produk kita jika menjual produk secara online. 

    Saya telah menjalankan perniagaan online sejak awal tahun 2008 lagi. So, bulan January 2015 nie genaplah 7 tahun berniaga online. Sekarang ni pun hasil dari perniagaan online dah boleh bukak butik pun. Jemput singgah butik saya di Izzlegacy Boutique yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan. Kalau tinggal jauh, boleh juga lawat website kedai online saya di www.izzlegacy.biz. Sepanjang 7 tahun berniaga online nie, macam-macam karenah pelanggan dah jumpa. Kena banyak bersabar sebab customer always right kan? Tanpa pelanggan perniagaan kita takkan wujud dan bertambah maju. Dengan pengalaman sepanjang 7 tahun nie, saya dah anjurkan kursus bina website kedai online Ecommerce dan kursus perniagaan online nie sejak awal tahun 2013 lagi. Memang ramai yang dah join kursus yang saya adakan. Kursus nie one to one coaching. So, dalam satu masa hanya ada seorang peserta je. So, lebih mudah beri tumpuan dan perhatian. Kalau peserta nak bawak teman atau bisnes partner pun boleh. Lebih mudah nak bincang bila balik nanti. 

    Peserta akan diajar tentang cara-cara nak bina website kedai online yang sistematik dengan menggunakan enjin ecommerce yang mesra pengguna. Memang sistematik sebab auto create invoice, order management, shipping module, payment modul, create sales, create kupon diskaun dan macam-macam lagi. Pastinya anda akan memiliki sebuah website kedai online yang sistematik sebagai asas utama kepada perniagaan online anda. Lepas abis kursus, website dah sedia terima pelanggan. Anda akan diajar bagaimana nak masukkan produk dan sebagainya. Kalau lepas kursus, ada yang tak paham or ada masalah berbangkit, boleh je hubungi saya. Nanti saya akan cuba tolong. Kalau nak datang jumpa untuk saya terangkan tentang apa yang anda tak paham pun boleh. Takde charge tambahan. Yuran kursus sekali je. Tapi, support sampai website kedai online anda beroperasi sebaiknya. Saya juga akan kongsikan tentang kaedah pemasaran dan pengiklanan yang efektif, cara-cara nak naikkan keyword ke page pertama enjin carian google, linkkan facebook page dan instagram anda ke website dan juga saya akan berikan ebook yang saya tulis sendiri secara percuma kepada anda. Ebook ini bertajuk "Panduan Lengkap Bermula dan Berjaya di dalam Perniagaan Online". Banyak ilmu perniagaan online yang saya kongsikan didalam ebook ini. 

    Nak buat website kena juga design banner supaya website kedai online kelihatan lebih menarik kan? Saya akan ajarkan cara-cara nak buat banner secara online dan saya juga akan tolong buatkan banner khas untuk anda menggunakan adobe photoshop. Untuk membina sebuah website, anda perlukan domain dan hosting. Sebagai peserta kursus yang saya anjurkan, saya boleh tolong registerkan domain dan hosting untuk anda. Yang pasti, anda akan menerima unlimited space hosting jika menyertai kursus nie. Nak letak beribu produk dalam website kedai online anda pun takde masalah. Sebab, unlimited space. Menarikkan? Rugi kalau tak join kursus bina website dan kursus perniagaan online yang saya anjurkan. Kursus bina website kedai online ecommerce dan kursus perniagaan online adalah dua kursus yang diberikan dalam satu masa. Manakala, kursus bina website pula adalah kursus yang lain. Kursus bina website nie untuk sesiapa yang berminat yang memulakan perniagaan dan perkhidmatan sebagai web designer & web developer. Saya akan ajarkan tentang langkah demi langkah untuk bangunkan sebuah laman web korporat yang menarik. Sekarang banyak juga syarikat yang ingin membina laman website. Kos untuk bangunkan sebuah website korporat dalam RM1500 - RM2500. Dapat job 3 website dalam sebulan, dah boleh berhenti kerja dan tumpukan sepenuhnya dengan perniagaan web designer & developer anda. Jika berminat untuk sertai kursus yang saya anjurkan, boleh hubungi saya di talian 012-6907705 / 03-89596970. Boleh call/sms/whatsapp. Nanti saya akan terangkan tentang yuran dan apa saja yang anda ingin tahu lebih lanjut. Yuran bayar sekali je. Tak mahal pun. Kalau nak swipe credit card pun diterima. Ya, nak join kursus tapi nak bayar guna credit card pun boleh swipe masa datang kursus k. Boleh call bank buat 0% installment. Lagi jimat. Join kursus pun boleh buat 0% installment kan? Memang menarik zaman sekarang nie. Jom miliki sebuah perniagaan online dan tambah pendapatan anda. Silap-silap, bisnes online makin maju dah boleh berhenti kerja. Saya pun berhenti kerja dan fokus pada perniagaan online pada tahun 2010 iaitu lepas 2 tahun berniaga online. Memang sangat selesa bila berkerja sendiri. Takde bos nak marah-marah. Tak payah nak bangun awal layan trafik jem. Anak pun tak payah nak hantar bagi orang jaga. Dah la sekarang nie mahal nak kena bayar. Hubungi saya ya. 

    Untuk detail tentang kursus bina website kedai online ecommerce dan kursus perniagaan online, boleh lawat website saya dengan KLIK DISINI. Untuk kursus bina website korporat pula, boleh KLIK DISINI.

    Pregnancy Test Kit aka Kit Ujian Kehamilan

    $
    0
    0
    Dua hari lepas, berita gembira buat saya sekeluarga dimana wife disahkan mengandung anak kedua kami. Alhamdulillah. Beberapa hari sebelum itu demam dan muntah-muntah. Ingatkan muntah disebabkan oleh demam. Bila kira balik bila last period, macam dah lebih 40 hari tak datang. So, malam dua hari lepas terasa nak cek mana tau mengandung. Oleh sebab dah lepas pkl 11 mlm baru terasa hati nak cek, singgah ke Pasar Mini 24 jam. Nasib baik ada jual pregnancy test kit atau dalam bahasa melayunya Kit Ujian Kehamilan. Ok, beli dua. Sbb malam nie nak test dan pagi esok pun nak test sekali lagi. Sebab seeloknya buat ujian kehamilan guna air kencing pertama diwaktu pagi. Tapi, nak test malam sebab sifat ingin tahu dan naluri hati yang mengatakan wife mengandung membuatkan tak sabar nak tunggu sampai pagi. Lagi pun, kalau dah lebih 5 minggu mengandung, test malam pun boleh. 

    Malam tu test la guna Pregnancy Test kit brand O.P.T yang dibeli di Pasar Mini 24 jam tu. Tengok hasilnya macam ada dua line, macam takde. Sangat kabur dan tak jelas. Ok, masih berdegil dengan naluri hati yang mengatakan wife mengandung. Esok pagi wife test sekali lagi. Sama jugak. Tak nampak pun dua line. So, bila tak nampak dua line tandanya negatif aka tak mengandung. Tak percaya jugak walau dah test dua kali. Mungkin pregnancy test kit tu yang jenis murah kot. Murah tak murah la. RM7.90 jugak satu. Dua dan dekat RM16 jugak. Lepas tu, macam tak boleh percaya. Rugi je rasa. Hehehe.

    Esoknya, gi Giant pulak. Cari Pregnancy Test Kit aka Kit Ujian Kehamilan kat Watson. Beli yang mahal punya. Clear Blue Pregancy Test, digital punya ok. Baru puas hati. Kalau mengandung jelas-jelas akan keluar dekat screen Pregnant. Siap boleh kira dah berapa minggu hamil lagi. Harga dalam RM30 lebih kurang. Beli jugak Pregancy Test Kit brand Dip 'N' Tell buat spare. Harga dalam RM12 kalau tak silap. Sebelum nie masa mengandung anak pertama memang guna Kit Ujian Kehamilan Dip 'N' Tell nie. So, memang boleh dipercayai. Esoknya dalam pkl 6 pagi wife dah bangun. Tak sabar jugak la tu. Ok, maka terjadilah suasana Subuh yang indah. Terpapar dekat screen Pregnant (3+). Alhamdulillah. Pregnant 3+ tu kalau ikutkan kat manual Pregnancy Test Clear Blue tu tandanya dah mengandung lebih dari 5 minggu. 

    Pagi tu jugak dalam pkl 11 pergi ke klinik sebab kalau disahkan hamil memang kena pergi klinik. So, seperti biasa pergi ke Klinik Jameaton. Klinik yang baisa pergi semasa kehamilan anak pertama dulu. Tunjuk kat doktor result yang terpapar dekat screen Pregnancy Kit Clear Blue tu. Bagusnya pregnancy test digital nie, result akan terpapar dan tak terpadam selama 12 jam. Doktor cakap saya lebih suka kalau awak test guna Pregnancy Test yang tunjuk dua line tu. So, doktor kira-kira insyaallah due date bulan Ogos 2015 nanti. Seperti biasa dapatlah pil asid folic dan juga pil tahan loya. Dua minggu lagi baru jumpa doktor balik untuk scan baby buat pertama kalinya sebab doktor cakap baby maybe belum usia 5 minggu pun lagi. So, result pregnancy test clear blue nie boleh diragui sikit. Apa yang penting, keputusan pregnant tu memang betul. Keesokkan harinya, test juga dengan Pregnancy Test Kit Dip 'N' Tell tu. Dah hasilnya memang dua line yang terang. Memang tak boleh pakai betul la pregnancy test yang beli kat pasar mini tu. Isk..isk.

    Doakan anak kedua saya sihat tubuh badan dan lahir secara normal ya. Sebab anak pertama lahir ceasarean aka operate aka belah perut. Semoga kali nie bersalin normal. Lebih susah nak jaga kalau lahir ceasarean nie. So, sape2 yang tengah mengandung anak pertama tu, jaga elok-elok ye. Amalkan tips-tips dan petua-petua yang ade ye. Ok, lepas nie confirm banyak je entry tentang kehamilan kat blog nie. Diari masa depan. Dah besar nanti baby boleh baca tentang pengalaman mama & papa dia menghadapi saat-saat mengandungkan dia. Kat bawah nie saya share gambar-gambar pregnancy test kit aka kit ujian kehamilan yang saya guna. Mungkin boleh jadi rujukan pada rakan-rakan yang lain. Jumpa lagi.

    Sah Hamil. Nampak tak dekat screen tu. Pregnant 3+. Alhamdulillah syukur.
    Pregnancy Test Clear Blue

    Kotak Pregnancy Test Clear Blue

    Ramalan usia baby berdasarkan result Pregnancy Test Clear Blue
    Kit Ujian Kehamilan Dip 'N' Tell

    Nampak tak dua line tu. So, confirm pregnant.
    O.P.T Pregnancy Test Kit. Macam tak boleh percaya, sebab dua-dua kali try result negatif.

    Dua-dua pun single line. Yg sebelah kiri tu, ada nampak dua line tapi perlukan penelitian yang mendalam baru nampak. Hehehe.
    Izz Irfan dah nak jadi abang tak lama lagi. So, tak boleh nak manja-manja & kuat merajuk lagi.

    Pengalaman Clucth Plate Kereta Gen2 Haus dan Gear Jem

    $
    0
    0
    Dua minggu lepas, berjalan ke Melaka untuk meraikan hari lahir isteri tercinta. Bila dah sampai ke A Famosa Resort, dah rasa gear macam susah nak masuk. Wife pulak cakap macam ada bau hangit je. Cek macam takde ape-ape. So, teruskan perjalanan ke bandar Melaka sebab nak jalan-jalan waktu malam di bandar Melaka. Oleh sebab dah petang cek ini hotel dulu. Oleh sebab cuti sekolah, hotel banyak dah full. So, at last dapat jugak check in dekat hotel Swan Garden Melaka. Boleh tahan cantik jugak hotel nie. Hotel Swan Garden nie merupakan sebuah boutique hotel. So, memang cantik hiasannya. Nanti saya tulis entry lain tentang hotel Swan Garden nie k. Skrg nie kita kongsi pengalaman tentang bila clucth kereta proton Gen2 saya haus dan gear kereta jem. 

    Malam turun je dari hotel, start kereta masuk je gear reverse tak boleh. Pastu ade dengar bunyi bising. Try pulak masuk gear satu, sama jugak. Tak boleh masuk. Pastu ade bunyi bising. Tutup enjin, cuba masuk gear boleh pulak. Alamak kenapa pulak dengan kereta nie. Punah harapan nak jalan-jalan sekitar bandar Melaka malam tu. Makan pun jalan kaki je. Nasib baik ade Pizza Hut dekat depan hotel tu. Esok paginya, call toll truck. Oleh sebab sy guna insuran Etiqa, so toll truck free je. Untungnya pakai Etiqa insurans salah satunya kalau kereta rosak boleh call panggil toll truck tarik kereta ke bengkel berdekatan atau bengkel pilihan sendiri dalam lingkungan 50km. Sampai je bengkel, pomen cakap sah la clutch kereta dah haus. Dia cakap nasib baik bukan kerata kancil, kelisa atau kenari, kalau tak nak tukar clucth plate kena turun enjin. Bila turun enjin, kosnya confirm la berganda. Sambil tunggu kereta di repair, google tentang clucth plate nie. Ok, kebiasaannya kalau dah jalan lebih 100,000km kena cek cluctch plate sebab selalunya kereta tahan lebih sikit je dari 100,000km. So, gen2 saya ni pecah rekod la sebab dah 320,000km baru nak haus. Hehehe...sblm nie bengkel yang saya selalu servis kereta cakap, next servis clucth plate kena tukar. Malangnya ajalnya datang lebih cepat. Tinggal 1000km je untuk next servis. 

    Kepada rakan-rakan yang ada kereta, selain servis timing belt jangan dilupa untuk mintak pomen cek clucth plate ye. Sebab bahaya sebenarnya kalau clucth plate haus nie, akan sebabkan gear jem. Buatnya tengah bawak 100km/j dekat highway, tiba-tiba gear jem boleh meletop gear box dibuatnya. Memang membahayakan nyawa. Bila gear box pun punah, abis semua pun punah. Enjin pun turut rosak. Elok tanya pada bengkel yang rakan-rakan servis kereta tentang clucth plate nie. Minyak gear pun kena tukar setiap 60,000km. Jom tengok gambar sepanjang proses menukar clucth plate kereta Gen2 kesayangan saya ni ye. Boleh tahan lama jugak untuk tukar clucth plate nie. Sampai bengkel pukul 11.45, start buat kerja dalam pkl 12tghari. Siap dalam pukul 5.30ptg la jugak. Lebih 5 jam nak kena tunggu. Harga yang perlu dibayar untuk tukar clucth plate Gen2 termasuk upah RM530. Agak mahal jugak bengkel kat Melaka nie. Kalau bengkel yang selalu saya servis dekat Seri Kembangan, aritu tanya katanya sekali upah tak sampai RM450. Tapi, nak buat macammana, daripada dari kereta dari Melaka balik ke KL bayar je la extra. Untuk kereta yang perlu turun enjin, rasanya dalam RM1,000 jugak la. So, pemilik kereta Kancil, Kenari dan Kelisa kumpul-kumpul la duit ya. Bagi sesiapa yang mempunyai pengalaman yang sama dan pernah tukar clucth plate, jemput-jemput la komen kat bawah nie ye. Kongsikan berapa kos yang korang bayar untuk tukar clucth plate dan kereta jenama apa ya. Boleh juga bagi panduan kepada rakan-rakan lain yang belum pernah tukar clucth plate lagi.

    Dua-dua belah tayar depan kena buka
    Kedua-dua fender pun kena tolak untuk mudahkan buka gear box
    Kotak gear dah kena cabut
    Beginilah keadaan didalam kotak gear. Bearing pun dah rosak. Yang tengah-tengah tu.
    Pandangan dari bawah kereta bila gear box dicabut
    Bagi yang tak pernah kenal apa itu clucth, inilah rupa bentuknya. Memang dah haus abis. Apa pun tak tinggal.
    Inilah rupa bentuk clucth plate Gen2 yang baru. Baru je keluar kotak nie.
    Nie pulak bearing yang baru. Lain betul yang dikiri dengan kanan tu kan? Terima kasih untuk bearing kiri tu, dah lebih 300,000km (7 tahun) berbakti.

    Tips Bertudung Ikut Bentuk Wajah

    $
    0
    0
    Manusia mempunyai pelbagai bentuk wajah. Ada yang berbentuk bujur, petak, bulat, segitiga, panjang, hati dan lain-lain bentuk lagi. Jadi, untuk memilih tudung perlu mengikut kesesuaian bentuk wajah. Ini kerana, kesilapan memilih tudung yang bersesuaian dengan bentuk wajah boleh merosakkan menampilan diri. Pada hari ini terdapat pelbagai jenis tudung dan selendang di pasaran. Memang rambang mata memilihnya. Tp, bukan semua koleksi tudung dan selendang yang ada dipasaran bersesuaian dengan wajah anda. Tips bertudung mengikut bentuk wajah ini diharap dapat membantu anda untuk lebih berketerampilan menarik dan meningkatkan keyakinan diri. Jom baca artikel penuh tentang "Tips Pilih Tudung dan Selendang Ikut Bentuk Wajah"di website butik saya di : http://www.izzlegacy.com/

    bentuk-bentuk wajah manusia
    Bentuk-bentuk wajah. Wajah anda didalam kategori yang mana?


    Selamat Tahun Baru 2015

    $
    0
    0
    Pastinya ramai yang membuat entry Selamat Tahun Baru 2015 kan? Sekejap je rasa berada ditahun 2014, sekarang dah pun berada di tahun baru 2015. Makin cepat masa berlalu sekarang ni kan?Nanti sikit lagi pejam celik pejam celik dah pun tengah tahun. Memang masa sangat cepat berlalu. Mungkin tanda kiamat dah makin dekat kot. Dulu masa kecik-kecik, punyalah lama nak tunggu petang pun punya la lama. Tu belum sampai malam lagi. Bezanya 20 tahun lalu dengan sekarang. 

    Tahun 2014 memang banyak yang berlaku dalam hidup dan juga banyak peristiwa yang berlaku dalam negara. Sejarah 2014 banjir besar yang sangat teruk berlaku. Sejarah 2014 juga 3 buah kapal terbang penumpang milik Malaysia menemui kecelakaan. Memang satu sejarah dunia dan buatkan nama Malaysia dikenali di seluruh dunia. Takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat. 

    Untuk tahun 2015 nie, banyak target yang bermain-main dalam kepala nie. Tapi, kena settlekan satu per satu. Butik saya pun kena buat pemasaran dan pengiklanan dengan lebih menyeluruh. Insyallah kalau sales menggalakkan, tahun 2015 nie boleh bukak butik yang kedua. Rakan-rakan yang melawat blog saya nie, kalau tinggal berdekatan dengan Seri Kembangan, jemput-jemput la singgah butik saya yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan. Belakang dengan Giant Seri Kembangan je. Ada banyak produk menarik ada dijual di butik saya. Butik saya merupakan sebuah vendor butik dimana terdapat lebih dari 30 vendor yang menjual produk mereka di butik saya. Jadi, memang tak rugi kalau singgah sebab macam-macam produk ada disini. Boleh juga lawat website kedai online butik saya di http://www.izzlegacy.biz

    Untuk blog saya nie pulak, antara entry yang mendapat kunjungan yang paling ramai adalah entry-entry berikut: 
    1. Pengalaman Tampal Gigi dan Tempah Gigi Palsu di Klinik Swasta
    2. Kadar Kos Bersalin di Hospital Kerajaan
    3. Pengalaman Cabut Gigi Geraham di Klinik Kerajaan
    4. Koleksi Terbaru Baju Kebaya Nyonya
    5. Pengalaman Di Serang Sesak Nafas
    6. Perniagaan Butik Berkonsepkan Vendor Pelbagai
    7. Berhati-Hati Dengan Taktik Kotor Lori Sewa
     InsyaAllah, tahun 2015 nie akan tulis lebih banyak entry yang bermanfaat dan berinformasi.

    Untuk hidup peribadi pulak, tahun 2015 nie juga sedang menanti kelahiran cahayamata yang kedua. Kalau ikutkan kiraan doktor, insyaAllah bulan Ogos nanti lahirlah seorang lagi zuriat kurniaan Ilahi. Doakan segalanya berjalan lancar dan baby yang dilahirkan sihat tubuh badan ya. Terima kasih.

    Semoga semua yang kita azamkan, yang kita impikan dan yang kita rancang dapat dicapai dan hidup lebih ceria, gembira dan lebih bermakna bersama-sama insan-insan tercinta.

    Koleksi Baju Kebaya 2015

    $
    0
    0
    Sempena tahun baru nie, Izzlegacy Boutique memperkenalkan beberapa koleksi baju kebaya nyonya 2015 yang cantik-cantik dan diperbuat dari material yang berkualiti. Pertamanya kami perkenalkan baju kebaya moden exclusively design by Izzlegacy Boutique. Kebaya moden yang diperbuat dari dua jenis material iaitu Italian Cotton Polynosic dan juga Batik Cotton Solo. Kedua-dua material nie memang selasa dipakai. Dibeli pulak di Jakel, so tau-tau la kan kalau kain dekat Jakel. Kualiti dan harganya memang boleh tahan. Untuk kebaya moden nie, kami hanya buatkan paling banyak pun 5 helai untuk satu design. Jadi, memang exclusive baju kebaya moden nie. Kami pun tidak terima pre-order atau akan buat corak yang sama yang kali kedua dan seterusnya.
    Baju kebaya moden exclusively design by Izzlegacy Boutique. Kalau nak beli, jemput lawat website ye.
    Untuk baju kebaya nyonya pula, setakat ini jumlah keseluruhan design yang terkumpul dan boleh dipilih adalah sudah hampir mencecah 700 design. InsyaAllah tahun ini akan mencecah 800-1000 design. Banyak kan? So, tak salah kalau saya katakan bahawa Izzlegacy Boutique merupakan butik yang menjual paling banyak baju kebaya nyonya di Malaysia. Setuju tak?Kami juga merupakan butik kebaya nyonya yang menjual baju kebaya nyonya plus size yang paling besar dan paling labuh. Kalau rakan-rakan nak order baju kebaya nyonya saiz 8XL pun boleh. Kalau nak baju kebaya nyonya yang labuh sampai bawah lutut pun boleh. 

    Terbaru sempena tahun baru 2015 nie, Izzlegacy Boutique juga memperkenalkan baju kebaya nyonya dari material cotton dan juga satin velvet. Kalau selama ini kami hanya menjual baju kebaya nyonya dari material kain kasa rubiah yang merupakan material asal untuk baju kebaya nyonya tetapi material kasa rubiah nie agak jarang kainnya. Oleh kerana ramai pelanggan yang bertanya samada boleh diletakkan lining atau ada tak jual baju kebaya nyonya yang tak jarang atau ada tak baju kebaya nyonya cotton. Jadi, diatas memenuhi permintaan ramai, untuk tahun 2015 ini kami memperkenalkan baju kebaya nyonya dengan material kain cotton dan juga kain satin velvet. Jadi, jika anda mencari baju kebaya nyonya yang tidak jarang boleh dapatkan baju kebaya nyonya dengan material kain cotton dan velvet k. Untuk order baju kebaya nyonya kami, anda boleh lawat website ecommerce kedai online Izzlegacy Boutique di: http://www.izzlegacy.biz/

    Baju kebaya nyonya cotton biru
    Yang nie pulak baju kebaya nyonya cotton biru
    Baju kebaya nyonya satin velvet. Cantik kan? Ni kalau buat baju untuk bertunang or untuk dinner event memang vogue.

    Dah dapat BRIM 4.0 2105?

    $
    0
    0
    Minggu nie ramai yang bercakap tentang BRIM kan? Sape yang dah dapat?Siang tadi dengar kat Radio, menteri Ahmad Maslan cakap hentikan sebaran mesej palsu yang katakan duit BRIM 4.0 dah masuk dalam akaun bank. Semua duit BRIM 4.0 hanya akan diagihkan selepas 15 Januari 2015. Tapi, tadi cek akaun Maybank, dah ade la pulak masuk duit BRIM4.0 kelmarin 12 Januari 2105. Tapi, masuk RM300 je. Kira betul la jugak yang cakap duit BRIM 4.0 dah masuk. Menteri yang kurang alert. 

    Kenapa masuk RM300 je? Mesti ramai yang tak tau dan tertanya-tanya kan?  Kenapa tahun nie BRIM dapat sikit je? Rupanya tahun nie untuk BRIM 4.0 pembayaran adalah sebanyak 3 kali iaitu bulan Januari RM300, May RM300 dan September RM350. Total, untuk BRIM 4.0 adalah sebanyak RM950 untuk sesiapa yang pendapatan isi rumah di bawah RM3000. Untuk pendapatan melebihi RM3000 pulak, akan terima BRIM ansuran RM200, RM200 dan RM350. Total RM750. Manakala, untuk individu bujang umur 21 tahun ke atas dan pendapatan tidak melebihi RM2000 sebulan pula akan terima BRIM 4.0 RM350 sekaligus bulan Januari 2015 nie. So, bulan nie ramai la yang dapat duit tambahan kan? Gunakanlah duit bantuan kerajaan nie untuk perkara yang berfaedah ye. Jangan gi enjoy pulak. Sehari dah abis.

    Kadar bayaran BRIM 4.0 2105
    Masuk tahun nie, dah 4 tahun terima BRIM kalau tak silap dan kalau diikutkan 4.0 tu maksudnya dah 4 tahun la kan? Ramai juga yang mempertikaikan pemberian BRIM nie dan ada juga yang mempersoalkan kerevelan pemberian duit bantun rakyat satu Malaysia nie. Kepada yang amat memerlukan, pasti akan sangat bersyukur dengan pemberian ini. Jadi, selagi kerajaan nak beri walau apa pun fahaman politik, terima aje la. Ini tidak, bagi pun banyak complain, tak bagi pun banyak complain jugak kan? Cuba sekali sekala tu bersyukur dengan sesuatu pemberian dan rezeki yang diterima. Pasti hidup lebih bermakna kan? Sape yang kasi sini terima BRIM tahun nie? Korang buat ape dengan duit BRIM tu? Sy ingat nak buat tambah duit renew roadtax kereta. Bulan nie memang banyak nak guna duit. Syukurlah duit BRIM nie dapat membantu kurangkan sikit beban. Ok. Jumpa lagi. 


    Perkhidmatan Lori Sewa dengan TheLorry.com

    $
    0
    0
    Sebelum ini saya ada tulis satu entry yang bertajuk "Berhati-hati dengan Taktik Kotor Lori Sewa" dan mendapat banyak feedback dari pengguna dan juga dari syarikat-syarikat perkhidmatan lori sewa. Memang tak semua yang menipu macam tu tapi oleh sebab segelintir syarikat yang buat begitu menyebabkan masyarakat memandang serong pada perkhidmatan lori sewa nie. Entry kali ini saya nak rekomen perkhidmatan lori sewa yang boleh dipercayai dan memberikan perkhidmatan yang terbaik iaitu dari laman web www.thelorry.com yang dimiliki oleh syarikat The Lorry Online Sdn Bhd

    Sekarang nie kalau nak sewa lori untuk berpindah, boleh booking online je. Memang mudah dan banyak testimoni pengguna yang memuji dan berpuas hati dengan perkhidmatan dari thelorry.com nie. Kalau sebelum nie, nak cari lori sewa akan call banyak nombor untuk dapatkan sebut harga dan kadar sewa lori tapi dengan thelorry.com, anda boleh terus dapatkan sekurang-kurangnya 5 sebut harga daripada syarikat-syarikat lori dalam masa 30 saat. Memang sangat membantu dan memudahkan anda kan? The Lorry mengambil syarikat-syarikat lori yang berpengalaman dan mempunyai reputasi yang bagus sebagai rakan kongsi untuk memastikan barang-barang anda selamat sampai ke destinasi yang dituju. Jadi tak perlu bimbang barang rosak atau tak sampai. Lepas ni kalau nak cari lori sewa, boleh lawat website nie ye:


    Apa yang penting untuk mendapatkan perkhidmatan lori sewa adalah harga telah ditetapkan dan tidak akan ada charge tambahan bila barang dah masuk dalam lori atau masa nak turun dari lori. Dari pengalaman saya sebelum ni, kalau anda baca dalam entry "Berhati-hati dengan Taktik Kotor Lori Sewa" tu memang sangat menyakitkan hati kan? Dengan The Lorry, harga yang dipilih oleh anda adalah harga yang akan dibayar pada hari perpindahan. Caj lebihan hanya akan dikenakan sekiranya barangan tidak muat untuk lori yang ditempah dan lori perlu membuat perjalanan kedua. Jadi tak akan terjadi penipuan dan juga ketidakpuasan hati dengan perkhidmatan lori sewa nie. Jadi, kepada sesiapa yang nak berpindah, boleh la mencuba perkhidmatan lori sewa dengan thelorry.com nie. Pasti anda akan berpuas hati. Bila dah puas hati, rekomen la dengan kawan-kawan yang lain ye. Sekarang nie dunia IT, jadi sewa lori pun boleh buat secara online. Lebih mudah dan lebih jimat. Rasanya thelorry.com sahaja yang sediakan perkhidmatan sewa lori online sebab belum jumpa lagi website lain yang boleh sewa lori secara online. Anda juga boleh LIKE facebook page The Lorry untuk melihat perkhidmatan yang disediakan, gambar-gambar, info dan update terkini, special offer dan sebagainya. Berikut adalah link facebook page The Lorry:

    Dapatkan Juwita Divine Sexy Foundation di Izzlegacy Boutique

    $
    0
    0
    Kepada sesiapa yang sudah mengenali dan mengetahui tentang kelebihan menggunakan Juwita Divine Sexy Foundation pastinya mencari kedai / butik / sesiapa sahaja agen yang menjualnya. Kini, anda boleh dapatkan Juwita Divine Sexy Foundation di Izzlegacy Boutique yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. Ok, bagi yang belum mengetahui apa itu Juwita Divine Sexy Foundation dan apakah kelebihannya, baca hingga habis ya. Produk Juwita Divine diformasikan daripada bahan semulajadi yang membolehkan wanita tampil cantik dan berseri. Ianya adalah sejenis foundation yang berasakan air. Diformulasikan dari ekstrak rumpai laut, ekstrak biji anggur dan juga ekstrak limau. Produk Juwita Divine ini sememangnya mempunyai banyak banyak kelebihan kepada kulit disamping diperkaya dengan kolagen sebagai anti penuaan. Selain itu, ianya juga mengandungi SPF50 yang amat sesuai untuk pengguna di Asia (Malaysia khususnya) yang sering terdedah dengan sinaran matahari terik yang boleh merosakkan kulit wajah. Banyak stok Juwita Divine Sexy Foundation di Izzlegacy Boutique. Jom dapatkan sekotak dua k.


    Apa ya kelebihan dan kebaikan Juwita Divine Sexy Foundation nie?Mengapa perlu dapatkan Juwita Divine Sexy Foundation di Izzlegacy boutique?Ok, jom kami kongsikan pula tentang kelebihan dan kebaikan menggunakan Juwita Divine Sexy Foundation ini. Jom baca kat bawah nie:

    1. Cuma 1 tone warna dan sesuai untuk semua jenis kulit
    2. Menyerap dengan pantas dan mengikut warna kulit si pemakai
    3. Tidak berminyak dan tahan lama (sehingga 18 jam)
    4. Melindungi kulit dari sinaran UV Merawat, meredakan dan baik untuk penyakit kulit (eczema)
    5. Merangsang pertumbuhan sel kulit yang baru
    6. Anti penuaan / bertindak sebagai krim siang
    7. Water based dan boleh di bawa sembahyang (wudhuk friendly)
    8. Mudah dicuci dan mesra solat
    9. Merawat pelbagai jenis masalah kulit muka
    10. Melembabkan kulit / tidak bercabuk ketika berpeluh
    11. Menjadikan kulit lebih berseri dalam masa 5-10 minit selepas sapuan
    12. Mengecilkan liang roma
    13. Menutup cela dan parut jerawat dengan serta merta
    14. Kulit menjadi “flawless” selepas sapuan
    15. Sesuai untuk kulit sensitif 
    Banyakkan kelebihan dan kebaikan Juwita Divine Sexy Foundation nie? 

    Berikut pula adalah kandungan yang digunakan untuk membuat foundation nie: 
      1. Rumpai laut (kolagen)
      2. SPF50 dan Vitamin C 
      3. Esktrak biji anggur 
      4. Ekstrak limau 
      5. Berasaskan air 

      Ok, bagi yang nak ketahui dengan lebih lanjut, kami sediakan soal dan jawab kat bawah nie supaya anda lebih jelas tentang penggunaan Juwita Divine Sexy Foundation ni. 

      S: Berminyak tak muka? 
      J: Tak berminyak. Kalau rasa berminyak, boleh nipiskan sapuan di muka next time. 

      S: Kalau lepas pakai tu, taknak pakai bedak compact ok tak? 
      J: Ok sangat! Sebab bila pakai tesktur kat kat muka dah jadi macam pakai bedak. Lagi satu sebab ianya tak berminyak. 

      Setakat nie ada dua je soal jawab, nanti kalau ada lagi kami akan kongsikan disini. Kalau nak beli Juwita Divine Sexy Foundation, boleh singgah butik kami yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan dan boleh juga whatsapp 012-6907705. Harga untuk sekotak RM49 sahaja. Special offer, kalau beli dengan kami, kos penghantaran RM1 je. So, total RM50 untuk sekotak. Kalau tinggal dekat Perak ke, Kedah, Terengganu, Kelantan or mana-mana je di Semenanjung harga termasuk pos RM50. Kalau ke Sabah/Sarawak harga termasuk pos RM55 je. So, apa tunggu lagi. Hubungi kami untuk membeli Juwita Divine Sexy Foundation. Boleh juga beli di website, nanti kalau beli di website harga termasuk postage RM56 tapi just bayar RM50 je k. Sebab website dah setting postage RM7 untuk semua produk.

      Pengalaman Sewa Kereta dengan Perkhidmatan Kereta Sewa

      $
      0
      0
      Baru-baru nie ada seorang sahabat yang datang jumpa dengan sy sbb nak mintak ajar develop sebuah website untuk perkhidmatan kereta sewa. Website yang ada booking system, blog, gallery dan sebagainya. Kalau sy develop kos agak mahal, so dia try buat sendiri dulu. Sapa-sapa nak develop website boleh contact sy di talian 012-6907705 ye. Iklan jap. Ok, berbalik kepada perkhidmatan kereta sewa nie, banyak jugak pengalaman sewa kereta nie sbb sebelum nie kerja banyak travel tengok site & meeting, so sampai je airport memang kena cari perkhidmatan kereta sewa untuk memudahkan pergerakan di tempat orang.

      Banyak jugak tempat dah pernah guna perkhidmatan kereta sewa nie seperti di Miri, Sarawak, Kuching, Sarawak, Kota Bahru, Kelantan, Kuala Terengganu, Terengganu, Pulau Langkawi, Kedah, Kota Kinabalu, Sabah, Johor Bahru, Pulau Pinang, Rawang dan banyak lagi la tempat. Ok, bila sewa kereta nie kita memang tak tau pun condition kereta yang kita sewa tu macammana kan? Bila tanya dengan jurujual, semuanya cakap ok xde masalah. Surat perjanjian sewa kereta pun dia punya terms & conditions punya la halus nak baca. Pulak tu kebanyakkan syarikat kereta sewa ni tak terangkan pun syarat-syarat sepenuhnya. Ada la dua tiga syarat yang dia akan cakap. Tapi tengok pada tulisan yang halus kat borang sewa kereta tu mcm panjang berjela jugak syaratnya. Jadi, sebelum nak sewa kereta tu tengok dulu kereta yang nak disewa tu sebab selalunya lepas sain surat perjanjian dan bayar deposit baru jurujual akan tunjukkan kereta kan? 

      Pernah sekali sewa kereta dekat Miri, Sarawak. Sampai flight malam, so bila sewa kereta tak nampak sangat condition kereta tu. Esoknya pagi ada meeting, so..terus je bawak kereta sewa tu ke tempat meeting. Abis meeting baru la sempat nak belek-belek kereta sewa tu. Tengok tayar belakang dah botak. Call tanya pada syarikat kereta sewa tu cakap nak tukar kereta katanya kena tunggu petang sebab kereta untuk rate yang saya sewa tu semua dah ada orang sewa. Kalau nak tukar, kena tambah duit untuk tukar dengan kereta yang lebih mahal. So, oleh sebab tak nak tambah duit dan petang tu dah nak balik KL, guna jugak la kereta tu. Malang tak berbau, tengah pusing dekat salah satu roundabout dekat Miri tu, Miri ada banyak roundabout, tiba-tiba je tayar meletup dan kereta berpusing sbb masa tu tgh hujan renyai-renyai. Nasib baik tengah bawak slow je sbb tengah mood santai. Kalau tengah rushing nak kejar meeting tu jawabnya dah masuk longkang dah. Bila call syarikat kereta sewa tu cakap tayar meletup, dia suruh tukar sendiri sbb katanya ada dalam kontrak tulis kalau kereta rosak, accident or apa-apa yang jadi penyewa kena tanggung sendiri. So, tukar la tayar sendiri di bawak rintikan hujan renyai. Huhuhu. Ptgnya bila pulangkan balik kereta siap kena syarikat tu mintak bayar ganti rugi RM150 untuk tayar yang meletup tu. Hello, dah la tayar botak & tayar lain pun nampak macam pakai tayar celup je lepas tu nak mintak ganti rugi mcm boleh beli tayar Michelin (tahun 2010 masa tu, tayar Michelin harga RM165 boleh dapat lagi). Argue punya argue, lepas tu dah nak kena masuk departure hall dah, kena la jugak bayar RM100. Tp, dalam hati memang tak abis menyumpah seranah. Jadi, kawan-kawan berhati-hati dengan perkhidmatan kereta sewa nie k. Takut jadi perkara yang sama. Kepada pemilik syarikat kereta sewa yang baca entry nie, kalau situasi nie terjadi kepada pelanggan anda, macam mana nak settle ye? 

      Ok, pengalaman lain bila sewa kereta nie, kena tanya macam mana nak bukak tank minyak untuk isi minyak sebab lain kereta lain butang dan tempat tariknya. Pernah sekali dah sampai stesen minyak tak jumpa kat mana nak bukak tank tempat tank minyak. Call tanya syarikat kereta sewa tu, katanya sebelum ni kabel putus, so kalau nak isi minyak kena cungkil dengan screw driver. Ok, masa nak sewa kereta tadi takde pulak cakap kalau nak isi minyak kena guna screw driver. Satu lagi pengalaman, rasanya dekat Kota Bharu, masa pulangkan kereta dia boleh cek level minyak. Katanya masa hari sewa kereta dia bagi full tank so, kena pulangkan full tank jugak. Masa sy pulangkan kereta tu minyak 3/4 level so katanya kena bayar RM30. Kereta BLM je takkan setakuk sampai RM30. Huhuhu...So, sila ambil gambar level minyak masa ambil kereta sewa ye. Nanti tak pasal-pasal, masa ambil kereta minyak half tank masa pulang syarikat kereta sewa tu ckp full tank dan mintak kita bayar pulak. 

      Satu lagi pengalaman, masa sewa kereta dekat Langkawi. Sebelum sewa tak cakap apa-apa tapi bila dah sain dan bayar deposit dia cakap kalau polis tahan jangan cakap kereta nie kereta sewa tapi cakap pinjam dengan kawan. Kenapa begitu pulak? Kang polis tanya detail kawan tinggal kat mana, or apa no telefon kawan kan ke naya dibuatnya. Silap2 kena tahan sebab dakwaan curi kereta or pandu kereta curi pulak. Banyak jugak pengalaman lain, lupa dah. Tapi, ada jugak syarikat kereta sewa yang berikan servis tip top. Kepada syarikat yang jujur, amanah dan berintegriti tu semoga sukses selalu. Pengalaman terbaik tak perlu share sebab tak memudaratkan pengguna lain kan? Pengalaman buruk nie yang kena kongsikan agar pengguna lain lebih berwaspada. Kalau sewa kereta, masa terima kereta tu cek minyak dulu, lampu semua menyala tak, aircond berfungsi tak, wiper berfungsi tak, nanti hujan tak hidup pulak wiper dah tak nampak jalan. Bahaya. Cek signal ok tak, hon ok tak, brek dan hand brek ok tak dan macam-macam lagi yang kalau tak berfungsi boleh membahayakan nyawa kita dan keluarga. Kalau kereta kita sendiri dah tak rosak dekat mana dan dah tau macam mana nak atasi masalah tu. Kalau kereta sewa yang buat panik dan membahayakan diri tu. So, jangan ambik ringan dan ambik mudah dengan kereta sewa ya. Sekian.

      Hala Tuju Lepasan SPM dan STPM

      $
      0
      0
      Minggu nie adalah minggu yang sangat menakutkan, mendebarkan, menceriakan dan menyedihkan para pelajar yang mengambil keputusan SPM dan STPM. Kepada yang dapat keputusan cemerlang tu saya ucapkan tahniah dan selamat meneruskan pengajian ke menara gading. Bagi yang mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan, jangan sedih-sedih ya. Kerana Allah punya perencanaan yang lain untuk korang. Jangan sedih bila kawan-kawan sambung belajar tapi korang tidak. Teruskan hidup, teruskan perjuangan ya. Belajar tinggi-tinggi sampai ke Ijazah pun belum tentu akan berjaya dalam alam pekerjaan. Kenapa abg cakap macam tu? Ok, baca entry nie sampai abis k. 

      Sebelum tu, just nak bagitau abg ada Ijazah Kepujian Kejuruteraan Awam. Graduate tahun 2004. Lama dah, 11 tahun yang lepas. Masa graduate, umur 23 tahun. Graduate hujung tahun 2004, menganggur beberapa bulan, bulan 3 baru dapat kerja. Umur 24 tahun. Masa tu gaji pertama sebagai Engineer, RM1,200 je. Murah kan? Skrg nie rasanya fresh graduate gaji pertama RM1,800 ++. Ok, Umur 24 baru dapat mula kerja. Result SPM terima masa umur 18 tahun kan? Dua tahun matrikulasi + 4 tahun ijazah. Jadi 6 tahun belajar. Start kerja gaji RM1,200 je. Tiga bulan lepas confirm gaji naik RM1,500. Ok, katakan korang tak dapat result cemerlang dan tak dapat sambung belajar takpe. Better sambung belajar dalam bidang kemahiran. Rasanya 2 tahun dah boleh start kerja. Ataupun terus cari kerja. Kerja rajin-rajin. Mahirkan diri tentang bidang anda. Jangan malas.Tak pandai jawab kertas soalan SPM belum tentu tak pandai buat kerja. Tak boleh jawab kertas soalan sebab mungkin korang malas nak baca buku. Tapi, mungkin kerja yang korang pilih memang minat korang sejak azali lagi. So, mahirkan diri. Belajar semua aspek tentang kerja korang tu. Lepas 4 tahun, insyallah gaji korang lebih kurang sama atau lebih banyak dari fresh graduate dari kolej atau universiti. Profesional x boleh claim overtime walaupun kerja lebih masa, tapi korang boleh. So, gaji sape lebih banyak. Masa diaorang fresh graduate, baru start kerja silap-silap korang yang kena ajar diorang tentang kerja. Walaupun diorang engineer, korang technician je. Tapi, korang ada pengalaman 4 tahun tapi diorg kosong. Umur sama je. Lima tahun kemudian, engineer pengalaman 5 thn, gaji baru cecah RM3,000 barangkali. Korang dah ada pengalaman 9 thn. Memang dah sangat mahir dah ttg selok belok kerja. Ada duit lebih, buka syarikat sendiri. Sepanjang 9 tahun, mesti korang ada ramai contact dah. Mesti semua kerja seperti cari barang mentah, berurusan dengan pekerja dan sebagainya korang yang kena buat sepanjang 9 tahun nie. Sbb engineer ni mesti malas nak buat kerja-kerja remeh. Engineer la katakan. So, buka syarikat sendiri, dapat kerja-kerja kecik dulu sebelum kerja ratus-ratus ribu ringgit. Silap-silap, kawan korang yg sebaya dengan korang, yg berbangga sebab dapat masuk universiti, ada ijazah, perkecil dan perlekeh korang pada hari nie sbb dpt result teruk apply kerja dgn korang nanti.

      So, jangan bersedih ya. Teruskan perjuangan. Harus diingat, kawan korang yang sambung belajar tu, graduate je hutang PTPTN RM20,000++ dah perlu ditanggung. Gaji dah kena bayar PTPTN. Tapi, korang xperlu bayar PTPTN. Sape lagi banyak duit. Belajar tinggi-tinggi sampai ijazah atau gagal SPM / STPM? Hehehe.. Abg pun kerja full time engineer sampai tahun 2010 je. Lepas tu buat bisnes sendiri. Bukan bukan syarikat kontraktor atau consultant tapi bukak butik kebaya nyonya dan bukak syarikat web design. Lebih banyak income, lebih banyak masa dengan anak isteri, tak pening kepala kena marah dengan bos, tak perlu nak tido awal sebab pagi kena mengadap jem, nak kejar punch card bagai. Xde kena mengena pun dengan ijazah yang belajar selama 6 thn termasuk matrikulasi. Tu sebab abg cakap adik-adik jangan bersedih sebab dapat result kurang cemerlang kerana masa hadapan kita tak tau lagi apa perencanaan Allah yang sudah tertulis untuk kita. Semoga berjaya dalam hidup k. Jangan sedih-sedih dan sentiasa positif dalam hidup k. Support butik abg dengan lawat website nie ye: http://www.izzlegacy.biz. Jangan lupa Like Facebook Page dan follow instagram ye.

      Koleksi Kain Pasang Cotton dan Kain Batik Sarawak

      $
      0
      0
      Untuk bulan March 2015 nie, banyak jugak vendor baru yang mendaftar di Izzlegacy Boutique. Pastinya Izzlegacy Boutique makin meriah dengan pelbagai produk yang baru masuk. Antara produk terbaru di Izzlegacy Boutique adalah kain pasang cotton dan juga kain batik Sarawak. Memang cantik-cantik semuanya. Terdapat pelbagai pilihan kain pasang cotton untuk dipilih. Panjang 3.5 meter dengan bidang 60 inci. Jadi, sesuai untuk dijahit baju kurung, baju kurung moden, dress dan juga jubah. Material cotton yang sejuk dipakai dengan pelbagai motif dan warna ini pastinya memuaskan hati anda. Harga untuk setiap helai kain pasang cotton di Izzlegacy Boutique ialah RM65 tak termasuk postage. Saya dah siap masukkan di website ecommerce kami supaya rakan-rakan yang tinggal jauh dari Seri Kembangan boleh membeli kain pasang cotton ini secara online. Lepas nie, boleh la shopping kain pasang cotton online di website : http://www.izzlegacy.biz/. Bila belek-belek koleksi yang ada di butik, sy pun dah ada beberapa helai yang menjadi pilihan hati untuk dijahit baju kebaya moden yang saya design khas untuk memenuhi keperluan berfesyen anda. 

      Banyak kan pilihan kain pasang cotton di Izzlegacy Boutique
      Sebahagian daripada koleksi kain pasang cotton yang ada dijual di Izzlegacy Boutique

      Memang ramai yang suka dengan kain batik Sarawak kerana coraknya yang unik dan cantik. Terdapat banyak corak kain batik Sarawak yang ada dijual di Izzlegacy Boutique. Setiap helai panjang 2 meter dan bidang 45 inci. Terdapat dua harga untuk kain batik Sarawak yang dijual di butik iaitu RM35 dan juga RM50 tak termasuk postage. Terdapat tiga jenis material kain batik Sarawak yang di jual dibutik sy iaitu material cotton, gold printed cotton dan juga material koshibo. Kain batik Sarawak nie sesuai untuk dibuat baju kurung, blouse, kain batik selisih, kain batik kembang payung, kain batik kipas depan dan juga sesuai untuk di jahit dress. Sy pun dah ada idea untuk buat baju melayu dan baju kurung moden menggunakan kain batik Sarawak nie. Nanti kalau dah siap sy akan kongsikan gambar dekat sini k. Kalau tinggal jauh, boleh juga beli kain batik Sarawak ni secara online di website kedai online Izzlegacy Boutique iaitu di : http://www.izzlegacy.biz/. Kalau anda nak beli kain batik Sarawak ni secara borong pun boleh. Minimum 20 helai. Harga boleh hubungi no. tel ni k: 03-89596970 / 012-6907705. 

      Sebahagian daripada kain batik Sarawak yang ada dijual di Izzlegacy Boutique.

      Contoh kain batik Sarawak gold printed cotton

      Yang nie kain batik Sarawak material koshibo
      Cantik-cantik kan?Jom singgah shopping di Izzlegacy Boutique yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan. Untuk detail tentang butik dan lokasi dan juga peta lokasi, boleh lawat laman web rasmi Izzlegacy Boutique di :  http://www.izzlegacy.com

      Fenomena Fesyen Dress dan Jubah Muslimah

      $
      0
      0
      Perniagaan produk fesyen wanita memang sangat sihat pada hari ini. Banyak je fesyen-fesyen terbaru yang dikeluarkan oleh para peniaga. Kali ni nak tulis tentang fenomena fesyen dress dan jubah muslimah pulak sebab sebelum nie sy ade tulis tentang fenomena tudung segera aka instant shawl. Memang dapat sambutan dan menunjukkan setiap hari ramai je yang search google untuk online shopping. Ini menandakan bahawa perniagaan fesyen wanita dan perniagaan online di Malaysia sedang berkembang dengan pesatnya. Ok, pastinya banyak fesyen dan nama brand untuk dress dan jubah muslimah dekat Malaysia nie kan? Tak perlu kot sebut kat sini. 

      Oleh sebab sy pun ada butik fizikal dan butik online menjual produk fesyen wanita, selalu la juga search internet, instagram & facebook untuk fesyen terbaru dress dan jubah muslimah. Memang banyak sungguh design dan koleksi yang dikeluarkan oleh para peniaga dan pereka fesyen. Ada yang design dan jahit sendiri, ada yang borong dari Indonesia, Vietnam dan China dan ada juga yang jual dress dan jubah muslimah yang dibeli borong dari pusat pemborong Jalan Kenanga dan juga Plaza GM. Ada dress dan jubah muslimah yang dijual dengan harga yang mahal, mencecah RM300 - RM400 dan ada juga yang jual dress dan jubah muslimah dengan harga yang murah. Paling murah yang pernah saya jumpa peniaga ni jual dress RM25 sehelai dan jubah muslimah RM40 je sehelai. Tp, yang mahal harganya pasti menggunakan material yang berkualiti dan mahal, jahitan yang lebih halus, kemas dan berkualiti, design dan warna yang menarik dan pasti lebih selesa tatkala memakainya. Ada juga peniaga yang mengambil untung lebih dengan menjual produk yang tidak berkualiti dengan harga yang mahal terutamanya peniaga online. Jadi, kena berhati-hati jugak k. Oleh sebab dah banyak sangat dipasaran koleksi dress dan jubah muslimah, bagi yang baru nak start berniaga, seeloknya cari koleksi dress menyusu dan jubah muslimah menyusu. Yang sesuai untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan anak. Mesti dapat sambutan. Kami pun tengah cari vendor yang ada jual produk dress dan jubah muslimah untuk ibu menyusu nie. Sebab ramai jugak customer yang singgah butik cari. 

      Di Izzlegacy Boutique pun ada banyak jugak koleksi dress dan jubah muslimah. Paling murah harga RM80 dan yang paling mahal harga RM259. Cantik-cantik jugak semuanya. Dress di Izzlegacy Boutique di jahit sendiri oleh tailor yang berpengalaman. Jadi, kualiti jahitan memang dapat dijamin. Oleh kerana fenomena fesyen dress dan jubah muslimah nie sangat banyak design dan sangat cepat design berubah, memang tak terkejar. Jadi, sesiapa yang ada keluarkan fesyen dan produk dress dan jubah muslimah sendiri, boleh la mendaftar sebagai vendor di Izzlegacy Boutique ye. Sewa tak mahal pun. Bagi yang tinggal di sekitar lembah klang dan mencari butik yang menjual produk fesyen dress dan jubah muslimah, jemput la singgah ke Izzlegacy Botuique ya. Izzlegacy Boutique terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan. Bagi yang suka shopping online, kalau search butik jubah dan dress KL, Serdang, Bangi, Kajang, Puchong, Putrajaya, Cyberjaya, Puncak Jalil, Bukit Jalil, Cheras, Balakong dan Seri Kembangan, harap keluar la Izzlegacy Boutique ye. Jemput singgah k. Sebab selain dress dan jubah muslimah, ada macam-macam produk ada dijual di sini. Yang tinggal jauh, boleh juga membeli dress dan jubah muslimah secara online di website kedai online kami di : http://www.izzlegacy.biz

      Antara koleksi jubah dan dress di Izzlegacy Boutique

      Yang nie sebahagian je. Ada banyak lagi koleksi dress dan jubah muslimah di Izzlegacy Boutique. Jemput singgah ye.

      Hasil Pendapatan di Internet

      $
      0
      0
      Memang tidak dapat dinafikan bahawa memang boleh menjana pendapatan di Internet samada sampingan atau sepenuh masa. Macam saya ada dua pendapatan di Internet iaitu pendapatan sampingan daripada Nuffnang dan juga Google Adsense dan juga pendapatan sepenuh masa dari peniagaan kedai online. Ok, nak cerita pendapatan dari internet yang mana satu dulu? Sepenuh masa atau separuh masa?

      Kongsikan tentang sepenuh masa dulu la k. Ok, saya memulakan perniagaan online menjual pakaian wanita khususnya baju kebaya nyonya sejak tahun 2008 lagi. Hasil dari perniagaan online memang sangat memberangsangkan. Contohnya, sehelai baju kebaya nyonya saya katakan purata harga RM140. Sebulan biasanya terjual dalam 50 - 100 helai. Jadi, pendapatan online sepenuh masa untuk sebulan confirm lebih dari RM7000. Ok, itu jualan kasar. Lepas tolak kos modal dan sebagainya, cukuplah untuk menjadikan pendapatan tetap. Yang penting, tak perlu nak tido awal sebab kena bangun awal untuk pergi kerja, kalau duduk KL, punch card pkl 9 pukul 7 dah kena gerak dari rumah sebab jem memang boleh sampai 2 jam. Balik kerja sekali lagi kena layan jem. So, dah rugi 2 - 4 jam di atas jalan raya sekurang-kurangnya. Kerja pun banyak pressure sebab kena ikut cakap bos, nak kena layan politik di tempat kerja lagi dan macam-macam. So, kalau ada modal, mulakan sebuah perniagaan online k. Kalau nak buat website kedai online dengan enjin ecommerce yang sistematik, boleh hubungi saya ya. No tel: 012-6907705. Kalau nak sertai kursus perniagaan online pun boleh hubungi saya. 

      Ok, tentang pendapatan separuh masa pulak k. Beberapa tahun nie ramai jugak yang berjinak-jinak dengan dunia blog sebab dari blogging memang boleh jana wang di internet. Rajin tulis entry yang menarik, hari-hari blogwalking, buat giveaway contest untuk tarik trafik ke blog, tampal iklan google adsense dan Nuffnang dekat website dan jangan malas. Memang hujung bulan pasti ada hasil pendapat di Internet. Saya tengok ramai yang letak iklan Nuffnang tapi tak ramai yang letak iklan google adsense di blog. Mungkin kurang informasi. Seeloknya letakkan dua-dua iklan di blog k. Iklan google dan iklan nuffnang. Jangan risau, masih lagi akan berstatus Gilterati di Nuffnang. Sebelum nie saya ada letak iklan nuffnang di blog, tapi tengok macam tak bergerak pun. CPUV pun tak pernah nak lekat. So, lepas tu dah tak pernah nak login dah. Bulan lepas, saje je try login nuffnang. Wah, rupanya dah banyak duit terkumpul dan CPUV berderet-deret. Maybe skrg nie blog saya trafik tinggi kot. Sebelum nie blog saya ada problem, semua entry hilang. So, dah jadi macam blog baru, kena mula dari zero balik. Huhuhu. So, bila tengok duit terkumpul ada banyak, apa lagi terus la cashout. Skrg nie, Alhamdulillah rasanya tiap bulan boleh cashout. CPUV pun berderet-deret dah. So, kena rajin berblog la lepas nie.

      Bulan nie pun ada bonus dari blog saya nie dimana sebuah syarikat membayar saya RM300 untuk mempromosikan perniagaan mereka. Ini kerana, entry blog saya mempunyai trafik yang tinggi dan banyak keyword berada di page pertama enjin carian google. So, lepas nie, kena tulis banyak entry tentang perkhidmatan la nampaknya. Mana tau ada lagi syarikat yang nak tumpang iklan dan promosikan produk mereka.

      Selain dari google adsense, sy juga jana wang di internet dengan You Tube. Tahukah anda bahawa dengan post video di You Tube boleh buat duit? Mesti ramai yang tak tau kan? Kena berguru la nampaknya. Ok, memang dengan You Tube boleh buat duit. Dah la bayaran dalam USD. Sekarang nie USD tengah tinggi, memang senyum la bila terima duit dari Google. You Tube adalah milik google, so, dia akan bayar guna western union atas nama Google Inc. Ireland. Lepas nie kalau ada banyak video, sharekan aje di You Tube k. Nak tahu cara macam mana untuk jana wang dengan You Tube tak? InsyaAllah nanti sy tulis satu entry tentang cara jana wang dari You Tube k. Tunggu. Ok, selamat menjana pendapatan di internet k. Kalau ada sumber-sumber yang lain, kongsi-kongsikan la kat sini k. Tapi, jangan share tentang MLM pulak, sebab saya paling tak suka dengan MLM. Ada banyak cara lagi untuk mendapatkan pendapatan sampingan daripada sertai program MLM k. Jumpa lagi. 

      Dapatkan Toujours Advanced Collagen Shots di Izzlegacy Boutique

      $
      0
      0
      Salam semua, memperkenalkan produk terbaru di Izzlegacy Boutique iaitu Toujours Advanced Collagen Shots. Produk kesihatan yang mendapat sambutan ramai kerana ramai yang telah mencuba dan memberikan testimoni yang sangat memberangsangkan. Produk Toujours Advanced Collagen Shots merupakan produk kolagen kecantikkan dan kesihatan yang terbaru di pasaran. Ianya diyakini Halal dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ianya boleh digunakan oleh lelaki dan wanita (unisex collagen shots). Cara nak guna, hanya koyak dan terus minum.

      Toujours Advanced Collagen Shots ini diperbuat daripada ekstrak buah-buahan dan makanan sunnah dan menggunakan air osmosis berbalik. Kesan kepada kulit wajah dapat dilihat seawal 3 hari penggunaan. Bagi yang mempunyai masalah kulit berjerawat, Toujours Advanced Collagen Shots dapat mengecutkan dan menghilangkan jerawat dengan berkesan. Seterusnya, ia dapat memudarkan parut jeragat dan jerawat selain bertindak mengecilkan pori-pori di wajah. Ini secara tidak langsung menjadikan kulit anda semakin berseri (glowing effect) dan dapat meningkatkan keyakinan diri anda. Lebih menarik, Toujours Advanced Collagen Shots nie bukan bertindak atau berfungsi pada wajah semata tetapi memberikan kebaikan untuk seluruh badan. Jadi, tak rugi kalau beli dan amalkan Toujours Advanced Collagen Shots nie kan? Selain daripada kelebihan dan kebaikan Toujours Advanced Collagen Shots seperti yang saya terangkan sebelum nie, lain-lain kelebihan dan kebaikan adalah seperti berikut:
      1. Mencerah seluruh badan
      2. Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit mati
      3. Menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan
      4. perubahan positif pada buah dada dan punggung (wanita shj)
      5. Menurunkan berat badan menurun
      6. Meningkatkan kadar metabolisme
      7. Menghilangkan lingkaran lebam bawah mata dan menjadikannya semakin cerah

      Banyak kan kelebihan dan kebaikan Toujours Advanced Collagen Shots nie? So, apa tunggu lagi. Dapatkan sekotak Toujours Advanced Collagen Shots dan lihat keberkesanannya.  Harga sekotak hanya RM199 sahaja. Kalau tinggal kat luar negara seperti Brunei, Singapore, Indonesia or di mana-mana je pun boleh order dengan kami kerana kemana-mana pun kami boleh pos. Sekotak Toujours Advanced Collagen Shots mengandungi 30 Sachet.

      Stok Toujours Advanced Collagen Shots di Izzlegacy Boutique

      Tawaran istimewa jika membeli Toujours Advanced Collagen Shots dengan kami. Anda akan mendapat hadiah percuma dan penghantaran percuma untuk ke seluruh Semenanjung Malaysia dan hanya RM5 untuk postage ke Sabah dan Sarawak. Untuk pembelian, boleh singgah ke Izzlegacy Boutique yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan atau boleh juga call/sms/whatsapp 012-6907705 / 012-3199026. Untuk pembelian secara online, boleh KLIK DISINI.

      Hanis Zalikha selaku jurucakap dan pengguna Toujours Advanced Collagen Shots

      Hairul Azreen selaku jurucakap dan pengguna Toujours Advanced Collagen Shots

      Cadangan pemakanan Toujours Advanced Collagen Shots

      Kesan Toujours Advanced Collagen Shots

      Kebaya Nyonya Hari Gawai

      $
      0
      0
      Tak lama lagi Hari Gawai yang disambut oleh masyarakat Dayak, Sarawak bakal menjelma. Seperti tahun-tahun sebelum nie, memang sy banyak terima tempahan baju kebaya nyonya untuk dipakai semasa menyambut perayaan hari gawai. Tinggal lebih kurang 3 bulan saja lagi untuk perayaan hari Gawai dan dah banyak terima tempahan pre-order baju kebaya nyonya. Memang cantik berkebaya di hari perayaan. Kepada yang tidak mahu menunggu lama dengan tempahan pre-order, boleh beli baju kebaya nyonya ready stok di website kami. Ada hampir 200 helai baju kebaya nyonya ready stock dengan pelbagai motif, warna dan saiz. Cantik-cantik semuanya. Design-design yang baru dikeluarkan. Untuk tempahan pre-order dan pembelian baju kebaya nyonya ready, boleh lawat website butik saya di : http://www.izzlegacy.biz/index.php?main_page=index&cPath=1_27. Ada lebih 800 design kebaya pre-order dan 200 helai kebaya nyonya ready stock. 

      Antara koleksi baju kebaya design terbaru. Cantik kan? Semua nie ready stock. Jom dapatkan sekarang.
      Kat sini sy kongsikan info tentang Perayaan Hari Gawai, Sarawak. Perayaan Hari Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Dayak Sarawak dan Kalimantan Barat tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta selepas menuai yang disambut oleh masyarakat Dayak yang merangkumi pelbagai etnik. Di Sarawak ada 25 kaum etnik Dayak terutamanya kaum Iban (atau dikenali Dayak Laut dahulunya) yang merupakan majoriti, Bidayuh (Dayak Darat), Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah dan Murut dan kaum-kaum etnik yang lain-lain. Masyarakat Dayak di Kalimantan Barat mengelar perayaan ini sebagai Gawai Padi untuk meraikan tamatnya musim menuai padi dan menandakan permulaan musim penanaman padi yang baru.

      Selepas menuai, beras sudah tentunya banyak untuk menjamu selera orang ramai dan Petara (Tuhan) orang Dayak yang selalunya disertakan dengan korban babi dan ayam terutamanya dan ditambahkan lagi dengan daging haiwan buas, ikan dan lauk pauk daripada hutan belantara. Oleh itu, musim perayaan selepas musim menuai padi ini dikenali sebagai Gawai Dayak.

      Pesta Gawai disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pada jendela waktu ini, pelbagai jenis gawai boleh diadakan mengikut kehendak dan tujuan masing-masing. Bagi mereka yang tiada gawai tradisi tertentu atau telah memeluk agama baru, mereka meraikan Gawai Dayak yang bersifat umum dan boleh diraikan oleh mana-mana orang berketurunan Dayak tanpa mengira agama, sama ada untuk menandakan penghasilan musim menuai dan menyambut kedatangan tahun baru untuk musim penanaman padi yang baru.
      Viewing all 133 articles
      Browse latest View live